Assalamualaikum

Nasi Goreng Pattaya | Tekak teringin makan menu di kedai makan. Kononnya. Tapi, nak melabur duit di kedai makan memang rasa berat hati. Bukan kedekut, tapi berjimat. Almaklumlah rakyat marhaen macam kami perlu berdikit-dikit. Kalau tidak, impian tidak dapat direalisasikan.

Pak menteri pun ikat perut yang gendut, ini kan kami. Yelah, setakat makan gaji, pendapatan isi rumah 5K kira cukup-cukup makan. Mana nak membayar pinjaman rumah, kereta, PTPTN. Hishh...bukan mengeluh, berkongsi rasa sahaja.


Nasi Goreng Pattaya berlaukkan Ayam Masak Merah.
Telur dadar tu versi jimat, kata nak realisasikan impian.
Nak resepi, meh cilok SINI.


Ayam masak merah saya tu sedap kot sebab en.suami makan bertambah-tambah, siap jeling saya lagi bila nak ambil ayam berketul-ketul. Makanlah cik abang oi..saya kan diet. Nak dengar pujian dari mulutnya memang tidak lah.


Sumber ~ whatAp group


Memang banyak barang-barang keperluan naik harga hingga ada yang cakap beli makanan di kedai lagi murah. Murah ke kalau sepinggan nasi goreng pattaya RM5. Kalau setakat beli bawang tu, RM4 boleh guna hingga 2 minggu kot. Kalau tak guna hari-hari memanglah rugi, membazir, terbuang begitu sahaja. Ikan bilis pun boleh simpan lama. Gula, tepung pun bukan hari-hari guna. Nak jimat lagi, minum air masak saja. Gas rumah saya pun boleh tahan hingga 6 bulan walaupun hari-hari masak. Ini bagi saya yang duduk bertigalah. Yang duduk seorang diri, berdua, memang ada kalanya rasa tak berbaloi nak masak. 

Maaflah sejak dua menjak ni ada kemalasan sedang bertapa dalam badan untuk create entri resepi. Masak tetap masak. Kalau ada masakan yang best saya sharelah ye.