Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Majlis Perpisahan Rakan Sekerja

Assalamualaikum

Majlis Perpisahan Rakan Sekerja | Jarak kemasukan kerja di kilang ni antara kami tidak jauh mana. Saya masuk bulan 8, manakala dia hujung tahun. Cuma berbeza department. Tapi, tetaplah kenal sebab waktu itu staff tidaklah ramai mana, tidak seramai sekarang, sampai berlaga bahu pun pun tak tahu kerja satu kilang.

Maknanya, kami sama-sama sudah berkhidmat di kilang sekarang ni selama 8 tahun. Dari anak dara, kemudian berkahwin dan masing-masing sudah punya 2 orang anak. Dia muda setahun dari saya.

Pejam celik pejam celik, notis sebulan yang dia hantar hampir tamat. Nekad berhenti menjadi surirumah. Tahniah. Moga satu hari nanti saya seperti dia juga.

Kami makan bersama di MyKluang Seri Alam. Tidak berapa jauh dari tempat kerja. Keadaan di sini pun agak selesa.

Menu pilihan saya, tak terlalu berat kononnya.



Mesti korang tertanya-tanya siapa yang berhenti? Tu ha kawan kitorang yang berkebaya kuning tu. Kami bertiga ni masing-masing sudah beranak dua ye. Dari HR department.

Terima kasih pada yang sudi belanja kami pada hari itu. Moga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan setiap urusan. Pada yang bakal mengakhiri perkhidmatan tu..moga terus maju jaya. Jangan lupa pula pada persahabatan yang telah terjalin antara kita.


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Assalamualaikum Wrmbth

    Selamat pagi sis Mar

    Kejap je dah selasa kan

    Bertemu dan berpisah ni adat

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code