Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Majlis Sanding Di Bandar Tenggara

Assalamualaikum

Majlis Sanding Di Bandar Tenggara | 14 April 2018 - Merupakan majlis persandingan adik sepupu yang tinggal di Felda Sg. Sayong. Ini majlis sebelah perempuan. Sebelah lelaki  pula in sha Allah, coming soon.

Adik sepupu lelaki ni adik bongsu dari 4 beradik. Atas dia semua kakak yang boleh jadi dayang-dayang. Bertemakan warna hijau pekat, raja sehari bersanding penuh bahagia. Senyuman tak lekang di bibir.

Adik sepupu saya terlibat dalam kemalangan tempohari. Saya tak ingat bila. Ketika naik pelamin, kakinya masuh berbalut.


Pelamin ringkas berkhemah yang dibina di luar rumah. Para tetamu yang hadir dapat melihat mempelai bersanding. Oleh kerana emak abah saya tak dapat hadir, saya sekeluarga jadi wakil menghadiri majlis ini. Tidaklah jauh sangat kan.


Sesi bergambar adalah wajib untuk dijadikan kenangan. Mujur Alif mood baik hari ni. Itu pun rasa seliuh pinggang mendukung dia. Belum lagi tambah rasa terkehel kaki sebab mengejar dia yang tiba-tiba berlari sesuka hati. Hohoho.. cepat kenyang rasanya makan dengan gelagat dia ni.

Menu buffet, nasi ayam bersama ayam goreng dan sos nasi ayam. Pencuci mulut pula tau fu fa, buah oren dan jambu. Untuk menghilangka dahaga, dihidangkan air cincau. Alhamdulillah.

Hujan turun mencurah-curah dalam perjalanan pulang ke JB. Lebat sungguh hingga tak nampak jalan. Alhamdulillah selamat sampai ke rumah.

Semoga pengantin berbahagia hingga ke jannah.


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. selamat pengantin baru! semoga pengantin lelaki cepat sembuh

    BalasPadam
  2. Selamat pengantin baru bt adiknya ..Moga kekal bahagia hgga ke Jannah.
    Kita suka color tu...

    BalasPadam
  3. adik sepupu orang Sg Sayong? entah2 kakak angkat kita kenal dia..hihihi..kakak angkat kita kak Ayu yang niaga kek dan ada kedai makan belakang Petron Sg Sayong

    BalasPadam
  4. macam lama je dah tak pegi rumah orang kawen..hehehe..nak makan nasi minyakk

    BalasPadam
  5. assalamualaikum mar..kesian nyer pengantin kn...selamat pengantin baru utk pasangan ini...
    ** Mama Maszull

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code