Dia marah. Dia tertekan. Dia rasa tersepit. Kerana amarah, dia meradang menyalahkan gear kereta yang tidak mahu masuk gara-gara gopoh. Anak yang terkejut menangis tiba-tiba. Dia menengking-nengking si kecil yang duduk di bangku sebelah. Bingit katanya. Sakit kepala katanya lantas menjerkah si kecil agar diam. Tetapi anak yang masih kecil terus menangis dan meraung hiba kerana ditengking begitu. Si kecil yang tidak mengerti apa-apa.
"Dah la..sabar..." Isteri menegur lembut.
"Ahhh...diamlah.." Dia menegking pula isterinya.
Isterinya tersentak. Diam tidak berkata apa hanya merenung jalan raya di hadapan sambil memujuk lembut anak kecil yang tidak berhenti menangis. Keadaan dia yang dikuasai amarah, tidak kuasa dilayan. Sudah ditegur tetapi makian pula diterima. Baik berdiam sahaja menahan hati dan rajuk sendiri. Lihat sahaja apa yang bakal dia lakukan nanti samaada terus membebel atau berdiam diri. Usah dilayan orang begitu.
* * * * * *
Beristighfarlah wahai insan yang marah. Kawallah kemarahanmu. Mengapa perlu mengundang syaitan yang gemar merapati orang-orang yang marah?
Sesiapa berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah.
Nabi Muhammad bersabda,
"Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah" (Hadis riwayat Bukhari)
klik---> Sumber
Kredit En. Google
Nota Kaki : Marah itu api.
8 Ulasan
suka entry ini..satu perkongsian yang bagus :)
BalasPadamterima kasih kerana mengingatkan aiza.. aiza sedang berusaha untuk menjadi seorang yang penyabar..
BalasPadambukan senang menahan amarah... sungguh!
BalasPadamyes! bukan senang nak menangani situasi marah ni..banyak yg terluka dek kerananya..:)
BalasPadammarah tu api. syaitan iblis dijadikan dr api. dan ubatnya adalah air. wudhulah..
BalasPadamSabar itu mmg kdgkalanya amat sukar utk di bendung.. sentiasalah berdoa agar diberi ketabahan & dihindarkan dari ujian2 yg boleh mencabar kesabaran kita.. aamiin..
BalasPadamSama-sama kita mengingati dan mengawal amarah kita..semoga tahap kesabaran kita tetap beradap di tahap yang terbaik..Amin!
BalasPadamamarah ni semuanye kerana ade syaitan ditengah2.die mmg ske nmpk kite sentiasa marah.kekadang tb pn cm tuh..ya allah peliharalaa aku dari sifat sebergini
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.