Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Misi Perbersihan Lorong Belakang Rumah

Assalamualaikum

Misi Perbersihan Lorong Belakang Rumah | Memandangkan cuti sempena krismas agak panjang, saya ambil keputusan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di lorong belakang rumah. Saya pilih waktu cuti tu sebab kilang tempat kerja saya close beberapa hari, jadi saya ada masa untuk mengerah tenaga. Pada mulanya kami nak upah anak buah (tempat kerja) en.suami tapi diorang nak berjalan kan cuti-cuti tu, jadi takpelah. Masa pun panjang lagi. Kami lakukan sendiri je.


24.12.2022, saya book roro bin by whataps. Mudah sangat, tanya itu ini, pastu terus set masa penghantaran. Petang tu juga bin dihantar ke rumah kami. Saya minta bin diparking di belakang rumah sebab dekat sikit nak angkut pasir.

Inilah keadaan di lorong belakang rumah kami. Ada longgokan yang tak sepatutnya. Ada je bukan barang kami dibuang di sini, sebab sisa kami cuma pasir dan tanah je yang kontraktor tinggalkan lepas siap buat renovation setahun yang lalu. Itu pun dah agak landai sebenarnya. Rumah belakang kami pula paip air dia sentiasa mengalir dari corong bila dia cuci baju, jadinya ia memburukkan lagi keadaan di situ.


Mula kerja-kerja pembersihan jam 10.30 pagi. Kemudian, berhenti rehat sekejap sebab zohor. Makan, minum. Sempat lagi tu saya masak tengahari.


Jam 3.30 petang kami sambung lagi. Sampai habis kami sodok. Dah bersih dah tapi keesokannya kami bersihkan lagi. Bagi bersih lagi. Sambung pula bersihkan apa yang patut di bahagian depan rumah.


Kami bagi je jiran-jiran selorong untuk buang sisa-sisa yang nak dibuang. Ada je yang tumpang buang.


Jiran selang 2 biji rumah dari kami beri daun ubi jepun. Dia kata sedap masak lemak atau tumis. Banyak juga dia bagi. Ada lagi suku dalam peti ais tu. Inilah yang dikatakan orang berbudi, kita berbahasa.



Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Wahhhh.. bersih sungguh tu. Harap jiran Mar prihatin la lepas dah bersih ni. Akak pun lama tak bukak pintu belakang, hahaha.

    BalasPadam
  2. Wah..jauh beza sebelum dan selepas. Syabas! Penat jugak nak bersihkan tu.

    BalasPadam
  3. puas hati tgk hasil lepas memerah keringat bersihkan belakang rumah tu. bersih sangat.

    BalasPadam
  4. wah..bagusnya, kemas nampak..sedap mata memandang

    BalasPadam
  5. dah lapang bersih rasa senang hati kan, daun ubi ni orang kata sedap lembut, lama cari nak tanam tapi payah nk jumpa la

    BalasPadam
  6. untungla dpt jiran yg beramahmesra., hehe

    BalasPadam
  7. wahhhhhhhhh bersih sebersihnya! jiran pun mesra sesama jiran. seronok mcm tu.

    BalasPadam
  8. Tudiaa puas hati kan bila tengok hasilnya bersih sedap mata memandang

    BalasPadam
  9. Puas hati bipa tengok kawasan belakang rumah bersih

    BalasPadam
  10. Pelik juga lorong belakang rumah tu takde longkang

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code