Aktiviti

Mudahnya BerBBQ Dengan Rempah Ayam Madu

8:00 PG

Assalamualaikum

Mudahnya BerBBQ Dengan Rempah Ayam Madu | Dah sesekali pulang ke kampung, memang macam-macam aktiviti kita nak buat. Meskipun masa amat mencemburui, namun, cuma memanfaatkan waktu yang singkat itu dengan aktivit pengerat silaturrahim. Air yang dicincangkan tak akan putus, begitu juga dengan pertalian darah, adik beradik.

Malam sebelumnya Sambutan Hari Jadi Cik Aisyah, malam esoknya kita main bakar-bakar pula. Tidak lah banyak mana yang nak dibakar tu tapi cukuplah untuk kami semua.
Bakar ayam dan bakar sotong je. Selebihnya lauk pauk kenduri kahwin siang tadi. Lauk kendui kahwin je dah penuh 1 meja makan. Hadap tu jelah kan. Sayang tau kalau tak dimakan.
 >>> Rempah Ayam Madu <<< Klik untuk order.
Cuba dulu baru tau sedap ke tak sedap. Sedap uiii lagi kalau perap lama & banyak-banyak. Ada skil nak bagi ayam tu merah tau. Sambil bakar sebelah, sebelah lagi kita sapu-sapu lebihan air perapan tadi tu. Balik-balikkan ayam. Ha....merah le dia...


Ayam tak berapa nak merah sebab perap pun beberapa jam je. Tukang bakar takde skill.



Ini pula saya yang bakar. Skill membakar saya turunkan pada adik saya. Bagi ayam tu merah-merah sikit.


Bila sudah siap bakar, kita makanlah! Takde gambar sebab semua tak pakai tudung. Sedap dapat ratah ayam & sotong bakar ni.


Aktiviti

Program Kasih JDT Blogger Bersama Anak Yatim (Siri 1)

8:00 PG

Assalamualaikum

Program Kasih JDT Blogger Bersama Anak Yatim (Siri 1) | Ini merupakan aktiviti amal pertama #team JDT Blogger. Saat program ini diusulkan, saya sangat teruja untuk melibatkan diri sebab belum pernah mengelola aktiviti amal sebegini.

Saya sampai agak lewat sebab gerak di awal pagi. Ada anak kecil perlu diuruskan. Kemudian, gerak ke Kluang ditemani Cik Aisyah. Alhamdulillah, kami selamat sampai ke destinasi.


Ketika ini, program telah berjalan dan saya sampai ketika sesi suai kenal dijalankan.


 Sesi Suai Kenal 


Emcee kita yang comel molek, Cik Uyul Rosli. Pandai dia berceloteh dan mengambil mood anak-anak. Sesi beramah mesra tidaklah formal, harus santai dan buat mereka gembira. Siapa yang bertuah dapatlah sedikit cenderahati.



Ucapan dari Pengerusi, Cik Yaya Cendana. Tuan Pengerusi ada menerangkan tentang apa itu "blog". Apa itu "blogger". Apa fungsi blogger. Kemudian, semua blogger yang terlibat memperkenalkan diri masing-masing.

Antara blogger yang terlibat adalah;
Janji Kita (tuan tanah),


Sebelum bermula sesi seterusnya, kita bergambar beramai-ramai dahulu. Ambil mood sebelum tenaga hilang.


Gambar kenangan bersama penghuni anak-anak yatim kluang dan JDT blogger yang terlibat.


Free style



 Sesi Gotong Royong 

Setelah membahagi kepada 4 check point, inilah beberapa anak yang bersama saya. Saya satu kumpulan dengan Yaya Cendana. Check point kami adalah di luar kawasan asrama puteri. Ini antara lokasinya. Kami bahagikan pula kepada dua kumpulan. Yaya bersama anak-anak bawahnya bersihkan di bahagian atas. Sementara saya dan anak-anak yang lain bersihkan di bahagian bawah. 

Bersihkan tempat berwuduk


Bersihkan longkang juga.

Kita welfie kejap.


Selesai aktiviti gotong royong, sementara menanti yang lain, kita welfie dulu. Antara cara mengambil hati mereka. Aisyah pula seronok bila kakak-kakak di situ melayannya.


 Sesi Minum Pagi 

Kemudian, saya ajak anak-anak masuk ke dalam Dewan Ikhlas semula untuk minum pagi. Kami sediakan roti pizza dan mineral water cup




 Sesi Penyerahan Sumbangan 

Tiba acara penting kami, iaitu penyerahan sumbangan. Segala sumbangan yang telah kami usahkan akhirnya sudah diserahkan. Betapa beratnya amanah ini. Alhamdulillah berjalan dengan sepatutnya.


Sesi penyerahan cek, dana buat PKAYIK.


Tanda hati dari PKAYIK buat kami, #team JDTBlogger.


Ini antara sumbangan berbentuk barang dari orang ramai buat PKAYIK. Moga penyumbang terus diberkati dan dimurahkan rezeki hendaknya.




 Sesi Sambutan Hari Jadi 


Kami ke aktiviti terakhir iaitu Sambutan Hari Jadi buat anak-anak yang lahir pada bulan Januari, Februari dan Mac. Tujuan kami untuk menggembirakan hati mereka.


Antara kek, brownies, cream puff dari sumbangan orang perseorangan yang sudi sponsor dan menjayakan program amal kami. Syukur sekali lagi kerana mampu membuat anak-anak tersenyum.





Makanan tengahari juga ditaja sepenuhnya dari orang perseorangan. Meskipun menu simple, tapi ini sudah mencukupi buat semua.



#teamJDTBlogger yang terlibat. Bergambar setelah selesai majlis.


Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dapat program amal kami ini. Setelah berjaya dalam program ini, meskipun ada cacat celanya, in sha Allah kami akan melangkah lagi. Doakan yang terbaik buat team kami.




Aktiviti

Photoshoot Di Gunung Lambak

8:00 PG

Assalamualaikum


Photoshoot Di Gunung Lambak | Merupakan aktiviti pertama #team JDT Blogger. Krew kami melibatkan 6 orang blogger dari johor yang sedia memberikan komitmen terbaik untuk sesi photoshoot ini.

Terus terang saya katakan ianya bukan mudah. Dengan lokasi kami yang berbeza, saya di JB, photoshoot di Kluang. Ditambah pula bersama suami dan anak-anak. Tapi, saya cuba juga mencabar diri saya untuk sesi kali ini.

Misi kami adalah untuk memperkenalkan photoghraper dan MUA.

==============
1st Photoshoot 2017 @jdtblogger 
Date : 29th January 2017
Location : Kluang , Johor Darul Takzim
Theme : HORRORMANTIC 

MUA : @wawaashihara / @makeupbywawaashihara
DIRECTOR : @yayacendanaofficial
PHOTOGRAPHER : @uyulrosli
MODELS : 
@uyulrosli
@janji_kita
@helmijulia
@herneenazir
@wawaashihara
@yayacendanaofficial

===============

Gunung lambak terletak di Kluang, Johor dan merupakan salah satu pusat reakreasi pilihan ramai. Kebetulan, tarikh photoshoot kami jatuh pada hari cuti umum, CNY, agak ramai orang bercuti di situ.

Saya kongsikan hasil photoshoot photographer muda berbakal, Uyul Rosli. Dan juga MUA yang berbakat, siapa lagi kalau bukan Wawa Ashihara.

Blogger Janji Kita

Blogger Yaya Cendana

Blogger Janji Kita lagi. Tuan tanah harus banyak gambar. 

Blogger Kasihjuju

Blogger Hernee Nazir

Blogger Wawa Ashihara


Lihatlah hasil sentuhan mereka. Wawa berjaya menyolek kami mengikut tema horrormantic. Memang terbaik. Anak-anak saya tak takut pun melihat wajah saya.



#teamJDTBlogger


Hasil sentuhan Wawa Ashihara.


Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat mereka, boleh pm mereka melalui facebook. In sha Allah, anda pasti berpuas hati.



Nota Hati : Entri akan diupdate dari masa ke semasa. Maaf andai ada yang terkurang.


Aktiviti

Review : Hotel Milano

9:00 PG

Assalamualaikum


Review : Hotel Milano | Tempahan dibuat untuk menempatkan en.suami dan anak-anak sementara saya bersama ahli kumpulan lain menyelesaikan aktiviti kami. Kesian kat diorang, penat kalau ikut saya.

Tempahan online melalui Agoda. Memang cepat dan pantas. Baik dari segi tempahan, mahupun bayaran. Memang mudah sangat.

Check in jam 2 petang. Selesai registration dan deposit, dapat kunci je terus bergegas ke bilik. Saya agak tergesa-gesa mengejar masa. Team yang lain dah tunggu tu dalam kereta.


Saya balik hotel lebih kurang jam 5.30 petang. Tiga beranak tengah syok tidur.

Standard King


Tiada penambahan katil sebab katil muat untuk kami berempat. Saiz bilik pada saya agak kecil. Dapat pula tingkat 3. Yelah kan time pack. Hotel tiada lif, naik tangga.


Bila si bujang mula aktif, telefon terpaksa dicabut dan simpan dalam drawer


Ada disediakan meja, kerusi satu dan almari yang terbuka. Bantal ada 4 biji. Lembut tapi tinggi, sakit leher. Kelengkapan lain, seperti biasa, ada hanger dan safety box

Siaran televisyen so far ok. Ada siaran yang boleh ditonton, tidak lah membosankan. Ada jug heater, saya cuci bersih-bersih sebelum guna. Sebab air panas budak-budak dalam termos tidak mencukupi. Tawakal jelah lepas tu.




Tandas memang luas. Lengkap semua. Yang pasti bersih dan cantik. Sangat selesa.




Lantai bahagian ini agak licin. Ruang mandi menggunakan mozek yang berbeza. Sangat selesa.






Pandangan hadapan Hotel Milano.


8,10,12, Jalan Dato Rauf, Kluang, 86000, Malaysia
07-773 6555.