Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Pengalaman Temuduga


Bukan sekali dua sudah mengalaminya. Banyak kali. Sampai dah tak teringat dah.Tetapi ini adalah pengalaman terbaru saya. Saja nak share. Saya tidak ada apply apa-apa kerja sejak 2 menjak ni. Almaklumlah sudah hujung tahun, appraisal pun sudah lepas. Menanti increament dan bonus tahun depan (kalau ada rezeki).

Tiba-tiba mendapat panggilan yang tidak dijangkakan. Jika saya berminat untuk ditemuduga, saya boleh hadir.

Pecut nak pergi temuduga gara-gara terlambat dek kerana mangga pagar bermasalah. Persediaan untuk temuduga, seperti biasa meskipun gagal menjumpai advertisement jawatan tersebut dan saya gagal untuk mengetahui requirement and qualification yang mereka perlukan. Ah, hentam sajalah labu. Tercangak-cangak jugalah mencari kilang tersebut, takut salah masuk lorong. Tapi, alhamdulillah, dipermudahkan.

Jawatan yang saya temuduga ni, kalau di kompeni saya bekerja sekarang, kira gred tinggi juga, executive levelHigh qualification needed for this position.

Apa yang saya dapat tangkap dari penerangan job scope ketika temuduga, emm..tak macam level tu je. Sebab position seperti ini ada banyak kategori. Tapi, saya tidak boleh membuat sebarang kesimpulan sebab realiti mungkin berbeza.

Yang saya mahu kongsikan, mengenai sesi temuduga yang agak mencabar dari psikologi. Sesi temuduga sebelum-sebelum ni, biasanya mencabar dari segi ujian bertulislah, ujian teknikal, sampai penat nak jawab dan selalu fail bab teknikal sebab dah lama tinggalkan bidang itu.

Penemuduga, seperti biasa, harus ada 'bos' tempat kerja dan HR. Kedua-dua mereka mempamerkan kerisauan dari segi situasi kerja yang berbeza di setiap tempat. Dari cara percakapan mereka jyga, memerlukan staff a.s.a.p. Yes, i know! 

Saya akui saya sudah selesa dengan kerja saya sekarang, sudah tahu selok belok, sudah biasa dengan rakan sekerja dan suasana tempat kerja. Malah, sudah biasa handle expeditor yang sering meroyan!

Dan, saya akui juga saya pasti mengalami culture shock bila masuk ke tempat kerja baru. Semuanya baru. Suasana yang saya sendiri tidak pasti macamana, rakan sekerja yang macam mana perangainya. Dan yang pasti, biasanya orang baru sering kena buli. Ini yang paling saya benci!

Sangat tak faham, kalau orang baru mesti kena buli. Macam sudah jadi kebiasaan dan kemestian pula. Eh, eh..buat sajalah kerja masing-masing. Kita dibayar gaji dan ada job scope masing-masing, just follow the rules. Sama-sama makan gaji, cari rezeki. It's easy meh. Tapi bagi saya, semua itu ilmu. Terima kasih atas bulian anda.

Berbalik kepada soalan-soalan psikologi dari HR, saya ditemuduga oleh HR dahulu. Dia lebih menekankan ke arah penerimaan saya terhadap kerja baru dan tekanan kerja yang mungkin akan saya hadapi.
Adakah sudah bersedia untuk menghadapi situasi tempat kerja baru? Yang mungkin beza dengan tempat kerja sekarang. Macam u sudah lama kerja di tempat kerja u, sudah tahu apa yang perlu dibuat, tapi di tempat kerja baru mungkin banyak kerja yang perlu u buat, kena cepat-cepat belajar, mungkin akan kerja lebih masa untuk siapkan kerja-kerja tu.

Bagaimana u nak catch up kerja-kerja yang pending, yang mungkin banyak untuk disiapkan.

U kena fikir situasi yang mungkin u akan alami. Bukan cuma u nak ambil peluang bekerja sebab untuk dapatkan income lebih besar. Bukan sebab u mahu berhenti kerja sebab u ada masalah dengan u punya rakan sekerja, jadi u mahu berhenti dan mesti cari kerja lain.

Bila ada orang datang interview, macam u, mereka akan memberi harapan tinggi kepada u, harap u dapat bekerja dengan baik dan tidak ada masalah.

Sesi, bersama QA Manager pula, keras kejung saya dibuatnya. Lama juga saya menanti dia review resume saya. Satu persatu dibaca dan ditanya. TAPI, job scope yang dia terangkan kepada saya untuk jawatan yang saya temuduga tu, nampak simple. Cuma dari apa yang saya gambarkan, ianya agak renyah dan perlu key-in banyak data. Sama macam kerja saya sekarang ni.

Yang tak best, kerja tersebut tidak ada orang cover. Bila saya cuti, kerja akan pending. Hal ini saja sudah buat saya down. Patutlah orang ramai tak tahan kerja macam ni. Seorang buat kerja, tiada yang cover. Dari segi personal pula, dia bertanyakan tentang anak, pengasuh, rumah, kampung dan percutian keluarga. Ala, takut saya selalu cutilah tu.


Sebenarnya situasi begini telah saya alami 5 tahun lalu (tempat kerja sekarang). Bagaimana saya perlu catch up kerja-kerja yang pending.

Bagaimana saya perlu menyiapkan kerja dengan guideline yang agak limited. Ditambah pula komputer yang disediakan sangat-sangat lapuk hingga saya stress untuk mengejar dateline.

Bagaimana saya perlu re-filing hardcopy dan rename softcopy file. Jenuh menggodek PC, masak rename segala file penting, dan sort agar semua orang faham bila buka. Bukan hanya saya seorang yang faham! Yang penting filing record agar mudah dicari dan ditrace.

Bagaimana saya sering ditahan dari pulang jam 6 petang dan perlu menyiapkan tugasan yang diberikan, esok mesti siap! (masa baru-baru kerja).


Lama juga temuduga, lebih satu jam setengah. Saya ambil ia satu pengalaman berharga. Saya tak yakin boleh dapat sebab saya demand bab gaji. Sebab saya expect position tu seperti apa yang saya inginkan, tapi macam tidak kot. Dapat ke tidak, belakang cerita. Yang penting, saya attend dan hadapi temuduga dengan sebaiknya. Lepas habis temuduga, terus pecut balik kilang. Masuk kerja semula la beb!

People management style ~ my HOD characteristics and
how to handle that kind of person.




Nota Kaki : Tulis panjang lebar, korang tak rajin nak baca kan..





Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Kadang2 yang mencari kita ni kita kena selidik betul2... nama level atau pangkat tidak menggambarkan kerja sebenar yang kita akan lakukan sekiranya kita diterima bekerja... tu sebab farah agak cerewet dalam memilih kerja... apa2 pun all the best mar...

    BalasPadam
  2. Pengalaman interview sue masa awal2 dulu nervous sgt tsu. Lps 3x interview baru diterima kerja. Faham sangat situasi mar skrg. Ada rezeki insyaAllah dapatla kerja baru tu mar.

    BalasPadam
  3. all the best jugak.pengalaman masa intw tu pun best..:)

    BalasPadam
  4. dapat atau tidak itu semua bergantung pada rezeki.dpt tambah lg pengalaman..
    moga berjaya Mar..:)

    BalasPadam
  5. Siapa kata tak suka baca? Kakak baca from the beginning to the end and its a good sign that you may jump as what kakak always said earlier. Yes demand is the main thing when we know our capability on the job offered.

    Usaha dah buat doa moga berjaya. Kakak doakan juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. masa nak taip entri ni teringat kata-kata kak zakie tapi bila dah publish lupa pulak nak selit nama kak zakie..hihi..

      Padam
  6. kalau dah selesa kat satu tempat bila nak tukr kerja macam2 kena pikir... mna tau ada rezeki Mar dpt la keja tu kan... saya pn dh menapak di tempat kerja yang sama dah lama dan rasa kalo nak cri kerja tpt lain pon mcm terpikir2 tkut xleh nak adapt dengn tmpt baru ^_^

    BalasPadam
  7. seronok baca pengalaman orang.. mama memang tak merasa interview bagai ni.. melekat di rumag je memanjang...

    BalasPadam
  8. Kalau kerja, pernah sekali je kena intebiu.
    Kalau belajar, sekali jugak rasenye.

    BalasPadam
  9. insyallah kalau ada rezeki dptlah keje tu
    el ni dah byk kali dah interview
    tp tulah belum ada rezeki lagi
    smpai skrg smbil2 tu apply mana yg ada
    tp kalau boleh xmau dah keje2 nak buat biz sndiri insyallah

    BalasPadam
  10. wei saya baca dari mula sampai habis tau! =)
    tu yang buat saya malas melalui episod temuduga semula
    takut nak berhadapan dengan interviewer
    apapun mar, moga success ye
    saya doakan kejayaan mar dari kejauhan

    BalasPadam
  11. sy dah malassss nk gi i/view sokmo tak dapat mmng rezeki kt tmpt keje skrg ni je la kot..

    BalasPadam
  12. Dah dekat 2 thn juga lya x pergi interview .last yg kja sblm ni...

    BalasPadam
  13. Baca sampai habis, Mar walaupun dah lama sungguh tak attend job interview ni. Rasanya mungkin takda lagilah dalam kamus hidup bekerja saya ni. The last one dah hampir sedekad lamanya. Good luck, Mar. Manalah tau ada rezeki, sangkut di tempat baru tu. Mula-mula memang sukar nak mencuba or to adapt, lama-lama nanti jadi biasa dah. Tak peduli dibuli atau membuli lagi :D

    BalasPadam
  14. Saya sekali saja ditemuduga dan alhamdulillah dapat kerja sampailah sekarang. So, pengalaman tak banyak bab kena interview ni.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code