Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Amphawa Boat Noodle Johor Bahru

Assalamualaikum

Amphawa Boat Noodle Johor Bahru | Pertama kali menjejakkan kaki di sini, itu pun bersama rakan sekerja yang sporting giler babas. Lunch date sudah diset dengan cun sejak minggu lalu gara-gara terliur bila mendengar tom yam di sini sedap sangat.

Kalau dari tempat kerja kami agak jauh juga, tapi memandangkan hari jumaat kan. Tambah pula hari Jumaat merupakan hari off bagi sektor kerajaan dan seangkatannya. Jalan agak clear dan parking pun mudah.


Terdapat air terjun buatan di dalamnya. Seolah kami berpiknik di tepi air terjun pula. Ya, agak tenang dan selesa. Tambah pula ketika kami sampai, ruang di bahagian atas ni masih tidak ramai orang. Saja beri peluang kepada kami untuk berwelfie.


Seperti biasa, air sampai dulu. Saya order kiwi. Cantik kan air ni. Jangan lupa kacau dulu sebelum minum, baru rasa kiwi tu.


Saya order 3 variety of boat noodles. 2 mangkuk bihun tomyam, semangkuk beef da semangkuk lagi chicken. Chicken tu rasa pelik sikit. Yang beef tu rasa dia unik, sedap juga.


Di sini terkenal dengan Tom Yamnya yang sedap. Memang recommended. Kuah tom yamnya memang pekat. Mula-mula makan memang tak rasa pedas, lepas dah mangkuk ke-2 baru rasa pedas. Sedap sangat kot.

Pencuci mulut yang tak dilupakan, wajib order mangga pulut. Cubalah korang rasa sendiri, memang sedap. Dengan limpahan santannya yang pekat, pulut yang ditanak cukup masak dan lembut. Mangga yang manis dihidangkan bersama. Sedap uiii.


Sambil makan, bergambar jangan dilupakan. Inilah geng lunch date saya. Semua adik-adik lagi.



Nak pergi sini? Ini alamatnya;
Amphawa Boat Noodle
 40, Jalan Ibrahim,
Bandar Johor Bahru,
80000 Johor Bahru, Johor


Catat Ulasan

5 Ulasan

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code