Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Peristiwa Tiada Bekalan Air di Kawasan Kami

Assalamualaikum

Peristiwa Tiada Bekalan Air di Kawasan Kami | Awal November 2022 tempohari beberapa kawasan di Masai dan Johor Bahru mengalami gangguan bekalan air. Termasuklah kawasan perumahan kami. 5 hari bekalan air takde. Bayangkanlah bagaimana siksa kami mengangkut air dari rumah mertua di Majidi. Setiap kali datang sana, kami anak beranak tumpang mandi dan ambil berbotol-botol air paip.


Lemah badan kena angkut air je. Tambah pula saya baru menjalani pembedahan laparoskopi tak sampai 2 bulan. Kemudian terkena covid untuk kali ke-2 pula. Ingatkan dapatlah berehat dengan tenang, rupanya takde air pula.


Masih ingat lagi waktu tu, ramai yang agak susah dapatkan bekalan air. Tunggu lori tangki dari pagi sampai ke petang, lori tak ada datang. Ada pula, lori cuma datang satu sahaja, tak dapat cover untuk semua penduduk. Masuk hari ke-4 memang ramai yang bising dan redha. Tak sangka malam ke-4 lori tangki datang memberikan bekalan air bersih. 


Waktu lori air sampai ke lorong kami dah tengah malam, hampir jam 2 pagi. Selesai pengagihan jam dekat 3 pagi. Rabak mata nak tidur, esoknya dah kembali bekerja pula.


Alhamdulillah syukur sangat sebab dapat air bersih. Tapi, hari ke-5 air dah mula ada sebab kerja-kerja pembaikan sudah siap.  Memang menjadi kenangan 2022 yang tak dapat dilupakan.

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Betapa air penting sekali ya dalam kehidupan.

    BalasPadam
  2. alahai....dugaan sungguh. pernah sekali je dulu kena mcm ni. siap tangki dtg hantar air mcm ni la..dgn anak kecik lagi time tu..memang serik

    BalasPadam
  3. Masa tu ingat lagi kawan kat area sana cerita pun aduii tak dapat nak bayangkan keadaan tu..moga dipermudahkan urusan kita semua..aaminn

    BalasPadam
  4. Ya .sepupu sy pun terkena .Sedih thknya 😌

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code