Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Nasi Goreng Seafood Ala Kampung

Apa punya merepek nama menu. Alahai setakat nasi goreng pun nak kecoh satu kampung. Macam takde menu lain yang lagi sedap. Huhuhuhu..

Semalam pagi, kerajinan datang bertandang. Segera menyediakan sarapan pagi yang mudah dan sedap. Nasi goreng ibu memang sedap. Susah nak dapat rasa nasi goreng macam ni kat kedai. Ada ke??


Bahan-bahan :
2 mangkuk nasi
2 biji bawang merah
4 tangkai cili
Sedikit ikan bilis
Garam
Marjerin Planta

Bahan lain :
Udang
Sotong
Telur

Cara-cara :
1- Tumbuk cili bersama garam hingga lumat. Kemudian masukkan bawng merah, tumbuk lumat.
     Kemudian, masukkan ikan bilis. Juga ditumbuk lumat.
2- Panaskan planta.
3- Tumis bahan-baham tumbuk tadi hingga naik bau dan bertukar warna.
4- Masukkan udang & sotong. Kacau seketika.
5- Masukkan nasi dan kacau rata.
6- Akhir sekali masukkan telur dan kacau rata hingga puas hati.
7- Sudah masak, boleh la makan...




Ibu tidak menggunakan bawang putih setiap kali memasak nasi goreng. Sejak azali lagi kerana emak ibu juga tidak menggunakan bawang putih. Emak kata ada bau yang membuatkan dia hilang selera makan. 

Yang pasti, setiap kali meggoreng nasi, ibu akan gunakan Planta. Aromanya memang memikat jiwa. Juga telah dipraktikkan oleh emak ibu. Ibu suka makan nasi goreng emak dari kecil hingga ke hari ini. Saban hari pasti menikmati hasil air tangan ibu meskipun hanya sekadar jemput-jemput sehinggalah ibu menyambung pengajian ke Shah Alam, kemudian berhijrah ke bandar Johor Bahru untuk bekerja dan kemudian berkahwin dan kemudian sudah memiliki sebuah teratak kecil.

Sayang mak...^____^ sebab nasi goreng mak sedap. Nyum nyum..




Catat Ulasan

2 Ulasan

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code