Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Menginap 3H2M Di Asean Homestay Selangor

Assalamualaikum

Menginap 3H2M Di Asean Homestay Selangor | 14.12.2022 - 16.12.2022 - Percutian keluarga yang tidak berapa dirancang. Tidaklah tak berapa rancang, ada juga perancangan tapi kata putus agak last minute atas banyak faktor. Tapi, kebetulan cuti sekolah 3 minggu, agak ralat melihat anak-anak kebosanan tidak ke mana-mana. Nanti bila dah sekolah semula bukan boleh cuti sesuka hati.

Decide tarikh tersebut sebab kebetulan 13.12.2022 emak ada temujanji ambil darah di klinik kesihatan. Maka kami gerak ke rumah kakak sulung dahulu di Rawang dan tidur semalam di rumahnya sebelum gerak ke Sungai Besar pada keesokkannya.

14.12.2022 - Kami gerak ke Sungai Besar dengan bantuan Maps. Perjalanan dari Bukit Beruntung ke homestay ni lebih kurang 1 jam 30 minit. Jauh juga. Ngam sampai waktu check-in, jam 2 petang.

Asean Homestay Selangor, terletak di Sungai Besar, Selangor. Homestay ini merupakan rumah atas air berkonsepkan rumah Asia di kawasan sawah padi.

Antara kemudahan yang disedikan;

Tempat parking memang luas sangat.

Di hadapan 2 unit homestay yang kami duduki.


Bawah homestay ada kolam ikan. 

Jom saya bawa suasana di dalam rumah pula. Ruang tamu agak luas dilengkapi dengan televisyen, kerusi sofa, meja makan jepun, iron board dan iron.

Ruang tamu

Setiap unit rumah ada 2 buah bilik yang sangat luas dan berair-cond. Terdapat sebiji katil bersaiz queen, bantal, selimut, tempat gantung sejadah/ tuala dan hanger (tak pasti kalau penginap lama tertinggal atau tak). Bilik ni memang sangat luas. Boleh muat sebiji katil queen lagi.


Bahagian dapur pula dilengkapi dengan dapur masak, tong gas, rice-cooker, jug air, pinggan, mangkuk, cawan, sudu, garfu, periuk dan jug kettle.


Meja makan, kerusi makan, peti ais dan tudung saji pun ada ye. Lengkap dan selesa.


Bilik air saya lupa nak snap. Tapi memang cantik dan bersih sangat.


Apa yang menarik di sini? 

Kolam mandi ada bahagian kanak-kanak dan dewasa.

Kolam memancing. Boleh memancing bila-bila masa.

Abah saya memancing di waktu malam. Kebetulan unit sebelah ada pakcik sebaya abah minat memancing juga. Jadi geng la.

Gazebo untuk berbarbeku dan tempat barbeku.

Selain itu, turut disediakan basikal untuk disewa. Tapi kami tak sewa basikal sebab tak sempat nak berbasikal kat situ. Pergi kedai terdekat ni pun jalan kaki je. Apa lagi aktiviti kami? Banyak tapi saya kongsikan di entri lain kalau ada masa ye.

Terima kasih pada kakak sulung kami yang sponsor penginapan kami di sini. Anak-anak seronok, ibu ayahnya pun seronok.

















Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Pernah nampak tempat ni viral, untunglah Mar dapat stay sini.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. rezeki la... Memang syok kalau tempatnya selesa dan banyak kemudahan.. Nanti bolehlah sy try try kalauu ke sana.. hehe

    BalasPadam
  3. Best homestay ni..nanti share details homestay ye...

    BalasPadam
  4. bestnyaa tengok homestay ni, boleh lahh bawak family kesini nnt

    BalasPadam
  5. Jangan datang ke sini. Indah khabar daripada rupa. Saya tak nak anda semua dah datang jauh jauh lepas tu kecewa

    BalasPadam
    Balasan
    1. kenapa ye? pada kami ok je untuk bertenang-tenang sekeluarga.

      Padam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code