Assalamualaikum

Waktu Yang Sesuai Minum Susu | Sejak dua menjak ni mula dah sedar diri dan gigih juga la untuk minum susu Anlene. Susu Anlene memang susu yang bagus untuk menguatkan tulang. Ada pek baru dengan tambahan kologen, saya beli dengan harga istimewa, RM9.90


Tengok tu, kalau dah namanya perempuan kan. Nak minum susu pun pilih yang ada kolagen. Haruslah kan, nafsu 9. Nafsu nak nampak cantik tu salah satunya.


Tak ramai yang tahu waktu pengambilan susu memberikan banyak pengaruh yang berbeza. Di sini ada beberapa fakta untuk dikongsikan dan memberi manfaat bersama.

1- Jika menginginkan sarapan yang banyak mengandungi protein, maka minum susu di pagi hari merupakan rutin wajib. Selain mengandungi kalsium dan protein, susu juga mengandungi kaliun, magnesium, fosfor dan bermacam vitamin.

2- Jika sering melakukan olahraga di pagi hari, maka perlu minum susu di pagi hari juga sebagai sumber kalsium dan protein. Tulang dan otot memerlukan kalsium dan protein untuk mempercepat proses pemulihan dan perkembangan.

3- Jika ingin merasa kenyang lebih lama, maka pagi hari merupakan waktu yang tepat untuk minum susu. Tapi, jika korang jenis merasa kembung selepas minum susu, haruslah hindarinya.

4- Jika ada masalah tidur atau susah untuk tidur, minumlah susu hangat sebelum masuk tidur. Ini dapat membantu tubuh badan merasa tenang dan dapatlah tidur dengan nyenyak.

5- Jika merasa penat setelah seharian bekerja, minum susu di malam hari dapat membantu menyegarkan tubuh. Susu mengandungi asam amino atau dikenali triftopan dan berguna dalam proses pelepasan serotonin dalam otak.

6- Jika sedang cuba menurukan berat badan, tidak digalakkan minum susu di malam hari. Adalah lebih baik minum susu di waktu pagi atau siang hari. Bagi sesetengah orang, minum susu di malam hari boleh menyebabkan masalah pencernaan.

7- Sebenarnya tidak ada masalah jika mahu minum susu di pagi atau malam hari, tetapi tidak boleh ambil susu terlalu berlebihan. 150ml hingga 200ml setiap hari merupakan kadar yang cukup.

Sumber ~ SINI
Jom shopping!!