Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Ibu Nak Kurus!!

Setiap kali pulang ke kampung, ada saja makcik-makcik yang menegur keadaan fizikal ibu yang semakin berisi. Sekali dua ditegur tidak mengapa. Tetapi setiap kali berselisih kerap kali di tegur begitu, rasa nak lempang je mulut makcik tu.

Setiap kali timbang berat badan tidak lah naik begitu mendadak. Baru 48kg. Pernah sekali cecah 49kg. Ibu adalah seorang manusia dikategorikan berbadan comel dan rendang, mungkin disebabkan itu kelihatan gemuk. Bukan gemuk sebenarnya tapi mempunya lengan yang agak berisi dan perut agak buncit. Sebab tu nampak macam berisi sangat. Ala orang yang mengata tu jeles sebenarnya sebab ibu masih chumel. Huhuhuhu...

Begitu obses untuk mendapatkan bentuk pinggang dan perut yang kempis hingga sanggup mencuba pelbagai jenis produk. Produk yang murah-murah je jadi pilihan hati, yang mahal tolak tepi. Dari beli produk kecantikan yang mahal-mahal, lebih baik ibu simpan duit untuk pengubahsuaian rumah yang tidak berubah-ubah itu.

Sebagai seorang perempuan yang mempunya nafsu 9, sesungguhnya tidak dapat dinafikan lagi tentang keinginan hati yang bercabang-cabang. Salah satu adalah mahu kurus!!

Sudah diketahui bahawa kaum hawa mempunyai akal nan 1. Apabila mahukan sesuatu tanpa berfikir panjang terus sahaja beli. Kemudian mahu kesan yang cepat. Bila perut tak kempis-kempis, mulalah salahkan produk itu tidak bagus, tidak berkualiti, patut lah murah je, dan macam-macam lah!!



RM75, dapat sebotol yang berisi 180ml. Hangat-hangat tahik ayam betul. Masih berbaki setengah botol. Dasar pemalas, mula-mula teruja la sapu sana sini. Sekarang ni...buat-buat lupa nak sapu.. T___T



Beli untuk pengguna bersama produk di atas. Penjual kata, kalau mahu kesan yang lebih bagus, pakai bersama suit ini. Ada la pakai 2, 3 kali. Kemudian, terbiar saja tergantung di dalam almari. RM40 tak silap.



Produk ini pula tiada kena mengena dengan 2 produk di atas. Ini merupakan kapsul herba yang ditelan sebiji sehari sebelum sarapan dengan harapan akan kurus seperti zaman anak dara dulu. RM75 untuk sebotol yang mempunyai 30 biji. Cukup untuk penggunaan sebulan jika ditelan secara konsistan. Tetapi ibu hanya sempat makan selama 2 minggu. Lepas tu tidak makan sebab hendak menghabiskan puasa ganti. Lebih afdal kan.. Berpuasa merangkap diet. Hehehhe..


Terjumpa pula kata-kata hikmah ini. Terus je nak padamkan niat nak kurus..Akekekekke.. Tapi..

sumber : fesbuk



Nota Kaki : Kena kekalkan 'berpantan bab pemakanan..tak dapat makan sedap pon takpe..yang penting sihat.... (eh ikhlas ke kata-kata ni?)













Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Saya setuju...nak kurus kalau setakat harap telan pil ajaib..tak berkesan..asas kena tepat..huhuhu

    Nak info pemakanan sihat & tips kurus jemput ke rumah saya..www.mamasyafi.wordpress.com

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code