Assalamualaikum

Asam Pedas Terbaik di Seri Alam Johor | Johor memang terkenal dengan masakan asam pedas. Kebiasaannya menu asam pedas saya menggunakan ikan sembilang atau ikan mayong. En.suami penggemar asam pedas ikan sembilang.

Kalau ada ke Seri Alam Masai, apa kata korang cuba asam pedas di kedai ini. Kedai makan ini terletak di tengah kawasan bandar Seri Alam (kawasan bank dan deretan kedai). Lokasi kedai ini sebaris dengan Pasaraya Sakan. Korang akan nampak signboard Asam Pedas.

Menu pilihan bos kami adalah set Asam Pedas Ikan Merah. Set ini didatangi dengan nasi putih dan semangkuk asam pedas. Bahagian kepala tu dia punya sorang. Kitorang makan bahagian isi.


Ini bahagian bos kami. Dia bedal 2 pinggan nasi uii.


Inilah geng isnin hingga jumaat saya. Sporting morting. Tempat meluahkan rasa pasal kerja dan sewaktu dengannya.