Assalamualaikum
Persediaan Yang Perlu Dilakukan Sebelum Menyewakan Rumah | Seperti yang telah saya kongsikan di entri lepas, klik [SINI] rumah saya sudah ada penyewa. Alhamdulillah, bayaran sewa bulan pertama sudah pun kami terima.
Untuk pengetahuan semua, penyewa sudah deal dengan suami saya agak lama, dari sebelum raya puasa lagi. Siap cakap, lambat pun takpe, yang penting dia sewa rumah kami. Tapi, kalau cepat, lagi bagus. Alhamdulillah, penyewa percaya dengan kami.
Maka, dari selepas raya, bermulalah projek kami menyiapkan rumah sewa sebelum kami sewakan ke penyewa. Apa yang saya kongsikan ini adalah cara kami. Mungkin lain penyewa, lain caranya. Cuma pada kami, kami selesa dengan cara kami.
Apa yang kami sediakan sebelum sewakan rumah?
1- Pasang lampu - Termasuklah ruang tamu, dapur, setiap bilik (ada 3 bilik), bilik mandi (ada 2 bilik mandi), di hadapan pintu masuk (tempat letak kasut) dan luar dapur (tempat basuh baju).
Kami memilih jenis kalimantang pendek.
Jumlah lampu = 9 unit
RM10 x 9 =
*Upah = Tiada
Jumlah = RM90
2- Pasang kipas - Kami ambil inisiatif untuk sediakan kipas syiling di ruang tamu dan ke tiga-tiga bilik, bermakna jumlah kipas syiling adalah 4. Semua beli time offer.
Khind = 1 unit
RM110
Jenama biasa (tak ingat sebab beli murah) = 3 unit
RM105 x 3 = RM315
*Upah = Tiada
Jumlah = RM425
3- Pendawaian - Kos wayar dan peralatan.
Wayar = RM100
Soket (tempat mendobi) =
Piping (tempat mendobi) =
*Upah = Tiada
Jumlah =
*Upah = Tiada sebab pendawaian dilakukan oleh tuan rumah sendiri (en.suami).
* Jika dikira harga pendawaian sekarang, agak tinggi juga. Korang boleh survey harga dengan kontraktor pendawaian sendiri. Perlu bijak memilih kontraktor.
* Ada juga yang mengenakan cas menebuk (bergantung pada jenis dinding yang ditebuk), ada dinding yang keras giler tau, contohnya rumah flat kami tu, hand drill biasa tak mampu menebuk.
Harga mesin drill milik en.suami lebih kurang RM400-500. Heavy duty. Boleh klik [SINI] untuk baca jenis hand drill apa yang en.suami guna.
4- Cat - Oleh kerana selepas check defect, rumah kami agak tak cantik catnya. Agak bercapuk. Kami mengambil inisiatif mengecat bersama-sama. Pun masih mencari cat murah dan berkualiti.
Cat tong besar = RM70
Cat tong sedang = RM30 x 3
Upah = RM100 (minta tolong abang ipar habiskan mengecat dan proses touch up)
Jumlah = RM260
*Salah kami, ingatkan cukup. Hehehe..
5- Pasang tikar getah - Memandangkan rumah kami hanya lantai simen, kami ambil inisiatif mengikut bajet kami dengan memasang tikar getah. Tikar getah pilihan kami adalah tikar getah jenis foam. Lembut bila dipijak dan tebal.
Tikar getah foam = 2 gulung
Segulung = 6' lebar x 22 meter panjang
*Beli kali pertama = RM200
*Beli kali ke2 = RM210
Jumlah = RM410
*Untuk pengetahuan, harga tikar getah telah naik sekarang, RM220 segulung termasuk COD kawasan Johor Bahru & Pasir Gudang.
Berminat untuk order tikar getah ni, boleh whataps 0197808005 (Nurhidayati Halim). Corak bergantung pada pengeluaran kilang. Saya kira lebih murah sebab berserta COD berbanding harga di kedai (sebab saya ada survey di kedai juga).
6- Pasang grill - Tujuan keselamatan penyewa lebih-lebih lagi rumah flat yang berada di tingkat tinggi. Rumah kami berada di tingkat 6.
Kos pembuatan + pemasangan = RM2000.
% kontraktor.
7- Pasang rail langsir - Kami siap-siap sediakan rail untuk gantung langsir sebab tidak mahu penyewa bersusah payah menebuk atau mengelakkan ditebuk sesuka hati. Bak kata en.suami, biar berlubang di tangan sendiri.
*Tak ingat berapa meter kami gunakan untuk rail langsir.
- Ruang tamu = 4 daun tingkap.
- Bilik utama = 3 daun tingkap.
- 2 Bilik lain = 2 daun tingkap.
Kos = RM
8- Langsir - Langsir ni kira sedekah je. Sebab gunapakai langsir lama dari rumah emak. Terima kasih mak. Sayang mak ketat-ketat. Penyangkut besi pun guna lebihan dari rumah kami.
Harga sepeket RM1.50/ 10 pcs.
RM1.50 x 3 = RM4.50
9- Penyangkut baju / tempat letak barang mandian di bilik mandi.
Beli di Mr.DIY = RM30
Tempat sidai kain (tempat mendobi) = RM30
Kos upah = tiada
Jumlah = RM60
Total damage RM3000-3500. Sebab wiring, piping dan painting dilakukan sendiri. Bagi mereka yang totally UPAH, sila survey harga sendiri. Harga upah juga bergantung pada harga semasa, contoh, untuk pemasangan lampu sahaja, kos upah RM20, pemasangan kipas pula, kos upah sahaja RM70.
Nota Hati : Saya akan update mana yang lopong sebab kurang pasti.
6 Ulasan
kadang2 dapat penyewa yang liat nak bayar sewa.
BalasPadamBanyak juga kos hangus sebab nak masukkan penyewa ya
BalasPadamsemoga murah rezeki Mar
Bertuah penyewa dapat owner gini...Harapnya penyewa jaga elok2 harta penyewa..huhu
BalasPadamFeel free to join here ... =)
BalasPadamhttps://thisni3zahata.blogspot.my/2017/11/pencarian-bloglist-baru-by-thisni3za.html
Tinggi kos untuk jadi tuan rumah ni ya
BalasPadamapatutlah kalau dapat penyewa yang masalah
rasa marah je melampau
waaa kak mar. alhamdulillah. tapi betulkan, nk bagi sewa kat orang kita pun nak suh orang selesa jugak. semoga allah permudahkan urusan kak mar.
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.