Boleh tahan murah kat pasar ni dan segar-segar belaka.
Petai kena ada sebab nak buat sambal tumis udang petai. Menu berhantu ni, makan nasi sepinggan tak cukup.
Apa yang kami beli di sini?
1) Ketam 2kg
2) Kerang saiz biasa 2kg
3) Kerang saiz besar 1kg
4) Udang 1kg
5) Sotong 1kg
6) Petai 2 ikat
Jumlah hangus tak sampai RM200
Tangan dah penuh kan, maka balik lah kami ke homestay kami menginap. On the way balik, sempat juga singgah Eco, beli apa yang patut.
Sampai homestay, terus masak untuk makan tengahari. Menu kami sup ketam dan sambal udang petai bersama nasi putih. Tambah ulaman sikit. Perghh makan nasi panas-panas memang terangkat. Lagi pula anak-anak baru naik dari berendam.
Seafood lain kami perap dengan bahan perapan ready to cook. Takde gambar pula. Tapi, memang sedaplah sebab tak perlu tambah bahan-bahan lain.
Sebelah petang, lebih kurang jam 3 petang kami pusing-pusing sekitar homestay kami menginap, mencari tempat menarik untuk kami lawati. Semua tempat yang kami tuju berpandukan sharing orang ramai di facebook dan dengan bantuan google map. On the way balik ke homestay, nampak orang jual mentarang. Untuk pengetahuan semua pertama kali saya tengok mentarang dengan mata saya sendiri.
Mentarang atau siput mentarang merupakan sejenis haiwan bercengkerang, iaitu keluarga kerang-kerangan yang boleh dimakan. Ia mempunyai kulit yang nipis dan biasanya lebih menggemari air yang mempunyai suhu rendah. Mentarang ni hanya boleh ditemui di pantai yang berselut sahaja seperti di Kuala Perlis atau Sabak Bernam dan ia sedap dibakar.
Dari apa yang kami dengar dari penjual, mentarang ni akan naik setahun sekali je. Memang rezeki kami dapat makan mentarang kali ni di penghujung tahun 2022. Oleh sebab kami ni tak pernah makan mentarang, kakak saya beli 3 kilo terus. Dapat diskaun.
Dah puas berjalan, pancing-pancing yang dipacak di beranda jangan lupa check. Untung-untung dapat ikan. Tengok tu, kan dah mengena.
Lepas maghrib kami terus hidupkan api untuk berBBQ. Inilah dia gazebo yang terletak betul-betul di sebelah unit kami.
Lambat juga nak tunggu api hidup. Sempat berulang-alik bawa macam-macam.
Bila arang dah berbara, sedap la kami memanggang. Mulakan dengan ayam sebab paling lambat masak. Kemudian bakar kerang, sotong dan akhir sekali mentarang.
Sambil bakar, sambil makan. Mentarang ni memang sedap, lebih manis dari kerang. Azri pun suka. Malam tu kami makan ayam dan seafood bakar je tanpa nasi. Kenyang sungguh.
Kerang bakar yang berbaki sikit, kami kopek dan campur dalam kuew tiaw untuk sarapan pagi esok.
5 Ulasan
Seronoknya pi pasar macam ni...SA suka..dah ebrbulan SA x pi pasar..bila la nak pi agaknya
BalasPadamPernah jugak makan mentarang, sedap. Tapi haiwan2 cengkerang ni, kalau makan banyak sgt nanti macam mabuk, sy la.. hehe.
BalasPadamBestnyaa cri seafood
BalasPadamLuasnya pasar dia.. Syok ni.. Kalau saya pergi mau lupa diri.. 😂
BalasPadamseronoknya spend masa sama2, masak dan makan sama2.. seronok shopping seafood kat sana..
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.