Majlis telah selamat berlangsung pada hari sabtu yang lalu. Alhamdulillah. 4 buah kereta bertolak dari kampung, saing abah dan emak ke rumah kami. Mereka singgah dan berehat sebentar di rumah kami.

Saudara mara sedang enak menjamu rambutan gading.


Rumah Pak Uda, tuan rumah, iaitu bapa pengantin hanya 5 minit dari rumah kami. Saudara mara yang singgah di rumah kami gerak awal dari kami kerana saya perlu menunggu en.suami pulang dari kerja.

Selpie sebelum bertolak.


Sampai-sampai, makan dulu. Nasi beriani, daging masak beriani, ayam masak merah, dalca dan acar. Sedap.

Pengantin adalah adik sepupu perempuan saya.


Jemputan yang hadir juga tidak putus hingga ke petang. Sanak saudara berborak sakan menambahkan lagi kemeriahan.



Aisyah pula sibuk dengan aktiviti sihatnya. Menolak kerusi ke hulu hilir. Bermain kejar-kejar. Tak pandai penat agaknya. Berpeluh-peluh. Saya yang melihatnya pun letih.



Kami pulang dalam jam 4 petang. Tetamu sudah mula kurang waktu itu. Aisyah pula mula memgaruk bila sudah penat. Selepas mandi, anak dara lasak tu tertidur setelah habis susu sebotol.