Perancangan yang dilakukan secara tidak sengaja dan pasti tidak akan menolak kerana masing-masing tidak tahu. Alang-alang masing-masing sudah turun JB, kita pekena kacang pool barang semangkuk.

Perjalanan yang singkat menjadi lama bila jalan jammed tidak bergerak gara-gara ramai sungguh manusia ke pejabat HASIL (bersebelahan angsana) memohon Br1m. Terkejut saya. Jammed macam tu sekali. Bangunan Angsana sudah di sebelah tetapi kami di dalam kereta berpeluh kerana jammed. 1 jam juga dalam kereta.

Sanak saudara yang lain sudah lama sampai, menunggu kami di food court. Dah habis pun makan. Keluar sahaja dari kereta, dari jauh kami sudah dilambai. Tak sempat duduk, Pak Uda sudah mengira berapa ramai kami ini dan mengambil order terus. Cuaca panas macam tu secawan air tidak cukup.

Kacang pool di Angsana ini merupakan cawangan di larkin bomba. Biasanya kami cuma tapau di larkin bomba.

Sebelah kiri Pak Uda, sebelah kanan abah saya (sama tak muka diorang?)


Sebelum makan, ambil gambooo ~ Anak dara makan tak ingat ibu dia..


Macam biasa, saya makan berkongsi dengan Aisyah. Aisyah macam tulah, memang laju je makan bila makanan terhidang di depan mata. Selebihnya, laju sedut air dan makan air batu. Tak dapat dengan ibu dan ayahnya, minta nenek dan atuk. Ahaii...cucu sorang katakan..


Selpie sikit..belakang saya tu Mak Uda, Mak Chik dan keluarganya.



Nota Kaki : Saya sedang bercuti saat entry ini dipublish. Terima kasih atas kunjungan semua.