Majlis Sanding

Majlis Persandingan Adik Bongsu - 2

8:39 PG

Assalamualaikum

Majlis Persandingan Adik Bongsu - 2 | Selesai majlis di sebelah perempuan, selang seminggu, majlis di sebelah lelaki pula (kami). Ikutkan perancangan, majlis kenduri doa selamat dan makan damai je. Tapi, kakak sulung sponsor pelamin, maka bersandinglah mereka buat kali ke-2.

Setelah bertungkus lumus menyiapkan bermacam kerja, akhirnya hari yang ditunggu menjelang tiba. 09.12.17, tarikh majlis persandingan adik bongsu di sebelah kami.

Pagi-pagi subuh Pak Uda sekeluarga dah sampai. Pak Uda akan menebar roti canai sebanyak 100 keping. Pak Uda sponsor. Alhamdulillah. Untuk pengetahuan semua pembaca, Pak Uda saya ni memang membuat dan menebar roti canai viral di Masai. Pernah viral di FB.

Pembantu menggoreng roti. Yang baju oren tu tukang order je.


Semangat pagi-pagi pekena roti canai. Sedap tau roti canai Pak Uda saya ni. Lembut dan rangup.


Bila catering mula menyediakan juadah, si kecil ni sibuk la minum air. Asik tuang air sendiri. Kecik besar kecik besar je ibu dia ni tengok dari jauh.


Jam 10 pagi, marhaban dimulakan. Alhamdulillah majlis marhaban berjalan lancar.


Ok lah, layan sedikit gambar sekitar majlis.








Semoga mereka dipanjangkan usia, berbahagia, ceria selalu dan jodoh berkekalan hingga ke Jannah. Semoga mereka dikurniakan zuriat secepatnya. Yang pengantin lama dua pasang tu pun sama. Moga apa yang mereka hajati tercapai. Amin..


Kampungku

Seminggu Di Kampung Halaman

8:00 PG

Assalamualaikum

Seminggu Di Kampung Halaman | Entri lepas share aktiviti anak-anak. Kali ni share pula apa yang aku buat seminggu bertapa kat kampung.

Memang dah niat, selesai majlis adik bongsu aku sebelah perempuan, aku akan stay kat kampung nak tolong mak aku apa yang patut. Majlis kahwin kan, kira majlis besar.

Memang tak berapa harap tenaga orang blok (orang felda) sebab makcik pakcik jiran mak abah aku dah berusia. Kebanyakkan dah tak sihat. Apalah sangat kudrat mereka.

Di samping membantu mak abah, aktiviti selingan haruslah ada. Makan!!

Donut gebu air tangan emak aku. Banyak gak kitorang nak hadap, nak habiskan ni.

Ini pula sesi mengclearkan peti ais mak aku gara-gara nak masukkan 200 bekas kek coklet moist yang akak aku beli.


Aktiviti mempacking goodies beg para tetamu dilakukan dengan sepantas mungkin oleh kami-kami. Jemputan seramai 800. Ini goodies beg tetamu biasa. Untuk saudara mara kami asingkan.


Dalam ni kami isi air kotak, pek kecil gula-gula dan sepeket kerepek (kerepek-kerepek diberi oleh orang blok).


Akak aku rajin pula buat sushi kann.. Memang lahap la dapat makan. Aku suka inti ketam berbanding tuna. Cuma kicap sushi takde, terasa kurang nikmat di situ.


Ini pula giliran menu special aku. Karipap. Inti memang rahsia sikit, aku je tau apa yang aku bubuh. Tapi, takde yang bukan- bukan pun. Memang laju habis bila panas-panas terhidang.


Abah aku dengan ayam hutan memang tak dapat dipisahkan. Saudara mara biasa datang suka makan ayam hutan masak kari mak aku. Kira menu special keluarga aku la. Aku ni kalau kari ayam memang kureng sikit, tapi kalau dah buat cicah lempeng memang sodap wehh!!


Ni part penting, buang arang telur asin. Telur asin mesti ada untuk buat bunga telur. Ada 150 biji jugalah nak dikikis.


Selepas dikikis, perlu dibersihkan pula. Inilah kerja aku dan adik ipar aku. Kikis arang telur asin sambil berbual ntah apa-apa. Kemudian, telur direbus dengan api perlahan.


Sambil-sambil buat kerja, kita kunyah-kunyah. Jagung manis ni kakak aku beli bertongkol-tongkol. Apa lagi, kasi rebus.


Bila telur dah masak, ditos, dan biarkan sejuk seketika. Sambil layan drama kat tv, kami siapkan bunga telur.



Telur ayam rebus untuk saudara mara. Isi dalam bekas cantik sikit.



Banyak betul kerja sepanjang seminggu di kampung. Sebelum selesai majlis sebelah kami (lelaki), memang tak tenang jiwa raga.


Majlis Sanding

Majlis Persandingan Adik Bongsu Di Pihak Perempuan

9:36 PG

Assalamualaikum

Majlis Persandingan Adik Bongsu Di Pihak Perempuan | 2.12.17 - Selesai majlis pernikahan semalamnya, keesokannya kami datang lagi menghantar pengantin untuk majlis persandingan pula. Kami menumpang sanggah di rumah jiran mereka. Kali ini 8 kereta menghantar pengantin.

Kami dihidangkan air sirap sejuk dan kuih muih untuk alas perut dan basahkan tekak.

Pengantin lelaki sedang bersiap. Busana pengantin serba biru mengikut trend terkini.


Segak pengantin menanti saat berarak.

Antara saudara mara yang menghantar pengantin.

Pengapit harus di sebelah pengantin la kan..tukang kipas.



Sudah bersedia untuk berarak. Kompang pun sudah ready. Maka, berangkatlah kami menghantar sang raja yang ingin berjumpa permaisurinya.




Seperti biasa persembahan silat pengantin bagi memeriahkan suasana.

Sebelum dapat naik ke persinggahan yang dihias cantik, kena lalui rintangan dan halangan terlebih dahulu. TOL!! 

Sila..sila..jangan berebut..semua dapat..


Pasangan raja sehari yang cantik dalam busana warna biru tua + ungu.

Gambar kenangan bersama yang memakai baju pink!


Majlis Kenduri

Majlis Di Tenggaroh

9:00 PG

Assalamualaikum


4 Jun 2016 - Menghadiri majlis anak makcik saya (kakak emak). Majlis sempena menyambut menantu dan aqiqah cucunya.

Majlis khatam Al-Quran


Kami sampai, salam menyalam, dan terus makan. Sedapnya lauk pengantin. Daging masak black pepper.


Anak & menantu tuan rumah.


Kami sekeluarga. Adik no.3 tak dapat datang sebab dia duduk jauh. Kakak & abang ipar tu jangan cakap lah, cuti sekolah katakan.


Sebelum pengantin sampai, kita bergambar dulu. Perut pun dah kenyang. Sambil-sambil tu kenyah-kunyah la juga kerepek yang ada.

Bersama atok


Bersama pengantin baru. ~ Jangan cakap saya gemuk, merajuk kang.


 Dan


Kami yang sweet,,ngeh ngeh





Kawan

Majlis Di Simpang Renggam

9:00 PG

Assalamualaikum


1 Mei 2016 - Sempat singgah majlis perkahwinan kawan baik saya di simpang renggam. Alhamdulillah, tahniah buat dia.
Kami sampai agak awal sebab mahu pulang ke kampung dengan kadar segera. Dia sedang bersolek sewaktu kami sampai menjengahnya. 
Dua beradik baring di atas karpet lembut. Best sangatlah tu.


Duduk sekejap di ruang tamu, kemudian menjamu selera terlebih dahulu. Pengantin tengah sakan bersolek kan..

Hidangan di majlis pengantin, biasalah Nasi minyak, ayam masak merah dan banyak lauk pauk lain. Saya memang suka datang majlis awal sebab makanan masih fresh.

En.suami memilih untuk makan mi rebus sahaja. Yang paling best, ada cendol. Memang best kot minum cendol di kala terik mentari tengahari. Tau sajalah, cuaca panas sekarang ni.



Tak dapat bergambar dengan pengantin, bergambar dengan pelamin pun jadilah..


Semoga dia bersama pasangan berbahagia hingga ke Jannah..
Amin..



Keluarga

Majlis Di Jerantut

8:30 PG




25 Disember 2015 - Berkonvoi dengan 5 buah kereta. Gerak jam 11 pagi dari rumah emak. Perjalanan yang agak jauh dan memenatkan bagi kami kerana melalui jalan seperti ular dipalu.

Alif pun kecil lagi, belum 4 bulan. Berharap agar dia tidak meragam. Lebih-lebih lagi bila saya tak mampu menyusukan dia. Faham-faham sahajalah penggunaan susu formula sewaktu perjalanan jauh. Yang merisaukan saya, khuatir susu formula masuk angin.


Penat Alif, tidur bangun, tidur bangun, tak juga sampai.


Kami sampai di homestay sudah lewat petang. Naik kematu, duduk dalam kereta selama 6 jam. Bila dapat merehatkan badan, ahh lega.

Kami berehat di homestay single storey corner lot yang telah diubahsuai dari 3 bilik, 2 bilik air menjadi 4 bilik dan 5 bilik air! Agak selesa untuk kami semua. Bila time tidur, dan masing-masing kepenatan, bentang toto lah mana-mana pun. zzzZZZ sampai azan subuh.

Surau pun cuma seberang jalan. Jalan kaki pun tak penat.


Homestay semalaman


26 Disember 2015 - Seawal 5 pagi saya sudah bangun. Biasalah ada anak kecil. Perlu disusukan. Kemudian, mengemas apa yang patut. Yang penting, air panas, air masak, bakul susu perlu disediakan dengan rapi.

Meja makan, segala macam di dapur perlu dikemas. Saya tetap tuan rumah walaupun bukan rumah saya.

Jam 9 pagi, kami bergerak ke rumah pengantin perempuan. Pengantin akan dinikahkan di rumah pengantin perempuan. Rumah pengantin dari homestay kami agak jauh, lebih kurang 15 minit perjalanan menaiki kereta. Saya ingatkan, jalan kaki boleh sampai. Haha,,


Dulang's girls


Menanti Tok Kadi sampai ~ Bakal pengantin sempat bergurau dengan pengapit (adik bongsu)


Lebih kurang 15 minit kami sampai, Tok Kadi pun sampai. Tok Kadi yang menikahkan ni merupakan imam muda di kampung tersebut. Muda tau, baru 26 tahun.

Sebelum akad nikah, ada sesi berkhutbah. Kemudian, sesi menemuduga pengantin lelaki. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, adik saya sudah bergelar suami.



Pengantin berusia 27 tahun.


Usai majlis nikah, kami dijamu dengan kuih muih di balai. Tidak seperti majlis di Johor, biasanya dijamu dengan nasi. Ikut tetamulah nak makan ke tak. Yang penting, tetamu wajib kenyang. Mujur kami sudah sarapan di homestay tadi. Almaklumlah tidak biasa dengan tempat orang.

Balik ke homestay semula. Kami mengemas segala barang. Selepas majlis, kami akan gerak pulang terus. Pengantin pula, perlu menukar busana. Busana serba hijau dan bercorak keemasan.

Jam 12.00 tengahari, kami bertolak semula ke rumah pengantin perempuan untuk sesi bersanding.


Pihak lelaki (kami) serba merah. Saya, tiada dalam gambar sebab berlindung di tepi rumah orang. Bawa baby kan.


Berarak dengan diiringi paluan kompang sountrack. Ok lah tu. Kemudian, teruskan dengan sesi menepung tawar. Tiada wakil yang melayan. Kami buat sendiri jek. Nak tabur pengantin dengan tepung ke, inai ke, beras ke, lantak pi. 

Ini keluarga kecil kami. 4 beradik semuanya.


Sebahagian pihak kami yang hadir


Usai sesi bergambar, kami ke meja makan damai. Uit...Ikan patin masak gulai tempoyak! Telan air liur. Coconut shake! Perghhh,,mabeles. Lauk lain dah tak pandang. Ada ayam golek, udang galah, udang kecil. Arghhh...nak ikan patin je. Serius saya makan ikan patin je.

Hakikatnya, saya dan suami tidak dapat makan sangat pun. Sekadar menjamah sebab dua anak kami buat perangai. Panas kot. Terpaksa meninggalkan majlis awal.

Kami berempat ke masjid berdekatan. Masjidnya cukup selesa dan bersih. Kami memilih di satu sudut yang agak redup. Anak-anak selesa berehat di situ. Tidak lama kemudian, mereka tertidur kepenatan. Lega hati melihat mereka tidur dengan lena.

Lebih kurang 1 jam setengah kami berehat di masjid tersebut, sanak saudara yang lain sampai untuk menunaikan solat fardhu zohor. Dalam 1 jam di situ, kami berangkat pulang.


Tinggallah pengantin di Jerantut.
Selamat pengantin baru buat mereka berdua.
Semoga pengantin baru dilimpahi rezeki dan bahagia hingga ke Jannah.
Amin..