Kali terakhir menjejakkan kaki di sini ketika usia saya belasan tahun, masih bersekolah menengah. Orang lain sudah naik jemu ke mari.
Pagi-pagi membantu emak, menyediakan bekalan. Nasi lemak + sambal tumis telur burung puyuh.
Inilah destinasi kami
Pertama sekali, haruslah mencari port yang menarik untuk berendam. Sebelum berendam, isi perut dulu. Baru best nak terjun.
Makan dulu~port pertama kami.
Kami mencari port lain yang lebih best di atas. Rasanya port pertama kami tak cukup sesuai.
Aisyah takut nak main air. Air terjun kan sejuk. Punyalah dia menolak hingga cakap tak suka. Emaklah yang sabar melayan kerenahnya. Nyamuk dan agas, jangan cakaplah. Dah kata hutan..
Antara kemudahan yang disediakan~ Pondok tempat berehat, tandas awam + bilik persalinan dan surau.
Saya berendam sesuka hati. Memang sejuk, ditambah pula kesegaran di dalam hutan membuatkan kami bertambah seronok. Airnya jernih hingga dapat melihat anak-anak ikan berenang riang.
Seronoknyer main air..
Pelampung merah itu saya beli di kedai di situ juga dengan harapan Aisyah turut bermain air tapi hampa. RM7 tau! Aisyah tak mahu sentuh sikit pun air terjun. Sayalah yang guna pelampung merah tu. Puaslah berendam.
Aisyah menjerit dari kejauhan, "Ibu..sudah-sudahlah tu main air.."
Kami naik ke darat bila langit mula kelihatan mendung. Cepat-cepat menyalin pakaian yang basah dan Aisyah mula mengaruk mahu tidur. Serba serbi tidak kena. Dasar budak bandar. Gerimis mula turun sewaktu kami melangkah meninggalkan kenangan di sini.
Penat juga kan berendam ni. Masing-masing rasa mengantuk dan membuta di siang hari setelah sampai di rumah.
TAPI!!!!
Bila kat rumah..emmmm...
Budak kempunan
21 Ulasan
Hahaha adoila aisyah, kelaka la awak ni ;)
BalasPadamwah.. menarik... tak pernah tahu pun pasal air terjun kat sini...
BalasPadamsangat cantik :)
BalasPadamHahaha... pe;ampung dijadikannya tilam. :)
BalasPadamMain air seronok woooo...
bestnya..:)
BalasPadamsy bru g bekok bulan 10 aritu.tp x mndi pn.hihi
BalasPadamWahh seronok.. lepak sungguh nampaknya tu hehee.. :)
BalasPadamlast sis pergi air terjun bekok pada thn 90an . masa tu dok segamat . tapi jadi mimpi ngeri bila kami bertiga di panjat pacat @ lintah tanpa sedar dan dah kenyang . masa tu tpt tu masih pior n tak komercial mcm sekarang . kat mana2 ada pacat termasuklah atas batu kat sungai tu ... jadi geli geleman bila ingat balik ...
BalasPadamWah...bestnye g air terjun.. Saya dh lama x pergi.. Kesian Aisyah x mandi..Nnt Mar kena beli kolam besar dkt rumah utk Aisyah...huhu
BalasPadamAlahai Aisyah..ruginya tak nak main air..Ibunya la yg amik alih tempat aisyah..berpelampung bagai..haha..Mar..bawak dia mandi kolam jer..:)
BalasPadamKali pertama dan last pergi bekok ni masa belajar kat Johor dulu.
BalasPadamseronoknya dapat mandi sungai.
BalasPadamcik manis tengah cari masa nak pergi berkhelah. heheh :)
wahhhhhh menarik nyer... tempat pon nmpk lawa & tenang sangat...
BalasPadamhahaha bleh plak terapung kt lantai ye...
BalasPadamBetapa sronoknya klau dpt berendam mndi mnda d sungai tu
BalasPadamtakut air ke?. takpe lah, dapat juga guna pelampung tu kat rumah kan, walau di atas lantai :)
BalasPadamlaaaaaaaaaa tu dia aihhh
BalasPadampenat sgt smpai tido atas pelampung
tu sj lah tu suh bw lagi main ayaq terjun haha
Mahalnya pelampung tu, Mar. Hari tu kat Sg Congkak saya nampak berderet kedai menjual pelampung tapi cuma RM2.50 aje. Apa yang berbeza tak perasan pulak tapi kalau tengok pelampung dalam gambar Mar ni macam sama jerk!
BalasPadamBestkan berendam dalam air sungai ni. Sejuk dan nikmat je. Tak dapat main air, dapat berangan sambil rendam kaki pun best. Kat Sg. Congkak takda pulak nampak nyamuk.
Bekok ni kampung kawan baik saya masa di sekolah dulu. Bila sebut Bekok teringat pulak padanya yang dah bertahun saya tak jumpa walaupun kami sama-sama bekerja di KL nih!
Haha......teringin guna pelampung jugak rupanya dak Aisyah tu...tp tak mo mandi ek... Tak pernah sampai sinilah Mar....teringat dulu kecik kecik gi rombongan air terjun kat Kota Tinggi....Masa tu kiranya dah best sangatlah...
BalasPadamgambar last sekali tu paling kelakarlah mar
BalasPadamhehe...sampai macam tu sekali dak aisyah tu ye
saya tak pernah sampai ke sana
tapi secara jujur, saya geli nak mandi tempat gini
Heheheh..jadilah main pelampung kat rumah pun. Saya dah pernah sampai sini tapi hujan. Langsung takleh turun.
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.