Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Gelagat Cik Aisyah Humaira Pagi Tadi

Mengamuk bukan main bila ibu buka baju dia. Sebab nak main punya pasal. Pastu ibu sarung pula baju lain yang cute miut nih.. Tangan comel Aisyah laju mahu membuka tutup kepala itu, tetapi tidak berjaya. Ibu gelak sakan.

Ibu ambil telefon bimbit, hendak 'snap' gelagat Aisyah. Aisyah terus tenung telefon bimbit ibu dan menyambar. Ibu kata, duduk diam-diam kat situ dan senyum. 


Tak senyum pon..

Berikutan rumah pengasuh yang hanya 5 minit pemanduan, ibu tidak memakaikan tali pinggang di kerusi bayi. Aisyah mahu bebas. Aisyah duduk diam sambil mata melilau ke kiri dan kanan. Jari telunjuk pula tidak henti-henti menunjuk ke sana sini.

"tu....tu..."

"Iye..itu bird..itu pokok.."

Aisyah memerhati sekeliling. Sampai di hadapan rumah pengasuh, Aisyah sudah tersenyum melihat 'emak'nya. Terus bangun sambil tangannya memegang sudu yang tidak mahu dilepaskan dari rumah.

"mamam.."Aisyah kata.


Hep..duduk diam-diam..


Terkejut bila ibu 'snap'..




Nota Kaki : Semalam mimpi, Aisyah dah pandai berlari..apa maksud ye?

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Comeynya aisyah.. baik pulak dok diam... dulu Nabil sibuk keluar dari baby seat dia ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. diam kejap je tu..jangan terpedaya..tp dia xnk kai belt..

      Padam
  2. comelllnyer aisyahhh ni...bijak plak tu...btuahhh dapat anak secomel n sebijak dia...

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code