Bukan sekali dua sudah mengalaminya. Banyak kali. Sampai dah tak teringat dah.Tetapi ini adalah pengalaman terbaru saya. Saja nak share. Saya tidak ada apply apa-apa kerja sejak 2 menjak ni. Almaklumlah sudah hujung tahun, appraisal pun sudah lepas. Menanti increament dan bonus tahun depan (kalau ada rezeki).

Tiba-tiba mendapat panggilan yang tidak dijangkakan. Jika saya berminat untuk ditemuduga, saya boleh hadir.

Pecut nak pergi temuduga gara-gara terlambat dek kerana mangga pagar bermasalah. Persediaan untuk temuduga, seperti biasa meskipun gagal menjumpai advertisement jawatan tersebut dan saya gagal untuk mengetahui requirement and qualification yang mereka perlukan. Ah, hentam sajalah labu. Tercangak-cangak jugalah mencari kilang tersebut, takut salah masuk lorong. Tapi, alhamdulillah, dipermudahkan.

Jawatan yang saya temuduga ni, kalau di kompeni saya bekerja sekarang, kira gred tinggi juga, executive levelHigh qualification needed for this position.

Apa yang saya dapat tangkap dari penerangan job scope ketika temuduga, emm..tak macam level tu je. Sebab position seperti ini ada banyak kategori. Tapi, saya tidak boleh membuat sebarang kesimpulan sebab realiti mungkin berbeza.

Yang saya mahu kongsikan, mengenai sesi temuduga yang agak mencabar dari psikologi. Sesi temuduga sebelum-sebelum ni, biasanya mencabar dari segi ujian bertulislah, ujian teknikal, sampai penat nak jawab dan selalu fail bab teknikal sebab dah lama tinggalkan bidang itu.

Penemuduga, seperti biasa, harus ada 'bos' tempat kerja dan HR. Kedua-dua mereka mempamerkan kerisauan dari segi situasi kerja yang berbeza di setiap tempat. Dari cara percakapan mereka jyga, memerlukan staff a.s.a.p. Yes, i know! 

Saya akui saya sudah selesa dengan kerja saya sekarang, sudah tahu selok belok, sudah biasa dengan rakan sekerja dan suasana tempat kerja. Malah, sudah biasa handle expeditor yang sering meroyan!

Dan, saya akui juga saya pasti mengalami culture shock bila masuk ke tempat kerja baru. Semuanya baru. Suasana yang saya sendiri tidak pasti macamana, rakan sekerja yang macam mana perangainya. Dan yang pasti, biasanya orang baru sering kena buli. Ini yang paling saya benci!

Sangat tak faham, kalau orang baru mesti kena buli. Macam sudah jadi kebiasaan dan kemestian pula. Eh, eh..buat sajalah kerja masing-masing. Kita dibayar gaji dan ada job scope masing-masing, just follow the rules. Sama-sama makan gaji, cari rezeki. It's easy meh. Tapi bagi saya, semua itu ilmu. Terima kasih atas bulian anda.

Berbalik kepada soalan-soalan psikologi dari HR, saya ditemuduga oleh HR dahulu. Dia lebih menekankan ke arah penerimaan saya terhadap kerja baru dan tekanan kerja yang mungkin akan saya hadapi.
Adakah sudah bersedia untuk menghadapi situasi tempat kerja baru? Yang mungkin beza dengan tempat kerja sekarang. Macam u sudah lama kerja di tempat kerja u, sudah tahu apa yang perlu dibuat, tapi di tempat kerja baru mungkin banyak kerja yang perlu u buat, kena cepat-cepat belajar, mungkin akan kerja lebih masa untuk siapkan kerja-kerja tu.

Bagaimana u nak catch up kerja-kerja yang pending, yang mungkin banyak untuk disiapkan.

U kena fikir situasi yang mungkin u akan alami. Bukan cuma u nak ambil peluang bekerja sebab untuk dapatkan income lebih besar. Bukan sebab u mahu berhenti kerja sebab u ada masalah dengan u punya rakan sekerja, jadi u mahu berhenti dan mesti cari kerja lain.

Bila ada orang datang interview, macam u, mereka akan memberi harapan tinggi kepada u, harap u dapat bekerja dengan baik dan tidak ada masalah.

Sesi, bersama QA Manager pula, keras kejung saya dibuatnya. Lama juga saya menanti dia review resume saya. Satu persatu dibaca dan ditanya. TAPI, job scope yang dia terangkan kepada saya untuk jawatan yang saya temuduga tu, nampak simple. Cuma dari apa yang saya gambarkan, ianya agak renyah dan perlu key-in banyak data. Sama macam kerja saya sekarang ni.

Yang tak best, kerja tersebut tidak ada orang cover. Bila saya cuti, kerja akan pending. Hal ini saja sudah buat saya down. Patutlah orang ramai tak tahan kerja macam ni. Seorang buat kerja, tiada yang cover. Dari segi personal pula, dia bertanyakan tentang anak, pengasuh, rumah, kampung dan percutian keluarga. Ala, takut saya selalu cutilah tu.


Sebenarnya situasi begini telah saya alami 5 tahun lalu (tempat kerja sekarang). Bagaimana saya perlu catch up kerja-kerja yang pending.

Bagaimana saya perlu menyiapkan kerja dengan guideline yang agak limited. Ditambah pula komputer yang disediakan sangat-sangat lapuk hingga saya stress untuk mengejar dateline.

Bagaimana saya perlu re-filing hardcopy dan rename softcopy file. Jenuh menggodek PC, masak rename segala file penting, dan sort agar semua orang faham bila buka. Bukan hanya saya seorang yang faham! Yang penting filing record agar mudah dicari dan ditrace.

Bagaimana saya sering ditahan dari pulang jam 6 petang dan perlu menyiapkan tugasan yang diberikan, esok mesti siap! (masa baru-baru kerja).


Lama juga temuduga, lebih satu jam setengah. Saya ambil ia satu pengalaman berharga. Saya tak yakin boleh dapat sebab saya demand bab gaji. Sebab saya expect position tu seperti apa yang saya inginkan, tapi macam tidak kot. Dapat ke tidak, belakang cerita. Yang penting, saya attend dan hadapi temuduga dengan sebaiknya. Lepas habis temuduga, terus pecut balik kilang. Masuk kerja semula la beb!

People management style ~ my HOD characteristics and
how to handle that kind of person.




Nota Kaki : Tulis panjang lebar, korang tak rajin nak baca kan..