Blog Janji Kita

Wajah Baru Janji Kita

8:00 PG

Assalamualaikum

Wajah Baru Janji Kita | Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke rumah saya. Syukur ke hadrat Illahi masih dipanjangkan usia untuk terus berblogging dan memanjangkan ukhwah sesama kita.

Pasti korang dah perasan akan perubahan rumah saya kan? Bertukar wajah sama sekali. Dahulu lebih kepada warna pastel dan semestinya warna merah jambu.

Wajah lama blog Janji Kita

Kali ini, saya tampil dengan kelainan, lari dari warna merah jambu. Bukan kerana sudah membenci warna itu, tapi lebih kepada pembaharuan. Refreshment. Apa yang saya mahu, saya tak mahu ada bunga-bungaan. Mahukan blog yang simple, mobile friendly dan loading cepat.

Wajah baru blog Janji Kita

Jutaan terima kasih buat sis Awa yang mengedit blog saya dengan jayanya. Memang saya suka sangat-sangat hasil kerja sis Awa ni. Walaupun pada mulanya ada sedikit kejanggalan pada blog saya, tapi sis Awa telah berjaya buat saya tersenyum lebar.

 Boleh baca di sini untuk Full Edit Blog Mar Mansor





Blogger

Sesi Post Mortem Selepas Program

8:00 PG

Assalamualaikum


Sesi Post Mortem Selepas Program  | Selesai program, sesi post mortem pula dijalankan. Sesi ini bertujuan untuk membaikpulih kekurangan semua orang dan perjalanan kumpulan akan datang. 
Bukan mencari kesempurnaan tapi cuba untuk lebih sempurna.
 >>> Program Kasih <<<


Meskipun program hanya untuk setengah hari, ianya bukan mudah. Bila sudah selesai, Ya Allah betapa leganya rasa. Amanah dan tanggungjawab yang selama ini digalas sudah boleh dilepaskan.


Segala kekurangan kita bincangkan di sini. Mana yang tak betul, kita perbetulkan.


Blog Janji Kita

Perjumpaan Wakil JDT Blogger Bersama Pihak PKAYIK

9:00 PG

Assalamualaikum


Perjumpaan Wakil JDT Blogger Bersama Pihak PKAYIK | PKAYIK merupakan singkatan pada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Kluang. Ini merupakan program pertama yang kami anjurkan.

2.3.2017 - Kami ke Kluang bertiga bagi mewakili #teambloggerjohor. Dengan siapa ye? Siapa yang tak kenal dengan blogger otai yang berpengaruh ni, Kak Mialiana. Kami gerak awal pagi dari JB, kemudian singgah di Simpang Renggam untuk pick up pengerusi/ ketua projek kami iaitu Yaya Cendana.


Selfie dulu sebelum masuk pejabat


Kak Mia selaku penasihat kumpulan kami, membawa laptop untuk presentation program kami nanti. Saya pula mengikut sebab nak belajar dan nak tengok sendiri tempat program. Perbincangan antara wakil JDT Blogger dengan wakil PKAYIK berlangsung di pejabat.

Yaya Cendana menerangkan serba sedikit tentatif program.


Setelah menerangkan sedikit sebanyak perjalanan program, kami melawat kawasan yang terlibat pula. Ini sangat penting. Melihat sendiri keluasan kawasan yang terlibat.


Dewan Ikhlas 


Dewan Makan (untuk program nanti)


Sedikit perbincangan dengan pengasuh dan mak-mak di bahagian dapur. Dari segi susunan meja, kerusi, bila nak datang. Semualah.


Saya, catat segala maklumat dari sesi perbincangan. Macam minit mesyuarat. Apa yang penting, setelah hadir di sini, banyak juga benda yang perlu kita lakukan dan banyak juga benda yang perlu kita sediakan dan bincangkan dengan mereka sebelum hari kejadian.

Tugasan yang perlu diatur pun sudah boleh nampak.


Selfie dulu bersama Kak Mia sebelum gerak masuk kerja semula.

Jemput juga baca



Nota Hati : Bila nak kurus macam dulu..


Blogger

Team Blogger Johor

9:00 PG

Assalamualaikum


Team Blogger Johor | Kami mengalu-alukan blogger johor yang aktif berblog untuk sertai kami. Sudi-sudikan untuk like pagi JDT Blogger.
In sha Allah, jika ada event, kami akan war-war kan dan akan menerima blogger-blogger johor lain yang berminat untuk turut serta.


Misi dan visi kami adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim antara blogger-blogger lain terutama di Johor bagi event sekitar Johor dan bagi memudah semua pihak.



Blogger

Robi, an Interactive Trilingual Robotic Companian Is Coming To Malaysia

9:00 PG

Assalamualaikum


Robi, the popular interactive trilingual robotic companion that speaks Manglish, will be making its way to Malaysia next month. The launch event and roadshow will take place in One Utama Shopping Centre on March 10 - 12, 2017. The event will be attended by Robi’s creator, Professor Tomotaka Takahashi and Hajime ‘Jimmy’ Murano, the Chief Executive Officer & President of DeAgostini Japan.



Robi is a fusion of sophisticated design and advanced Japanese technology that was designed to provide interactive bonding experience for the entire family.  More than 130,000 Robi robots has been assembled by fans around the world, making Robi the world’s best-selling humanoid robot from Japan. Building on the theme of “ASSEMBLE ROBI, UNITE A FAMILY”, the event will also provide opportunities for families to get acquainted with Robi through hands-on experience. Apart from having an extensive vocabulary of more than 250 English and Mandarin phrases, Robi can also sing, dance and control your TV. Most importantly, Robi has been exclusively re-programmed to speak several phrases in Bahasa Malaysia, only available in Malaysia.

Robi will be sold at a wide range of Malaysian retailers via a weekly DeAgostini magazine which will feature the latest Robi parts, simple assembly instructions and educational articles focused on electronics and robotics. Over the course of 70 issues, Malaysian parents (and gadget lovers) will be able to construct Robi, in the process enjoying quality face-time time and experiences with their children.

Parents interested in learning more are invited to visit the roadshow at One Utama and get to know and play with some completed Robi’s! There will also be a daily ‘Robi Rave’, dance performance featuring 100 Robi robots at 3:30pm and 7:30pm on 10th March 2017, 11:00am, 3:30pm, and 7:30pm on 11th March 2017, and 11:30am and 3:00pm on 12th March 2017.

EVENT DETAILS:
Date: 10 to 12 March 2017 (Friday to Sunday)
Time: Mall opening hours, with Robi Rave performance at times stated below.
Venue: Highstreet, One Utama Shopping Centre


DEA160155_MY_A5 Leaflet2pp-R3-02%5b3%5d

For more information, please visit http://www.myrobi.my/https://www.facebook.com/robimykl/
or call 03-2168 3738 (Mondays to Fridays, 9am – 6pm) for general enquiries.



Blogger

Name Card FREE Hanya di Pixajoy

9:00 PG

Assalamualaikum

Name Card FREE Hanya di Pixajoy | Tengok tu tengok tu, namecard dah sampai. Berdezzzup sampainya.

Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa saya buat kad nama? Untuk apa? Sebenarnya, banyak kegunaanya untuk mendatang. Seorang blogger ibarat orang berbisnes, perlu ada namecard. Walaupun berblog atas dasar suka-suka, ada masanya blog mampu menjana pendapatan sampingan. Contoh, untuk produk review berbayar.

Parcel yang sampai hari tu.


Bila parcel dah sampai, rasa teruja nak buka. Tak sabar weh nak tengok kad sendiri. 


Cara Mendapatkan Name Card FREE

1- Buka laman web www.pixajoy.com.my

2- Pilih "Products" dan klik "Name Card"


3- Kemudian, klik pada "FREE Personalised Name Cards"



4- Ada banyak pilihan. Boleh pilih design yang korang suka. Macam saya, saya pilih "Business Cards" dan pilih bahagian "Beauty & Spa" iaitu "Strike"




5 - Sudah buat pilihan bentuk kad, boleh la mula design kad sendiri. Klik kotak hijau sudut bawah kanan, "CREATE FREE"


6- Kemudian, akan minta kita login samada menggunakan Facebook atau G+. Pilih lah mana-mana, tak kisah sebab hanya sekali buat untuk 1 akaun. Saya menggunakan Google+. 


7- Isikan maklumat yang diminta. Mudah sahaja.



8- Jika berjaya, akan keluar macam bawah ni. Apa lagi, "GRAB NOW". Nanti akan dapat email yang menyatakan kita berjaya untuk dapatkan kad nama percuma.



9- Kemudian, keluar estimated masa. Terus je klik "CLICK HERE TO START CREATE YOU NAME CARD"



10- Mulalah mendesign kad nama korang. Background boleh tukar ikut warna yang korang suka. Font dan saiz juga boleh tukar. Nak upload gambar pun boleh. No hal lah! Pendek kata, ikut kreativiti korang.


11 - Sudah siap semua, teruskan dengan klik "Add to Chart" di sudut atas kanan. Teruskan, klik "My Cart" dan boleh la "Check Out".

12- Pastikan alamat penghantaran adalah betul dan HANYA perlu bayar cas penghantaran termasuk GST! Berbaloinya!!

Terms & Conditions (Free Name Cards):
  1. Free name cards are only printed on 1 side .

  2. Once you have successfully grabbed a set of free name cards, you are required to submit your design within 14 days. 

  3. Shipping fees to West Malaysia are RM8.48; East Malaysia are RM12.72; Singapore are RM25.44 (inclusive of 6% GST).

  4. You may only order 100pcs per successful grab. 

  5. You may only claim one (1) set of 100pcs name cards once a month. 

Mudah kan untuk mendapatkan kad nama percuma ni. Dapat 1 set tau, 100 pcs. Yang paling penting, ianya PERCUMA






Inilah kad nama saya! Simple je. Tak mau serabut-serabut. Kad dia pun ok sangat. Yang paling penting, penghantaran memang cepat. 2 hari je selepas submit, tup-tup dah sampai.

^____^




Terima kasih pixajoy!





Blogger

Beauty Care Massanger

9:00 PG

Assalamualaikum


Beauty Care Massanger | Barang ini merupakan hadiah dari seorang rakan blogger sempena hari jadi saya tahun lepas. Konon nak try, review sekali barang ni, tapi tak berkesempatan nak guna. Jangan kata nak guna benda ni, tepek masker pun dah kena hadap sesi soal jawab. Aduii




Rugi rasanya belum cuba walau sekali. Alat ini hanya menggunakan bateri AA dua biji untuk berfungsi. Pemegang juga mudah dipegang dan ringan.

Terima kasih banyak-banyak Mek sebab sudi berikan saya hadiah. Jom kita lawat blog Mek di http://ajussix.blogspot.my/







Blogger

Kad Raya Dari Blogger

9:00 PG

Assalamualaikum


Tak sangka dapat kad raya lagi tahun ni. Siapalah yang baik hati nak bagi kad raya ni kan. Siapa lagi, kalau bukan dari rakan blogger kita.
.
Jutaan terima kasih pada YanaYani dan Kak Kathy. Rajin diorang ni hantar kad raya. Tak ternilai rasanya tanda persahabatan ni.



YanaYani ada sertakan helaian 1 Kempen 3 Projek, kempen sempena ramadan. Bantulah Syria.



Blog Janji Kita

Ada Review

9:00 PG


Pertama kalinya, saya meminta maaf sangat-sangat pada adik yang buat review blog Janji Kita ni. Saya tak perasan langsung. Entah ye, mungkin saya ada join contest apa-apa sebelum ni, dan hadiahnya adalah review blog atau adik ni bermurah hati untuk review blog Janji Kita secara sukarela.

Terjumpa link tersebut di carian Google. Itu pun secara tidak sengaja saya menaip Blog sendiri. Janji Kita.

Itu dia..


Tapi, sayang sangat sebab tak dapat baca sebab..

 blog dia
Ekkk...alahai...


Tak sempat saya baca apa hasil review beliau. Minta maaf ye tuan empunya blog,




Nota Kaki : Tertanya-tanya, kenapa page not exist?





Blog Janji Kita

Bukan Rezeki Saya

8:00 PG



Entri ini dipublish memang saja nak bagitahu semua. Dunia alam maya, dunia blogging yang penuh ketulusan dicemari dengan segelintir yang bersikap acuh tidak acuh.

Memang ramai yang sering memperkatakan mereka ditipu apabila telah terpilih sebagai salah seorang pemenang yang telah blogger anjurkan.

Apa yang saya mahu katakan, jika mahu anjurkan sebarang giveaway atau segmen, tolong berlaku jujur dan berikan komitmen yang tinggi. Jika tidak, janganlah anjurkan sebarang giveaway atau segmen! Lebih-lebih yang berbentuk hadiah. Nampak sangat hanya mahu mendapatkan trafik yang tinggi dan menambah bilangan follower.


*Sila klik gambar untuk lebih jelas*

Saya drop komen supaya dia alert kerana saya hantar dia melalui email.
Pada tarikh 22 Januari 2014 dan tarikh akhir beri maklumat adalah pada 23 Januari 2014.
~Tolong jangan terlalu meletakkan syarat, pm melalui fb sahaja sebab ada kalanya mesej tidak dapat dibaca melalui phone. Bila buka fb melalui pc baru mereka perasaan akan kewujudan mesej tersebut.


Ini adalah janji dia. Dia drop komen di salah satu entri saya pada 5 Februari 2014.


Saya beri info melalui fb messenger pula.  Lihatlah tarikh yang tertera, 6 Feb 2014. Lewat sehari je dari komen di atas.
Dia pun ada reply.


Ini juga janji dia. Dia tidak lupa katanya. Dia drop komen di salah satu entri saya pada 14 April 2014 pula!


Ini pula saya pm dia bertanyakan tentang hadiah tersebut sebab tidak terima apa-apa pun pada 26 Ogos 2014.


Sambungan mesej di atas. Dia meletakkan harapan yang tinggi.


Buat pengetahuan semua, sampai ke hari ini saya tidak ada menerima apa-apa novel. Takkan pula pos laju tersalah hantar. Kalau betul dia ikhlas, tidak salah kan update tracking nombor kepada saya. Mudah je. Kalau mampu publish entri di blog sehari berkepuk-kepuk, takkan lah setakat mahu update tracking no pada saya tidak boleh.

Jika dia anjurkan giveaway atau segmen, saya buat-buat tak nampak sahaja. Ramai blogger yang saya support bila mereka anjurkan sebarang segmen, menunjukkan saya bukan terkejar-kejar sangat hadiah yang ditawarkan.

Cuma saya terkilan.

Saya bukan mahu memburukkan sesiapa. Tapi, saya mahu semua sedar. Jangan berjanji jika tidak dapat tunaikan. Memang saya terima hakikat yang ini bukan rezeki saya. Tapi, perlu diingat, kepercayaan saya dan mungkin orang lain kepada blogger tersebut mulai pudar.



Nota Kaki : Pinjam tagline Nabil kejap.."Lu pikirlah sendiri!!"


Blog Janji Kita

Kad Raya Terkumpul

2:00 PTG


Terima kasih banyak-banyak kepada rakan blogger yang sudi mengirimkan kad raya tanda ingatan kepada ibu. Ibu sangat-sangat menghargainya. Ramai juga rakan blogger lain yang menerima kad raya dari mereka kan?

Terima kasih daun keladi..
Tahun depan beri lagi..



Nota Kaki : Lega dapat pos hadiah top komentor bulan jun...ko tengok tu bulan jun ok.. Jangan serik ye.. Bulan julai akan menyusul nanti.. Tak sempat up entri lagi..