Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Tak Rugi Dapat Join Program Pemandulan Kucing

Assalamualaikum

Tak Rugi Dapat Join Program Pemandulan Kucing | Sememangnya saya memang tengah survey klinik untuk mandulkan Kyubi. Banyak juga klinik saya whataps bertanyakan tentang harga dan procedure pemandulan kucing di area Masai dan Pasir Gudang ni.

Lepas Kyubi beranak memang saya gigih mencari klinik yang meletakkan harga yang mampu bayar. Baru sekor tu nak dimandulkan, belum lagi anak-anak dia yang 3 ekor tu. Dah la kucing saya ni kawen dengan kucing mana ntah, dapat anak-anak pula bulu 3 warna. Dah tu bukan senang pula nak cari adopter. Sebelum anaknya bertambah lagi, baik saya cari solusi agar tak membebakan kami.


Saya sempat daftar di hari terakhir pendaftaran. Book hari Isnin, 26.12.2022 sebab kebetulan kami cuti pada hari tersebut. Lari sekejap ke klinik kemudian sambung semula bersihkan kawasan rumah. Program ini berjalankan selama 6 hari iaitu pada 24.12.2022 hingga 29.12.2022.

Syarat-syarat untuk menyertai Program Pemandulan;
1- Kucing hendaklah di dalam keadaan yang sihat (tiada flu, cirit, sakit mata, luka, muntah)
2- Kucing dipuasakan selama 8 jam.
3- Kucing hendaklah berumur sekurang-kurangnya 6 bulan.
4- Ibu kucing yang baru beranak perlu tunggu sekurang-kurangnya 2 bulan selepas beranak.


Hantar jam 9 pagi dan ambil jam 5.30 petang. Tidak perlu menunggu di klinik.

Penjagaan selepas pemandulan;
1- Simpan dalam sangkar 1 tingkat selama seminggu. Perlu periksa luka mandul dan jika mendapati luka mandul bernanah atau terbuka perlu datang ke klinik secepat mungkin.
2- Penggunaan Tofu. Elakkan penggunaan pasir kerana takut pasir boleh jadi agen bakteria dan boleh terkena jangkitan kuman pada luka mandul.
3- Kucing betina. Perlu datang selepas 1 minggu untuk buka jahitan.
4- Pemakanan kucing. Perlu tukar makanan untuk kucing mandul.

Kos pemandulan siap ubat untuk kecing betina hanya RM100 sahaja. Murah kan, tu yang rasa beruntung sangat dapat join program ni.

Sepatutnya kami perlu bawa Kyubi buka jahitan pada 2.1.2023, Isnin, tapi nak jadikan cerita, dia keluar rumah dari pagi tak balik-balik. Waktu tengahari balik sekejap makan, kemudian dia keluar semula sampai petang baru muncul. Tapi, memang kena bawa ke klinik semula untuk buka jahitan.


Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Ilmu baru ni untuk saya. Pernah bela kucing tapi jantan. Tak sanggup bela betina kang beranak aja. Sekarang tak bela dah sebab kekangan masa.

    BalasPadam
  2. pandai dia keluar tak balik-balik hehehe

    BalasPadam
  3. Tabikk spring sbb bela kucing. Bukan senang nak belaaaa. Tahniah!

    BalasPadam
  4. Nak bela kucing bukan senang, bagi dulu dia rasa beranak, lepas tu "kasi" kan dia, tak la rasa kita nie pentingkan diri kan.. mmg tak larat, kucing kalau beranak anak ramai..

    BalasPadam
  5. Kucing2 wak jantan betina semuanya dah disunatkan

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code