Saya tak ingat macamana saya boleh sampai ke blog ini. Semuanya secara kebetulan, mencari maklumat tertentu. Sedari itu, saya sering mengintai blog ini.

Sebab apa? Sebab saya bangga dengan semangat dia. Bukan mudah untuk membesarkan anak yang lahir pra-matang. Saya intai satu persatu entrinya dan saya mula faham dan betapa tabahnya dia dan suami.





Permata hati mereka sudah genap 2 tahun pada 4 November yang lalu.  Setiap perkongsian dalam blog ini membuatkan naluri keibuan saya sering terpagut. Sayu hati. Serentak itu, hati terus memanjatkan syukur tidak terhingga.

Sudi-sudikanlah ke Blog Anak Beranak. Sempena hari ulang tahun ke-2 Izara yang telah lama terlepas tu, auntie doakan moga Izara sihat-sihat selalu, membesar menjadi sorang muslimah solehah.