Kalau singgah kedai, ada je yang nak dibeli. Yelah, setakat nak beli 2, 3 barang tak kuasa saya nak ke Mydin. Singgah saja kedai depan rumah. Dari 2, 3 barang jadi 4, 5 barang. Boleh dikawal lagi.
Kalau bawa Cik Aisyah, ada saja yang diminta. Gula-gula atau aiskrim. Cik Aisyah kalau tak dapat tidak lah sampai berguling-guling, tapi raut wajahnya membuatkan saya tidak sampai hati. Dan dia akan menyebut apa yang dia inginkan berulang-ulang kali hingga saya rasa bersalah.
Inilah, hati seorang ibu. Hati tisu. Kalau anak dah bertambah, mungkin hati dah keras sikit nak melayan kot. Eh..yeke?
Saya suka makan roti kok cicah teh O panas. Perghh..nikmat sungguh. Mahal juga ye harganya sekarang. Masa kami masih kecil, emak selalu beli yang jenis timbang seplastik besar dan simpan dalam bekas kedap udara. Rasanya tidaklah mahal seperti sekarang. Sekarang ni susah nak cari yang ditimbang.
Roti Kok ~ RM2.80 sepekat, saiz pun comel-comel.
8 Ulasan
tak pernah makan roti kok ni... cmne lah rasa dia kan...
BalasPadamtak pernah dengar lagi...baru kali ni dengar...
BalasPadamSue suka cicah biskut kering dgn teh o panas.
BalasPadamRoti kok?
BalasPadamRoti gula tu ka?
Mmg best sgt roti kok tu.. dulu waktu sekolah mmg selalu sgt makan. Mmg skrng susah nak dpt. Kdg2 benggali yg jual roti bawa motor tu pun tak ada jual dah.. best2.. :) :)
BalasPadamsaya biasa buat sendiri roti tu dulu
BalasPadamtapi sekarang tak ada oven, tak pernah lagi buat
hehe...betullah hati ibu kan, walau camne keras
cair juga dengan anak
X pernh nmpk n mkn..msti sdp
BalasPadamRasanya macam roti bakar kan...saya lebih suka cicah kopi o sebab minum teh, kompom angin.
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.