Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Pembaharuan Lesen Memandu 2017

Assalamualaikum

Pembaharuan Lesen Memandu 2017 | Setiap kali tiba hari ulang tahun kelahiran, selain ingat yang hari itu hari jadi kita, wajib ingat juga yang lesen kita ni sudah tamat tempoh!

Hal ini bergantung pada berapa lama tempoh pembaharuan lesen korang juga. Macam saya, saya cuma renew untuk tempoh setahun sahaja. Makanya, memang kena ingat untuk renew setiap tahun.


Rasa comel pula gambar passport kat lesen lama ni. Saya masuk kelas memandu dan ambil test segala tu 9 tahun yang lalu, ketika berusia 24 tahun. Agak lewat jugalah saat saya ambil lesen memandu ni dahulu.

Dan selama 9 tahun jugalah saya memandu kereta manual. Lepas dapat lesen, saya drive kereta satria kakak saya. Dulu saya ni jenis kerja berhenti kerja berhenti. Lepas berhenti kerja lama dulu saya ambil lesen kereta. Agak sukar di Johor ni kalau tak de lesen memandu dan tak pandai pandu kereta, susah dapat kerja. Dululah. Sekarang dah ada Uber dan Grab. Agak mudah di situ.

Tahun 2008 bermulalah cerita pemanduan saya di mana saya mula bekerja di tempat kerja lama (sebelum di tempat kerja sekarang). Masa tu masih memandu kereta satria manual. Kereta mati tengah jalan sebab clutch tak balance tu perkara biasa buat saya.


Masuk tempat kerja baru, saya dapat beli seketol viva comel. Pun manual. Itu je yang mampu kan. Pejam celik pejam celik, 9 tahun dah saya drive kereta manual. Dan 9 tahun jugalah usia lesen memandu saya.

Pembaharuan lesen memandu sekarang sangat mudah. Pergi sahaja ke pejabat pos dengan membawa kad pengenalan dan lesen memandu asal.

Jangan lupa bawa RM30 untuk tempoh setahun. Dan jangan lupa juga kira GST sekali. Pendek kata, janganlah bawa duit ngam-ngam, bawa lebih. Urusan pembaharuan lesen ni 5 minit je dah selesai. Dan pastikan juga sistem mereka tiada masalah.


Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Assalamualaikum dan Selamat Pagi Mar

    Lama betul tak tukar lesen memandu ya

    Yang baru memang macam tu

    Salam Jumaat Maznee ucapkan

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Mar..
    Senyum saya baca entri Mar sebab teringat cerita saya masa ambil lesen memandu..

    So sekarang setiap kali wish birthday kena kata begini : "Selamat Hari Lahir! Semoga panjang umur dan diluaskan pintu rezeki.. Jangan lupa renew driving license sekali.." hehehe

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..sambut ulangtahun kelahiran..maka hadiahkan diri sendiri dengan renew lesen memandu...

    BalasPadam
  4. Best ade lesen kete..Sy jgk yg xde...ekekek

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah.. ciktie pun renew lesen dekat pejabat pos juga tapi renew terus untuk 2 tahun

    BalasPadam
  6. Wow, bagusnya boleh bawak manual. Saya masa belajar memandu dan ambil test kereta je manual. Dah lupa dah camana bawak manual skrang. :)

    BalasPadam
  7. akak sampai sekarang bawa manual.. best sebab rasa macam dok drift ja.

    BalasPadam
  8. Yeay.geng manual. Hee. Happy birthday in advance ye. 😊

    BalasPadam
  9. Samalah..hidup lesen tempih setahun. Suami suruh hidupkan 5 tahun sekali senang katanya..tp wife dia degil nak hidupkan setahun jugak

    BalasPadam
  10. Samalah..hidup lesen tempih setahun. Suami suruh hidupkan 5 tahun sekali senang katanya..tp wife dia degil nak hidupkan setahun jugak

    BalasPadam
  11. saya pun baru renew,tahun lepas tak renew,tahun ni renew untuk tahun 2018,huhu stilll kena pelarasan setahun kena RM60..kenapa tu,haaa nanti saya stori di blog sy..

    BalasPadam
  12. tahun lepas akak lupa renew lesen.. birthday tahun ni baru perasan ekekeke

    BalasPadam
  13. Bagus baut lesen untuk 2 tahun

    senang

    buat tiap tahun penat

    BalasPadam
  14. boleh k wakilkan org lain utk renew lesen kite?

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code