Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Antara Kehendak dan Keperluan


Terdetik dalam hati, eh untuk tujuan apa? Sedangkan baru tahun pertama di Uitm. Untuk menamatkan pengajian jauh lagi berbaki.

Jauh bukan satu alasan untuk berkereta. Pucuk pangkal niat sendiri untuk belajar bukan untuk berjoli ke sana ke mari. Bas pun banyak. Setakat mahu pulang ke kampung, ramai sahaja mahasiswa mahasiswi menaiki bas. Bas pun banyak. Orang lain boleh hadapi sedikit kesukaran, kenapa pula sendiri tidak.

Tiada sekelumit iri, mungkin dari segi pemikiran berbeza. Saya sendiri hairan dengan pemikiran mereka. Mungkin mereka hanya memandang kemampuan bulanan tidak terfikir tentang lain-lain. Hish..minta dijauhkan dengan nafsu nafsi sebegitu.


Pinjam dari Google


Pengalaman saya sendiri, setelah 4 tahun bekerja (setelah tamat belajar) baru mampu memilik viva, itu pun setelah terjun ke kompeni sekarang dengan gaji permulaan 1.2K sahaja. Sekarang, ikatan kasih bersama Cik Viva hampir 5 tahun. Sebab itu saya sayang sangat dengannya. Terlalu banyak jasa dan kenangan bersamanya. Boleh saja berkereta lain, tapi perlu memikirkan akan sesuatu yang lain. Jangan terlalu mengikut nafsu yang melulu.

Bagaimana umur baru setahun jagung, mahu ber'axia' yang pastinya perlu berhutang 9 tahun. Ya, memang kereta itu murah harganya tetapi tetap perlu dibayar setiap bulan kan? Setakat menyediakan duit muka memang ramai yang mampu. Setakat melepaskan bayaran bulanan, gaji RM800 sebulan pun mampu. Tapi itu sudah bekerja, berpendapatan bulanan. Ini masih belajar, setakat mengharap pinjaman PTPTN yang sewajarnya dilaburkan untuk pembelajaran, masih memerlukan orang tua biayai kehidupan seharian, usah berfikiran terlalu dangkal. Adakah pernah terfikir jauh sedikit, tak banyak, jauh sikit saja sudah memadai. Bagaimana pula untuk servis, duit minyak, memperbarui cukai jalan, mampu?

Kalau dicanang dari segi kemampuan, mungkin kita berbeza.
Usia juga berbeza.
Berbelas tahun beza jarak umur kita.
Memang tidak terdaya untuk saya mengata.
Mereka lebih lama makan garam dari saya.
Mereka lebih mampu berkata-kata meskipun kata-kata mereka buat saya tertawa.


Pinjam dari Google

Pinjam dari Google ~ Berkenan dengan warna merahnya.
Moga impian dapat direalisasikan..






Nota Kaki : Biar papa asal bergaya..



Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. hmm.. tgk bebudak skrg bljr masuk u senang... dah berkereta... kita dulu, usung beg besar sana sini naik bas, boleh juga berjaya dan hidup....

    BalasPadam
  2. ABM dah 8 tahun kerja pun masih pergi kerja naik bas.... belum ada rezeki berkereta... huhuhuhuh

    BalasPadam
  3. mewah budak2 sekarang.. byk dah berubah..

    BalasPadam
  4. memang murah harganya tapi tetap kena bayar setiap bulan...bebanan setiap bulan tu yg perlu difikirkan tu...hihihi...

    BalasPadam
  5. Ambil memang mudah, nak maintain bulanan itu yang menjadi persoalan. Ramai yang terikut-ikut dan tak fikir panjang. Hmm

    BalasPadam
  6. Memula before berkereta akan rase mcm ooo aku masih mampu nak bayar bulanan..tp bile dh lama2 rase mcm terbeban..nak2 pulam kalau dh kawen dh ade commitment besar..lg la rase mcm sayang je nak labur duit kat bank bayar duit kete..hehe..

    Semoga impian terlaksana..wink3..

    BalasPadam
  7. ukur baju di badan sendiri, jika mampu silakan beli, jika tidak berjimat cermat lebih utama :)

    BalasPadam
  8. Bezanya student sekarang mereka belajar tapi berduit Mar sebab mak/ayah dah buat tabungan sejak dia lahir. Tak sama kita dulu. Mak/ayah kita manalah mampu. Dapat belajar dan makan dah lebih dari bersyukur. Kakak lihat anak-anak buah kakak termasuk anak kakak sekalilah. Mereka rata-rata yg membelikan kereta masa belajar adalah mak/ayah. Bila dah kerja baru sambung bayar sendiri. Tak sama kita dulu.

    Yg pasti Mar tunggu lagi 5 tahun lagi kakak percaya apa pun impian Mar akan dpt direalisasikan. Kakak dulu pun susah baru habis belajar nak beli kereta, beli rumah. Tapi bila dah ada rumah satu mudah nak beli lagi dan lagi. Sama juga dgn kereta dah ada satu akan beli lagi dan lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas nasihat kakzakie..memang ada betulnya kak..tapi duit tabungan tu sekadar lepas untuk duit muka..
      perbezaan zaman kita dan anak zaman sekarang kan..huii..zaman anak saya entah macam mana..harap adalah kemudahan LRT kat JB ni..mudah sikit

      Padam
  9. saya pulak mulakan hidup dgn Kancil 850...12thn lalu. Setelah 2thn tamat U. Tapi ada je kwn2 yg dari U dah berkereta, sbb mak ayah org berada.

    Kereta ni, kalau dah pakai lama sgt dan dah byk karenah..elok jugak ditukar. Kalau tak hati asik risau sana sini rosak, duit pun byk keluar utk repair. Lagi satu, kereta baru penggunaan minyak lebih jimat (biasanyalah, bergantung pada kereta apa yg kita dah ada dan kereta baru apa yg nak dibeli).

    BalasPadam
  10. perbezaan gaya hidup seseorang memang saya tak nafikan
    memang kalau orang susah masuk U macam culture shock
    kawan saya dulu tiap semester tukar phone
    ada yang mampu beli kereta menggunakan duit pinjaman

    mampu? memang sangat sebab mak bapak bagi duit juga walau ada pinjaman
    saya aje hanya bergantung sepenuhnya pada pinjaman
    mujur iman kuat tak terikut kekawan shopping bagai nak rak tiap kali dapat duit pinjaman

    BalasPadam
  11. sbb tu smpi lani sy tak beli kete pon lgiii dok pulun nk settle kn bayar duit pinjaman blajar biar tak begaya janji tak behutang hehhee...

    BalasPadam
  12. Kalau yang nak kereta itu masih lagi student rasanya ianya kehendak. Bukan keperluan. Tapi sekarang ni kalau tengok, macam dah jadi trend pula kan..belajar tapi sudah berkereta..tak semua tapi segelintir yang mungkin dari golongan orang kaya.

    BalasPadam
  13. dulu masuk uni kereta adalah kehendak dan keperluan CT. seorang pengidap slip disc yang tak boleh menapak jauh jadi keperluan disitu utk punya kereta. kehendak memang takleh tipu la.. semua orNg nak kete kekeke..

    BalasPadam
  14. Mengejar gaya ni membuat diri papa tapi tam membawa ke mana2 pun...

    BalasPadam
  15. Hidup ikut kemampuan sendiri. Kalau melebihi kemampuan, sendiri yang susah. Orang lain tertawakan aje. Beban hutang kita yang tanggung. Kalau kita dok bandingkan diri dengan orang yang lebih berkepuk poketnya, memanglah tak tertahan menanggung nafsu. Kalau boleh, semua pun hendak. Masalahnya, orang yang berkemampuan takda masalah; kalau setakat kita yang tak sama kemampuan seperti mereka tu, mahu bocor poket selalu :)

    Bijak pilihan, Mar ni. Biarlah mereka bergaya dengan poket kosong asalkan kita sebaliknya ^_^

    BalasPadam
  16. Senangnya budak-budak sendiri, nak apa mintak ja. Saya dulu, dah kerja beli sendiri. Memang ayah tak pernah ajar belikan untuk anak-anak. Kena usaha sendiri kalau nak sesuatu benda.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code