Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Potluck - Farewell Rakan Sekerja

Assalamualaikum

Potluck - Farewell Rakan Sekerja | 23.04.2018 - Hari terakhir rakan kami berkhidmat di sini. Cik mek molek yang bertudung coklet, berbaju hitam tu. Jamuan kecil-kecilan yang diatur di saat akhir. Kami buat potluck, sorang sikit bawa makanan. Bila sudah disusun, jadi banyaklah.


Sesi menyusun juadah.

Menu berat, nasi jagung bersama ayam masak merah. Saya masak nasi jagung dan acar. Menu western pula, dibawa oleh jiran saya, spaghetti bolognese. Sedap uiii bebeola dagingnya.

Selain itu, pencuci mulut ada bubur kacang (seperiuk) dan puding laici. Buah-buahan, ada jambu batu, tembikai merah dan tembikai susu. Air sirap + soda untuk hilangkan dahaga.


Sesi makan-makan, kita-kita aje,,



Gambar terakhir bersama orang yang dirai. Sila abaikan mak orang yang bajet gangster tu.


Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. bestnya dpt buat potluck ramai2..kat office sini..ada seketui kat ofis el ni jenis kedekut..sorrylah nak buat makan2 kat ofis hahaha

    BalasPadam
  2. kalau saya join potluck rakan sekerja ni, mesti jadi pembawa brownies kan..hahahaha

    BalasPadam
  3. macam lama je tak buat potluck kat office...

    BalasPadam
  4. Ibu zaid singgah lalu blogwalking di blog sis mar. Kawan kawan nak tukar tempat kerja. Masing masing ada haluan sendiri

    BalasPadam
  5. Esok hari Jumaat penuh berkat,
    Hari ni khamis hujan gerimis,
    Kunjung mengunjung mengundang rahmat,
    Mama singgah blogwalking blog sis


    Selalu kalau ada kawan rapat nak pindah tempat kerja, sebak juga rasa.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code