Lanafira Butik Muslimah Online

By Mar Mansor - 8:00 PG

Assalamualaikum

Lanafira Butik Muslimah Online | Dalam kesibukan harian, kadang kala tiada masa untuk keluar bershopping. Namun begitu, usah gusar sebab dengan handphone pun sudah boleh bershopping sekarang. Banyak pilihan butik online di zaman cyber ini tapi harus diingat perlu berhati-hati.

Saya percaya, ramai yang mencari butik muslimah online. Di Lanafira, terdapat banyak fesyen muslimah terkini. Pakaian muslimah di Lanafira bukan hanya mengikuti peredaran zaman malah ia kelihatan trendy dan up-to-date. Ia menjadi pilihan utama para muslimah kerana ia sentiasa menawarkan harga mampu milik disamping kualiti sentiasa terjamin!

Pendek kata fesyen di Lanafira amat sesuai untuk kegunaan harian. Selain fesyen terkini, penggunaan material yang sesuai juga menjadikan ianya pilihan ramai tidak kira lapisan usia. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang gemar mengenakan jubah, kebaya dan peplum ke tempat kerja. Selesa dipakai.

Pakaian di Lanafira juga mesra wuduk dan breastfeed friendly. Amat sesuai pakai bagi ibu-ibu yang menyusukan anak.

Bagi mereka yang gemar mengenakan jubah, ada pilihan jubah yang eklusif. Dengan mengenakan warna pastel, si pemakai pasti kelihatan anggun dan bergaya. Ini antara warna yang menjadi pilihan ramai. Cantik dan kelihatan selesa.

Melissa Long Dress

Ini pula fesyen kebaya. Si pemakai tampil lebih berkeyakinan bila memakainya. Sangat cantik digayakan di hari raya. Tapi, tidak salah jika dipakai di tempat kerja. Lebih berketerampilan.

Kebaya Alana

Ini pula fesyen peplum. Fesyen ini menjadi kegemaran sebab si pemakai akan kelihatan lebih muda dari usia.

Modern Peplum

Jangan tak tahu ye, di www.lanafira.com turut ada mengkongsikan pelbagai tips. Rugi andai korang tidak baca tips yang dikongsikan di sini. 

Di mana nak baca tips berguna ni? 

Singgah di bahagian LIFESYLE. Saya kongsikan di sini antara tips yang ada di LANAFIRA. Tips sebelum membeli baju peplum. Sangat berguna ni, lebih-lebih lagi di Lanafira ada menjual baju peplum yang cantik-cantik.

Selain itu, ada juga perkongsian tentang perkara yang wajib diketahui sebelum membeli-belah melalui butik online. Jangan risau, Lanafira antara butik muslimah online yang dipercayai.

Seronok kan? Sambil membeli belah dapat menambah ilmu juga. Secara tidak langsung, kita tahu sedikit sebanyak tips yang berguna.

Bagaimana cara membeli baju di Lanafira?

Mudah sangat. Hanya perlu ke website LANAFIRA. Kemudian, pilih pakaian yang anda ingin beli. Klik pada butang 'Add to chart', buat pembayaran setelah mengisi borang. Selesai. Hanya perlu tunggu pakaian yang anda pesan sampai. Sangat menjimatkan masa dan tenaga.


  • Share:

You Might Also Like

2 comments

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.