Makan Gaji

Nasi Arab Al-Iqram Taman Rinting

8:00 PG

Assalamualaikum

Nasi Arab Al-Iqram Taman Rinting | Hari Jumaat biasanya cari makan yang sedap-sedap sikit. Tapi, tidaklah setiap kali Jumaat. Kali ini kami pekena Nasi Arab. Lokasi di Restoran Nasi Arab Al-Iqram di Taman Rinting. Lokasi pilihan berdasarkan restoran berdekatan dengan masjid.


Menu ada ditulis di whiteboard di pintu masuk. Menu buku pun ada juga. Oleh kerana kami berlima, kami ambil family package. Ada banyak pakej untuk dipilih. Pilihan kami Pakej A berikutan pakej lain ada yang menu belum siap masak.
Bersama adik-adik engineer. Yang lelaki tu paling muda tau, beza 10 tahun dengan saya.


Seperti biasa, air sampai dahulu. Air percuma jika ambil pakej. Ada beberapa pilihan air percuma di sini. Kami pilih limau ais.


Set telah sampai. Nasi Arab di dalam dulang ini dibahagikan kepada 3 warna berbeza. Tak tahulah setiap nasi ni berbeza ke tidak. Kami main makan je.

Pakej A (Untuk 4 - 6 orang)
Nasi Arab + 2 ayam + 2 kambing + acar jelatah + sup + cicah = RM60

Ok, masing-masing update di media sosial masing-masing.

Oleh kerana hidangan disediakan dalam dulang, kami ambil pinggan sendiri dan makan di dalam pinggan. Siapa nak tambah, ceduk sendiri.

3 warna nasi yang berbeza

Habis akhirnya...alhamdulillah.

Mak orang ni lah yang kena habiskan weh sebab rakan lelaki kami tu dah pergi masjid untuk solat Jumaat. Kalau tak, dialah yang habiskan.


Makan kuih raya pula.

Biskut raya yang ada. Lama juga kami hadap.


Lokasi kedai makan di hadapan Mydin Taman Rinting.


Makan-makan

Kejadian Sebelum Hari Raya

12:00 PTG

Assalamualaikum

Kejadian Sebelum Hari Raya | Terkubur niat setiap kali nak update blog. Malas yang amat. Penat beraya dan melayan tetamu. Agak sibuk jugalah. Raya kali ni terasa sakan sangat sebab tak pernah beraya lama macam ni. Selalu en.suami naik kerja awal dan saya juga.

Bila Dah Beraya

Sebelum balik rumah pak dan mak mertua, menantu mithali haruslah bawa juadah sikit. Memandangkan berbuka puasa untuk kali terakhir di ramadan kali ini, saya masak rendang ayam sikit. Habiskan stok dalam peti ais. Ayam separuh ekor je.

Di malam hari pula, siap-siap untuk memasak juadah hari raya pula. Pak mertua masak rendang kambing. Kami tolong sediakan bahan je.

En.suami gigih menumbuk jintan manis dengan lesung batu. Orang-orang tua tak kasi pakai blender. Tumbuk ye...


Abang ipar bujang teruna ni, sedang menggaul rendang kambing dalam kuali belakang rumah.


Kisah di pagi raya pula, kami bertungkus lumus pula memasak nasi berserai. Macam biasalah, saya tukang sediakan bahan je. Kakak ipar yang sulung yang memasaknya.


Ketupat dan rendang ayam mak mertua ada dah siap masak dah. Pagi raya tu tinggal panaskan je. Korang pula menu apa di pagi raya?




Aktiviti

Potluck JDT Blogger - Juadah Bersama

8:00 PG

Assalamualaikum
Potluck JDT Blogger - Juadah Bersama | Masing-masing memberikan komitmen yang terbaik. Dalam kesepakatan, menu-menu adalah pilihan masing-masing dan telah diberitahu awal bagi mengelakkan menu yang sama. Lagipun, untuk suka-suka kan. Seorang satu juadah sudah memadai.

Sementara menanti yang lain hadir, kami berbual-bual sesedap rasa. Agak-agak haus, minumlah air sirap air tangan Kak Eda Kisah Si Diary.


Sambil berbual, sambil tangan berjalan. Ada yang tolong ikat plastik sampah dan ada yang menyusun hidangan. Banyak juga juadah bila disusun macam ni.




Sayur kobis goreng dan ayam goreng disediakan oleh Kak Eda dan Mak Lin. Bahan Lin sediakan, manakala Kak Eda selaku tukang masak.

Nasi putih dan setong air sirap sejuk juga disedikan oleh Kak Eda yang merupakan orang kuat JDT Blogger.


Karipap inti kentang & telur ni semestinya dari saya. Buat tambahan, saya bawa air kotak yeo's perisa anggur dan beberapa botol air mineral. Senang nak teguk kalau botol kecil ni.


Sandwich dua perisa. Satu bekas sandwich telur mayonis. Satu bekas lagi sandwich sardin. Sandwich dua beradik ni air tangan Juju. Saya suka sandwich telur dia. Sedap. Sekali ngap 2 ketol.


Ketam masak sambal air tangan Uyul. Jauh ketam ni berjalan, Batu Pahat mari. Mestilah sedap. Pedas-pedas manis rasa ketam gitu.


Ketam masak lemak pula dari Kak Hernee. Menu yang dinanti ramai. Sedap hirup kuahnya.


Asam Pedas Ikan Mayong yang memang sedap menjilat jari ni mestilah dari Mama. Memang dah lama teringin rasa asam pedas Mama sebab Mama selalu share gambar asam pedas dia. Lagi satu, suka sangat-sangat Mama dan hubby dia bersama-sama sentiasa.

Pavlova mini dari anak Mama. Sedap! Buah pun banyak.


Sambal Tempoyak Ikan Bilis dari Kak Seri. Saya tak dapat rasa sebab dah kelam kabut nak rasa mana satu dengan 2 anak. Hahaha.. Yang merasa, semua cakap sedap. Kena cuba juga ni.


Buah tembikai dan koktel dari Kak Mia. Dah kenyang makan berat, kita hirup koktel pula. Memang sedap minum sejuk-sejuk. Lega je rasa tekak kan..

Buah tembikai merah tu manis tau. Serius sedap. Rajin pula tu Kak Mia potong macam ni, senang nak makan.


Kek buah kukus dari Fai. Fai memang sentiasa ambil order untuk kek buah kukus. Sempena raya yang bakal menjelang, boleh la contact-contact Fai untuk order ye. Saya dah order 2 kali. Sedap. Kek buah Fai ni moist dan penuh buahnya.


Keropok dari Nona. Ini dulu yang kami anak beranak serbu dulu. Tujuan aku, nak mengelakkan budak-budak merengek. Lagipula, anak-anak memang suka makan keropok ikan macam ni. 


Nona Manis yang cantik rupanya dibawa oleh Mak Suzlin. Sedap dan manis sesedap rasa. Memang sedap, tak tipu.


Meriah kan makanan ni semua? Memang juling mata nak makan yang mana sambil melayan anak masing-masing.




Makan Gaji

Nasi Ayam Goreng Ulu Tiram

8:00 PG

Assalamualaikum

Nasi Ayam Goreng Ulu Tiram | Pertama kali saya makan di sini, di bawa oleh rakan sekerja aka driver pada hari itu. Masuk je Malaysia selepas training, terus cari tempat makan. Masing-masing kelaparan.
Ini dia, gerai nasi ayam Ulu Tiram di RnR Tuas. Keluar dari tol Tuas tu, singgahlah RnR situ. Ramai orang beratur tau. Tapi, jangan risau, servis memang cepat.


Pilihan saya mestilah nasi goreng ayam sambal. Semua telah tersedia tinggal dihidang sahaja mengikut permintaan pelanggan. Nasi sedap. Sup sedap. Ayam sedap. Sambal pun sedap. Memang tip top. Harga pula sangat berpatutan. Hidangan ini hanya RM6.


Oleh kerana sedap, saya makan habislah. Sempat juga hirup kuah sup. Sedap.


Suka tengok dia makan, penuh berselera. Abam sado kita ni ialah CP engineer bahagian production. Lebih muda 10 tahun daru saya. Adik-adik la.. Dia order nasi ayam goreng sambal ayam lebih. Ayam adalah 2 hidangan berharga RM9 sahaja.


Selesai makan, saya lihat pemilik gerai menggantung lagi ayam di rak kaca tersebut. Nampak tak betapa lakunya nasi ayam di sini. Sekejap je ayam habis, kemudian ditopup semula.



Aktiviti

Mudahnya BerBBQ Dengan Rempah Ayam Madu

8:00 PG

Assalamualaikum

Mudahnya BerBBQ Dengan Rempah Ayam Madu | Dah sesekali pulang ke kampung, memang macam-macam aktiviti kita nak buat. Meskipun masa amat mencemburui, namun, cuma memanfaatkan waktu yang singkat itu dengan aktivit pengerat silaturrahim. Air yang dicincangkan tak akan putus, begitu juga dengan pertalian darah, adik beradik.

Malam sebelumnya Sambutan Hari Jadi Cik Aisyah, malam esoknya kita main bakar-bakar pula. Tidak lah banyak mana yang nak dibakar tu tapi cukuplah untuk kami semua.
Bakar ayam dan bakar sotong je. Selebihnya lauk pauk kenduri kahwin siang tadi. Lauk kendui kahwin je dah penuh 1 meja makan. Hadap tu jelah kan. Sayang tau kalau tak dimakan.
 >>> Rempah Ayam Madu <<< Klik untuk order.
Cuba dulu baru tau sedap ke tak sedap. Sedap uiii lagi kalau perap lama & banyak-banyak. Ada skil nak bagi ayam tu merah tau. Sambil bakar sebelah, sebelah lagi kita sapu-sapu lebihan air perapan tadi tu. Balik-balikkan ayam. Ha....merah le dia...


Ayam tak berapa nak merah sebab perap pun beberapa jam je. Tukang bakar takde skill.



Ini pula saya yang bakar. Skill membakar saya turunkan pada adik saya. Bagi ayam tu merah-merah sikit.


Bila sudah siap bakar, kita makanlah! Takde gambar sebab semua tak pakai tudung. Sedap dapat ratah ayam & sotong bakar ni.


Makan-makan

Rojak Asma

8:00 PG

Assalamualaikum
Rojak Asma | Sesekali pekena rojak asma memang sedap. Ini antara favourite saya juga. Sambil bersantai menonton televisyen, makanan mesti ada.
Ini saya tapau di Tesco Seri Alam je. Balik dari beli barang sikir, tapaulah rojak asma ni. Tak menahan tengok. Hadaplah laki bini sementara anak-anak tidur. Anak-anak biasa suka sosej, fish kek, so asingkan dulu siap-siap.

Rojak Asma

Bahan-bahannya : 

3 keping tahu, digoreng dan dipotong
2 biji timun 
1 biji sengkuang 
3 biji telur rebus, kupas kulit dan digoreng
4 biji kentang rebus
5 biji jemput-jemput tauge dan bawang
2 ekor sotong kembang, masak sambal
2 keping tempe dicelup, tepung dan goreng
2 keping fish cake, digoreng
300 gram paru, direbus empuk, potong nipis dan goreng
Lada hijau

Bahan kuahnya :
600 gram keledek, direbus empuk dan dikisar
50 gram udang kering
50 gram bijan, disangai
300 gram kacang tanah, digoreng dan dikisar
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
10 tangkai cili kering, dikisar halus
Air asam jawa, gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk emnumis

Cara Membuatnya :
1. Potong bahan rojak dan susun dalam pinggan hidang yang besar.
2. Kisar cili kering bersama udang kering, bawang putih dan bawang merah
3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan keledek, kacang tanah, air asam jawa, garam dan gula. Tambah air secukupnya.
4. Rasakan masam, masin dan manis. Tabuarkan bijan , kacau rata dan tutup api.
5. Hidangkan bersama bahan rojak.
Simpan resepi siap-siap untuk rujukan akan datang.

Makan-makan

Kambing Perap Kitagi

2:00 PTG

Assalamualaikum
Kambing Perap Kitagi | Minggu lalu, ada open order kat tempat kerja. Mestilah nak, giler ko tak nak? Febret kot. 


Balik kerja terus masuk dapur. Masak nasi dan bakar kambing perap atas pemanggang ajaib. Bau semerbak satu rumah dah rasa tak sabar nak makan. Mengancam sungguh aromanya.


Hirisan daging kambing perap ini seberat 500gm sebekas. Berserta sos lada hitam dan lada kicap. Pada saya, memang sedap. Perapannya memang terasa. Banyak pula tu. Takde bau hanyir.


Saya bakar sebekas dan dapat 1 pinggan penuh. Makan berdua dengan en.suami. Sama-sama suka makan kambing bakar. Makan je dulu, bab lemak fikir kemudian.



Johor

Sate Wak Radol

8:00 PG

Assalamualaikum

Sate Wak Radol | Siapa tak tahu sate wak radol kat Johor ni kan.. Perghh glamer tau kat Johor. Kalau sebut sate, mesti sate wak radol lah jadi sebutan.

Sate dia memang sedap. Kuah sate dia terbaik tau. Kami laki bini suka makan sate daging. Ayam biasa untuk budak-budak.


Tiap bulan mesti beli sate wak radol. Dah jadi makanan kegemaran. Ini kami beli di cawangan Sierra Perdana. Kedainya belah belakang rumah je. Wak Radol sudah banyak cawangan sekarang. Di Bukit Dahlia pun ada satu.


Makan Gaji

Makan 3 Bulan Sekali #2

9:00 PG

Assalamualaikum


Makan 3 Bulan Sekali #2 | Seperti biasa, makan-makan percuma setiap 3 bulan sekali. 1 kepala RM10. Ini pun sudah terlajak bulan. Keterlupaan. Oleh kerana agak lambat untuk dapat cash, kami order je terus dengan kedai makan yang selalu ambil tempahan makanan dengan tempat kerja kami, terus masuk invoice diorang.

Menu simple, Nasi jagung, Ayam masak merah, Acar, Pisang dan air kotak. Semua siap bungkus, malas nak mengemas katakan.. Hehehe..


Menu kedai makan ni sentiasa sedap-sedap, jarang mengecewakan.

Lunch Box Nasi Beriani

Makan 3 Bulan Sekali


Kawan

Luncheon Di Cawan Mas Masai

10:58 PG

Assalamualaikum


Luncheon Di Cawan Mas Masai | Sebut Cawan Mas, rata-rata sudah tahu, cafe kopitiam ini memang sudah lama bertapak.

Saya agak jarang ke tempat macam ni sebenarnya, lebih selesa makan makanan melayu. Almaklum, tekak melayu kan. Tapi, tak salah sesekali tukar selera. Bila pergi ke cafe sebegini, apa yang saya tahu kopi dan roti bakar je. Tu je tekak rasa sedap.

Oleh kerana, waktu makan tengahari, mana kenyang setakat makan roti bakar kan? So, follow jelah kawan order apa yang sedap.

Kredit to Google


Ini adalah menu pilihan kami. Saya mahukan makanan yang ringkas untuk dimakan, tak mahu berkuah kerana khuatir lambat sejuk, sekaligus mengambil masa yang lama untuk makan.



Kalau ditanya, menu apakah ini, jawapan saya, tak ingat. Uhh...tidak membantu langsung kan? Air pilihan dia, air kopi 3C, mana kala saya punya lemon wheat grass yang berwarna hijau tu. Serius sedap! Memang recommend.

Makan apa-apa pun sedap bila orang belanja. Tepek sekeping muka kawan seperjuangan, sama umur, sama masuk kerja tapi lain department.



Terima kasih daun keladi, lain kali belanja lagi

Cawan Mas Seri Alam
Lot VII, Today's Market
PTD 111519, Jalan Suria 1,
Bandar Seri Alam,
81750 Masai, Johor

Waktu Operasi : 10 pagi - 10 malam setiap hari





Makan Gaji

Tips Telur Rebus Cantik Mulus

9:00 PG

Assalamualaikum


Kadang kala kita tak perasan akan hal yang kita lakukan meskipun ianya kecil tapi ia boleh buat kita gembira. Macam saya, sangat suka kupas telur rebus. Bukan telur yang orang lain rebus, tapi telur yang saya rebus sendiri.

Tip untuk mendapatkan telur rebus dikupas cantik:

Rebus telur selama 10 minit. Kemudian, terus angkat dari dapur dan buang air panas tersebut. Rendamkan terus dengan air paip. Bilas beberapa kali untuk hilangkan air panas dari telur. Lepas tu.....kopek lah dengan senang hati.


Dengan hanya mengupas telur, aktiviti simple ini boleh buat saya gembira dan bahagia. Bila telur yang dikupas tidak melekat pada isinya, saya berangan dan mengimpikan kulit saya umpama telur yang dikupas. Cantik je,, mulus je telur-telur ni. Geram sangat-sangat. 

Teringin nak dapat kulit gebu cantik mulus bak telur dikupas. Haihhh,,jauhnya berangan. Sedar-sedar tertuang pula air dalam mangkuk santan pekat melekat keluar dari kotak. Haihhhh...dah kenapa tuang air dalam santan pekat tu? Blurr kejap..

Sebenarnya, telur rebus tu untuk nasi lemak saya. Saja masak suka-suka sedekah kat kawan-kawan pada Jumaat lepas, 4 November 2016. Tak banyak pun buat, adalah 12 bungkus. Baki, bekalkan budak-budak dan tinggalkan untuk tuan rumah sikit dalam pengukus. Balik kerja nanti tinggal panaskan pengukus je.

Sebahagian yang belum tutup, baru ingat nak snap gambar..


Harap-harap kenalah dengan tekak diorang. 


Jalan-jalan

Shell Out Sedap dan Murah Hanya di Warong Mak Eton

9:00 PG

Assalamualaikum


Sebut je shellout pasti terbayang makanan laut yang dimasak sedap. Kemudian, dibentang atas hamparan plastik. Woiittt..meleleh air liur!

Dengan harga makanan laut sekarang yang agak mahal. Silap pilih tempat memang ternganga nak membayornya.

Bila bercerita tentang makanan, rata-rata akan memilih makanan yang sedap dan murah. Jadi peniaga ni memang sakit kepala layan tekak pelanggan yang pelbagai. Ada yang sedap tapi harga cekik darah, ada yang murah sedap tapi nak dapatnya pula agak payah. Tapi, zaman sekarang ni, yang tak sedap tu memang bersepah je jual.

Destinasi Shell Out kali ini hanya di Warong Mak Eton di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang. Warong ini hanyalah warong kampung tapi sedap hingga menjilat jari!

Untuk santapan bajet tapi berbaloi, hanya RM20 untuk 1 set. 1 set untuk dua orang makan. Memang ternyata jimat di situ. 1 kepala hanya  perlu bayar RM10. Nasi putih dan air adalah PERCUMA.

Untuk tempahan pula, mereka masak berdasarkan menu apa yang kita mahu. Mereka akan terangkan makanan laut apa yang mereka masak untuk 1 set tersebut. Nak lebih sayur boleh, tak nak sayur pun boleh. Kiranya, tempahan berdasarkan pilihan kita juga, bergantung pada harga RM20 tersebut.


Kami tempah dahulu sebelum pergi. Bukan apa, takut lambat masuk kerja semula. Sampai-sampai, meja masih kosong dan kami adalah pelanggan pertama. Oleh kerana kami sudah membuat tempahan, hidangan kami sudah siap dimasak dan tunggu untuk dihidangkan je.

Sedap sangat. Rasa berbaloi makan kat sini. Memang kena dengan tekak saya. Udang masak butter dia pun sedap.

Warong mulai dibanjiri pelanggan.


Ini antara menu-menu di Warong Mak Eton. Bolehlah korang planning nak makan apa nanti.


Menu lain kalau nak order.




In sha Allah akan repeat makan kat sini lagi.

Warong Mak Eton
Alamat : Jalan Tenteram, Kg. Pasir Putih, 81700 Pasir Gudang.

Untuk tempahan : 017-8412 331 / 017-7020 979