Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Kacang Pool Di Angsana Johor


Perancangan yang dilakukan secara tidak sengaja dan pasti tidak akan menolak kerana masing-masing tidak tahu. Alang-alang masing-masing sudah turun JB, kita pekena kacang pool barang semangkuk.

Perjalanan yang singkat menjadi lama bila jalan jammed tidak bergerak gara-gara ramai sungguh manusia ke pejabat HASIL (bersebelahan angsana) memohon Br1m. Terkejut saya. Jammed macam tu sekali. Bangunan Angsana sudah di sebelah tetapi kami di dalam kereta berpeluh kerana jammed. 1 jam juga dalam kereta.

Sanak saudara yang lain sudah lama sampai, menunggu kami di food court. Dah habis pun makan. Keluar sahaja dari kereta, dari jauh kami sudah dilambai. Tak sempat duduk, Pak Uda sudah mengira berapa ramai kami ini dan mengambil order terus. Cuaca panas macam tu secawan air tidak cukup.

Kacang pool di Angsana ini merupakan cawangan di larkin bomba. Biasanya kami cuma tapau di larkin bomba.

Sebelah kiri Pak Uda, sebelah kanan abah saya (sama tak muka diorang?)


Sebelum makan, ambil gambooo ~ Anak dara makan tak ingat ibu dia..


Macam biasa, saya makan berkongsi dengan Aisyah. Aisyah macam tulah, memang laju je makan bila makanan terhidang di depan mata. Selebihnya, laju sedut air dan makan air batu. Tak dapat dengan ibu dan ayahnya, minta nenek dan atuk. Ahaii...cucu sorang katakan..


Selpie sikit..belakang saya tu Mak Uda, Mak Chik dan keluarganya.



Nota Kaki : Saya sedang bercuti saat entry ini dipublish. Terima kasih atas kunjungan semua.




Catat Ulasan

26 Ulasan

  1. rindunya kacang pool kat sini..

    p/s: mar, ada kode lah kat ruangan komen ni...

    BalasPadam
  2. Dah lama nak cuba makan kacang pool ni tapi tak jumpa kat sini.

    BalasPadam
  3. Kakak pun biasa makan yg dekat dgn Bomba Larkin tu Mar. Kalau Angsana kakak suka mee rebus hj wahid:)

    Kalau musim BR1M dan bayar income-tax jalan sini memang jem Mar. Boleh ikut jln yg Petronas masuk susur ikut depan Mydin ok sikit.

    BalasPadam
  4. Teringin nk mkn kacang pool. Tggu turun johor nnt pasti akn terjah sana.

    BalasPadam
  5. Sekarang kacang pool ni dah ramai yang cuba buat tapi mesti tak sama dengan resepi asal, kan? :)

    BalasPadam
  6. tak penah rsa lgi...tapi ramai org ckp sedap kan..

    BalasPadam
  7. Salam! ^_^
    Anda telah di tag! dalam giveaway by Ibu Zharith. Hadiah lumayan!

    Check , here!

    BalasPadam
  8. kacang pool tu ape .. org kate kat johor je ade ...s edap ke

    BalasPadam
  9. Assalam,

    Saya dari blog

    http://unprivatediarytyping.blogspot.com/2014/12/segmen-blogwalking-bersama-cikgu-farha.html ,

    done follow this blog. mohon follow back ya :) . Salam kunjungan ^^

    BalasPadam
  10. makan banyak2 kasi gemuk sikit Mar..heheh

    BalasPadam
  11. @Mama Niza
    tulah blogspot problem lg kot..takde ubah setting, dah check banyak kali tau..

    BalasPadam
  12. @eima
    nama sejenis makanan..kuah berkacang berempah, letak telur mata dan makan dengan roti bakar

    BalasPadam
  13. tak tau apa kacang pool tu..tak prnh dtg johor lgi :)

    BalasPadam
  14. wah lamanyaa tak pergi angsana..dulu zaman sekolah, situ lah tempat outing kami hihi

    BalasPadam
  15. Fuhh sedap... lama dah tak pekena kacang pool....

    BalasPadam
  16. X pernh mkn kot kacang pool, wahh msti sdp ni

    BalasPadam
  17. teringin lak nak rs kcg pool ni
    jauh sgt pun nak pi jb sn hehe

    BalasPadam
  18. Teringin nak makan. Kat angsana apa nama gerainya sis?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kacang pool haji..emm..apa ek..gambar ada snap tapi pada kakak..kih2..tapi ada tulis kak kathy, cawangan larkin bomba

      Padam
  19. aida kalau ke jb tak lupa ke larkin pekena kacang pool ni.
    best.
    ada cawangan di angsana ye? ok ok ok... tq for the info :)

    BalasPadam
  20. Kacang pool ni famous sungguh ya. Ini ke yang pengusaha kacang pool yang kahwin dengan pelakon Wan Maimunah tu? Hari tu katanya di MAHA2014 ada juga gerai kacang pool tapi saya tak pergi pun ke MAHA ni. Nanti kalau ada rezeki sampai ke JB nak juga cubalah.

    BalasPadam
  21. awat tak tunjuk gambar kacang poolnya
    boleh tumpang terliur sekali =)

    BalasPadam
  22. Salam. Hee kacang pool kat bomba larkin pun sedap juga.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code