Creampuff ni order dengan orang dekat je, kat Taman Rinting. Recommanded. Kalau korang nak order, kat gambar tu ada nombor whataps dia dan FB dia. Tak nampak? Tak nampak ke? Drop komen, nanti saya reply.
Creampuff inti kastard. Lembuy, sedap dan sejuk-sejuk gitu lagi kena aircond.
Balik kerja, senyum-senyum kat en.suami, dapatlah Domino's. Beli guna kupon yang Domino's letak di peti surat tu. RM50, en.suami belanja. Tak payah potong kek ke hapa, potong pizza lagi kenyang hape.
1 saiz large, topping seafood. Satu lagi saiz regular, topping beef pepperoni. Saya lebih suka beef pepperoni. Set berserta sekotak ayam berperisa Tom Yam, namanya lupa. Rasa pedas-pedas dicolek dengan cheese rasa masam-masam tu.
15.11.2017 - Dating dengan bff. Dia belanja di Secret Recipe. Saya order aglio olio dan air tembikai. Saya ni kurang sikit makan aglio oglio ni, tapi bantai jelah demi perut. Alhamdulillah...
Dapat lagi kek sepotong. Terima kasih daun keladi, tahun depan belanja lagi.
17.11.2017 - Rezeki sekali lagi. Adik sedepartment ni baik hati belanja makan di Pizza Hut. Pucuk dicita, ulam mendatang.
Kena paksa makan sampai habis. Sedap pizza baru ni. Korang dah cuba belum?
Kepada semua yang baik hati sudi belanja saya, terima kasih banyak-banyak ye. Kenyang perut saya bulan ni. Tahun depan, kalau umur panjang, belanja lah lagi.
7 Ulasan
Wah..Rezeki mkn pizza bday Mar tahun ni... =)
BalasPadamUishhh, nampak macam best betul makan makan..... fuhh! FREE pulak tu.. memang best ever la kan..hehe~
BalasPadamSemoga panjang umur dan terus bahagia okkkkk kakkkkkk~ hidup JDT Blogger !! ehhh, tetibe!
Haha pesta makan aje bila birthday sebab orang tu belanja, orang ni belanja lagi.
BalasPadamPibedayy kak ye :)
wah..meriahnya birthday dia...
BalasPadamAmboi masa hari jadi semua cuti
BalasPadamHehe
Selamat menyambut hari kelahiran mar
semoga murah rezeki
wahhh makan sungguh..rezeki hihi
BalasPadamhappy birthday sis,best dapat makan pizza untuk birthday
BalasPadambtw jemput singgah and follow https://marblemomo.blogspot.com/
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.