Assalamualaikum

Sempena Umur 33 | Terasa diri semakin berusia tapi peduli apa? 13 November hari tu dah up entri minta wish birthday. Hehe..

Creampuff ni beli banyak sebab dapat duit cartridge. Kebetulan pula terkena birthday sendiri, so anggaplah macam sambut birthday sendiri kan. Sedap makan sejuk-sejuk tapi jangan makan banyak-banyak benda manis camni nanti kena potong kaki.

Creampuff ni order dengan orang dekat je, kat Taman Rinting. Recommanded. Kalau korang nak order, kat gambar tu ada nombor whataps dia dan FB dia. Tak nampak? Tak nampak ke? Drop komen, nanti saya reply.

Creampuff inti kastard. Lembuy, sedap dan sejuk-sejuk gitu lagi kena aircond.


Balik kerja, senyum-senyum kat en.suami, dapatlah Domino's. Beli guna kupon yang Domino's letak di peti surat tu. RM50, en.suami belanja. Tak payah potong kek ke hapa, potong pizza lagi kenyang hape.


1 saiz large, topping seafood. Satu lagi saiz regular, topping beef pepperoni. Saya lebih suka beef pepperoni. Set berserta sekotak ayam berperisa Tom Yam, namanya lupa. Rasa pedas-pedas dicolek dengan cheese rasa masam-masam tu.


15.11.2017 - Dating dengan bff. Dia belanja di Secret Recipe. Saya order aglio olio dan air tembikai. Saya ni kurang sikit makan aglio oglio ni, tapi bantai jelah demi perut. Alhamdulillah...



Dapat lagi kek sepotong. Terima kasih daun keladi, tahun depan belanja lagi.


17.11.2017 - Rezeki sekali lagi. Adik sedepartment ni baik hati belanja makan di Pizza Hut. Pucuk dicita, ulam mendatang. 


Kena paksa makan sampai habis. Sedap pizza baru ni. Korang dah cuba belum?


Kepada semua yang baik hati sudi belanja saya, terima kasih banyak-banyak ye. Kenyang perut saya bulan ni. Tahun depan, kalau umur panjang, belanja lah lagi.