Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Buffet Ramadan 2018 : Bufet Citra Ala Bazar di Pulai Springs Resort5

Assalamualaikum

Buffet Ramadan 2018 : Bufet Citra Ala Bazar di Pulai Springs Resort | Pulai Springs Resort merupakan sebuah hotel yang direka berkonsepkan istana Melayu. Bersesuaian dengan kemelayuannya, buffet ramadan tahun ini berkonsepkan 'bazar'.


Buffet ramadan berkonsepkan 'bazar' bakal menyajikan masakan tempatan dan antarabangsa bermula 19 Mei hingga 13 Jun 2018. Terdapat lebih kurang 15 bazar termasuk hidangan di luar dan di dalam restoran bagi memudahkan pengunjung memilih makanan.


Selain itu, konsep masakan dari negara Barat dan Arab juga akan diketengahkan oleh Senior Sous Chef Ruslee Ahmad serta pasukan jurumasaknya.


Pembuka Selera Cinta Ayu

Bagi yang suka makan kerabu, ada pelbagai jenis kerabu disajikan di sini. Antaranya, Kerabu Kacang Botol, Kerabu Som Tam ala Thai, Kerabu Taugeh dengan Kerang, Kerabu Ulam Raja, Kerabu Pucuk Ubi, Acar Pulang Hari, Acar Mentah dan Rojak Mamak.


Kerabu Taugeh dengan Kerang.

Kerabu Ulam Raja.

Kerabu Pucuk Ubi.

Acar Mentah.




Turut menyajikan ulam-ulaman bersama sambal pencicah. Boleh juga digandingkan bersama kuah rojak mamak.




Aneka pilihan untuk Rojak Mamak.


Teratak Gleneagles

Menyajikan menu utama iaitu Nasi Arab, Nasi Putih, Kambing Kuzi, Ayam Masak Opor, Tulang Rusuk Merah, Kambing Gulai Kawah dan Udang Mentega dengan Daun Kari.

Menu utama, Kambing Kuzi dan Nasi Arab.


Ayam Masak Opor.

Kambing Gulai Kawah.

Udang Mentega dengan Daun Kari.


Teratak Maharani

Di teratak ini, menu yang disajikan adalah Sup Tulang Merah (Kambing & Daging), Telur Kukus dengan Telur Asin, Sayur Goreng Jawa dengan Ikan Bilis, Kailan Ikan Masin, Lemak Labu dan Lemak Labu Masak Bugis. Menu yang boleh digandingkan dengan nasi putih.

Telur Kukus dengan Telur Asin.

Sayur Goreng Jawa dengan Ikan Bilis.

Kailan Ikan Masin.

Lemak Labu Masak Bugis.


Jom Asam Pedas Johor & Gulai Kawah

Antara menu wajib cuba di sini. Asam Pedas Johor antara sajian yang mendapat tempat di hati pengunjung. Pengunjung boleh memilih saiz ikan yang dimahukan. Terdapat pilihan ikan pari dan ikan siakap.

Kuah Asam Pedas.

Ikan Pari & Ikan Siakap.


Teratak Kayangan

Menyajikan menu yang mesti ada di kala ramadan tiba. Memang akan dicari-cari punya. Iaitu Murtabak. Terdapat pilihan murtabak daging dan ayam.

Kuah.

Murtabak yang ditebar secara live.


Teratak Puteri Suite

Di Johor agak terkenal dengan hidangan Kacang Pool kan? Saya juga salah seorang penggemar kacang pool. Tidak ketinggalan di sini, kacang pool turut disajikan di sini.

Kacang Pool.


Teratak Putting Green

Menyajikan Laksa Johor dengan isian yang pelbagai.


Kuah panas-panas dicurah ke dalam mangkuk comel.



Teratak Indrapura

Tidak ketinggalan menu yang menjadi kegemaran ramai iaitu Sate Daging dan Sate Ayam. Panas-panas belaka sebab dibakar waktu tu juga.


Sate Daging & Ayam.



Teratak Anugeraha

Di teratak ini Chef menyajikan makanan panas-panas dan goreng-goreng. Menu pilihan adalah Mee Goreng ala Mamak, dan Penang Char Kway Teow. Semua menu pilihan 1 Malaysia dan saya pasti ramai yang menggemarinya.




Teratak Mahsuri

Menyajikan minuman kegemaran ramai. Tak perlulah korang beratur di Klebang sana. Di sini pun ada Coconut Shake. Selain itu, teratak ini turut menyediakan ABC dan Cendol. Sedap sungguh dapat minum air sejuk dan berais.

Chef pun cantik, sebab tu coconut shake ni pun sedap!

Coconut Shake

Cendol & ABC


Di samping itu, terdapat juga hidangan-hidangan lain seperti Pizza, Roti John, Otak-otak serta hidangan barbeku (BBQ) yang merangkumi Kambing Golek, Kambing Bakar, Kepak Ayam, Sosej, Ikan Caru, Ikan Kembong dan Ikan Pari Bakar yang dihidangkan bersama beberapa pilihan sos pencicah.

Terdapat juga gerai yang menyediakan pelbagai makanan yang digoreng seperi Pisang Goreng, Keledek Goreng, Popiah Goreng, Durian Goreng, Hati Ayam, Paru Lembu dan Ginjal Ayam dan dihidangkan bersama sos cili, sambal kicap dan sos Thai.

Tidak ketinggalan, Rojak Petis, Tauhu Sumbat, Jeruk-jeruk Malaysia, Acar Jelatah, Keropok Udang dan ikan serta pelbagai lagi jenis makanan.


Aneka Kuih-Muih

Inilah bahagian yang paling meriah. Aneka juadah pencuci mulut yang pasti membuat pengunjung berulang kali ingin mencubanya. Gabungan pencuci mulut versi moden dan tradisional yang pelbagai dan sedap-sedap belaka.











Mangga pulut.


Buah-buahan.


Minuman panas turut disediakan di sini

Teh Tarik & Kopi O.


==================================
Saya merupakan penggemar kambing, maka tidak melepaskan untuk merasa aneka juadah kambing yang mereka sajikan. Menu pertama yang saya jamah adalah Nasi Arab bersama Kambing Kuzi, Kambing Gulai Kawah, Tulang Rusuk Masak Merah dan Udang Mentega bersama Daun Kari.

Paling saya suka ialah Kambing Kuzi, sedapnyaaa, lembut pula dagingnya. Kuah tulang Rusuk Masak Merah tu memang betul sedap. Bertambah sedap bila digandingkan bersama Nasi Arab.


Turut menjamah Rojak Mamak di mana kuah rojaknya pekat likat menikam kalbu. Bila merojak ni saya paling suka cucur tepung dan telur.


Inilah pula laksa johor. Kuahnya pekat sesedap rasa. Meskipun kelihatan potionnya comel, tapi percayalah ianya mengenyangkan!


Tidak dilupakan kacang pool. Chef mengambil pendekatan menampal roti dengan telur menjadikan jaudah kelihatan unik dan menarik.


Sate daging, antara menu wajib saya sebagai penggemar sate. Saiz sate ni gemuk-gemuk, memang kenyang bila makan dan puas hati. Dihidang bersam kuah kacang, timun dan bawang merah.


Tu dia Sup Gear Box. Boleh dimakan bersama Roti Perancis dan Sambal Kicap atau dimakan begitu sahaja. Sedap melekat.


Minuman yang paling saya suka, coconut shake. Rasa pekat air kelapa yang diblend bersama isi kelapa muda menjadikan coconut shake ini cukup dari segala rasa. Memang sedap dan menyegarkan.


Juadah terakhir saya, haruslah pencuci mulut. Saya bagi 5 bintang untuk semua pencuci mulut ni. Semua sedap-sedap tau. Paling saya suka kek keju dan puding karamel tu.


=============================


Bufet Citra Ala Bazar di Gleneagles Terrace Restoran, Pulai Springs Resort bermula 19 Mei - 13 Jun 2018.

❤❤❤
Advance Purchase Voucher
Tempahan/ Belian awal sebelum 10 Mei 2018 dan dapatkan boucer RM18/dewasa.
RM90 (Dewasa)
RM45 (Kanak-kanak)

Normal Price
RM108 (Dewasa)
RM54 (Kanak-kanak)
** 9 paying adults, 1 dines FREE

1st Week Special
Dine during the 1st week of Ramadan (walk-in without vouchers) & save up to RM23/person.
RM85 (Adults)
RM43 (Child)

 banner
Click banner for full promotion.

Untuk kemudahan pengunjung, Pulai Springs Resort turut menyediakan surau untuk solat maghrib dan terawih. Selain itu, parking juga adalah percuma dan luas.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi,

07-521 2121
atau
Whataps : +6017 745 5775 (Ms. Nadia)
atau
Email : enquiry@pulaisprings.com

Pulai Springs Resort,
20km, Jalan Pontian Lama,
81110 Pulai, Johor.



Catat Ulasan

8 Ulasan

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code