Mi Siput Sedap Dari Muar Johor

By Mar Mansor - 9:00 PG

Assalamualaikum

Mi Siput Sedap Dari Muar Johor | Siapa peminat mi siput macam saya? Angkat kaki! Saya memang penggemar mi siput. Mi siput ni saya kirim dengan kawan saya. 1 pek ada 20 keping dengan harga belian sepeket hanya RM6.50.


Bukan saya saja peminat mi siput dalam rumah tu. Anak-anak saya pun suka rupanya. Maka berlumba-lumbalah kami makan mi siput bersama-sama sambil menonton tv. Mi siput ni kalau tak dicicah dengan sambal tumis, cicah dengan sos pon dah sedap. Percayalah.

Hasil gorengan.

Untuk menggoreng mi siput ni, memang perlu minyak yang cukup panas. Macam saya, tak berapa suka yang terlalu kembang sangat. Yang tak kembang semangkuk pun mi ni dah rangup dah.

Sambal tumis baki nasi lemak.

Mi siput ini keluaran Endok Food Industries bertempat di Muar Johor. Boleh search di FB.




  • Share:

You Might Also Like

6 comments

  1. Lama tak beli dan makan mee siput ni...selalu kawan Sis yang jual..siap pakej dengan sambal tumis lagi hehehe

    BalasPadam
  2. sedap kan... akak pun suka, kalau balik johor mmg wajib cari di rnr machap atau di iks simpang renggam....

    BalasPadam
  3. Uih..lama betul tak makan mee siput ni.. kalau dapat makan dengan sambal memang best mar, sekeping tak cukup

    BalasPadam
  4. Wow! Jarang-jarang makan mee siput..mcm dah lama tak menelannya ..hehe

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.