Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Eh...Kosong?

Cita-cita mahu meninggalkan kilang ini tetap diteruskan meskipun kenaikan gaji agak memuaskan tahun ini. Semua gara-gara ketidakadilan yang tidak pernah mereka sedari. Ketidakadilan antara staff di pejabat depan dengan staff di pejabat belakang. Belakang pula ibu maksudkan di sini bahagian 'Production' dan 'QA/QC'. Ibu terang dan nyata di bahagian 'QA/QC'. Dari segi kebajikan akan ibu beri markah 4/10. Ok lah tu kan.

Bagaimana pula dari segi lain? Kursus? 0/10. Ibu tidak pernah pergi atau dipelawa untuk menyertai sebarang kursus selama berkhidmat di kilang ini. Kerana ibu cuma seorang staff bawahan? Mungkin juga.

Minggu lepas ayah pulang dari tempat kerja seperti biasa. Dengan jaket kerja yang masih di badan terus sahaja melabuhkan punggung di sebelah ibu yang sedang kusyuk menonton televisyen. Kami menonton drama Teduhan Kasih bersama-sama. Aisyah pula sangat sibuk ke sana ke mari, mendaki naik dan turun sofa juga meja kopi di hadapan televisyen. Sempat juga anak dara ibu ini mencapai wajah Ehsan di kaca televisyen. Haihhhh...



Apa kena mengena dengan tajuk??



Ayah mengeluarkan beberapa helai borang permohonan kerja di sebuah kilang agak besar di tanjung langsat. Ohhh...peluang baik ni. Malam itu juga, bermula dengan lafaz Bismillah, ibu isi borang tersebut dengan penuh harapan. 

Keesokannya, ibu keluar ke kedai Konica untuk membuat gambar passport. Betapa terujanya untuk memohon kerja serta mahu meng'update' resume yang agak lapuk di dalam pendrive. Lupa pula mahu meng'transfer' gambar dar CD-R kerana terpaksa meng'transfer' menggunakan komputer di makmal (bahagian bawah, ibu di pejabat atas). Esok je lah... Print je resume dengan gambar lama. Tidak jauh beza, tetap comel seperti dulu.

Esok.....esok......dan esok...... hinggalah hari ini. Ibu baru ada masa terluang untuk meng'transfer' gambar dari CD-R. Al-maklum laptop sedang dalam proses pembaikpulih (sudah seminggu juga). Terpaksa menyalahgunakan komputer di tempat kerja untuk buat macam-macam kerja jenayah. Masukkan CD, kemudia tunggu kemudian click..eh...click lagi..eh...exit..masuk..click..hampeh..memang hampeh. CD-R tu kosong!


+____+


Perasaan kecewa terus menyelubungi diri. Agaknya inilah padah kalau tidak ikhlas buat kerja. Meskipun keikhlasan itu cume sekecil kuman. Penyudahnya rugi RM12 untuk gambar passport tu.




Nota Kaki : Doakan semoga ibu berjaya mencapai impian!!



Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code