Assalamualaikum

Pembaharuan Lesen Memandu 2017 | Setiap kali tiba hari ulang tahun kelahiran, selain ingat yang hari itu hari jadi kita, wajib ingat juga yang lesen kita ni sudah tamat tempoh!

Hal ini bergantung pada berapa lama tempoh pembaharuan lesen korang juga. Macam saya, saya cuma renew untuk tempoh setahun sahaja. Makanya, memang kena ingat untuk renew setiap tahun.


Rasa comel pula gambar passport kat lesen lama ni. Saya masuk kelas memandu dan ambil test segala tu 9 tahun yang lalu, ketika berusia 24 tahun. Agak lewat jugalah saat saya ambil lesen memandu ni dahulu.

Dan selama 9 tahun jugalah saya memandu kereta manual. Lepas dapat lesen, saya drive kereta satria kakak saya. Dulu saya ni jenis kerja berhenti kerja berhenti. Lepas berhenti kerja lama dulu saya ambil lesen kereta. Agak sukar di Johor ni kalau tak de lesen memandu dan tak pandai pandu kereta, susah dapat kerja. Dululah. Sekarang dah ada Uber dan Grab. Agak mudah di situ.

Tahun 2008 bermulalah cerita pemanduan saya di mana saya mula bekerja di tempat kerja lama (sebelum di tempat kerja sekarang). Masa tu masih memandu kereta satria manual. Kereta mati tengah jalan sebab clutch tak balance tu perkara biasa buat saya.


Masuk tempat kerja baru, saya dapat beli seketol viva comel. Pun manual. Itu je yang mampu kan. Pejam celik pejam celik, 9 tahun dah saya drive kereta manual. Dan 9 tahun jugalah usia lesen memandu saya.

Pembaharuan lesen memandu sekarang sangat mudah. Pergi sahaja ke pejabat pos dengan membawa kad pengenalan dan lesen memandu asal.

Jangan lupa bawa RM30 untuk tempoh setahun. Dan jangan lupa juga kira GST sekali. Pendek kata, janganlah bawa duit ngam-ngam, bawa lebih. Urusan pembaharuan lesen ni 5 minit je dah selesai. Dan pastikan juga sistem mereka tiada masalah.