Ibu dan ayah bekerja di sektor swasta di syarikat berlainan di Johor. Ibu bekerja dalam tempoh waktu pejabat 8.30 pagi - 6.00 petang manakala hari sabtu pula setengah hari (alternate). Ibu hanyalah seorang staff yang berjawatan kecil dan gaji pun seadanya (Buat kerja tengok gaji yang diberi la..).

Ayah pula more to technical side, dan waktu kerjanya pula 8.00 pagi hingga 6.00 petang, manakala sabtu dan ahad adalah hari cuti hujung minggu. Sudah nama pun bekerja di sektor swasta jadinya, perlu bekerja lebih masa atas tuntutan kerja walaupun hati mahu pulang. Kerja perlu dibereskan dan konsep mereka mungkin kerja dahulu keluarga kemudian.

Sudah rezeki kami di syarikat terbabit (masing-masing) jadi perlulah kami menjalankan amanah dengan hati terbuka. Moga rezeki kami diberkati.

Kerjaya ayah menuntut dia bekerja lebih masa dan perlu stanby pada musim cuti. Saban hari dia terpaksa menahan hati, membanting tulang empat kerat kerana dia dihalang dari pulang ke rumah apabila jam 6 petang. Ada sahaja tugasan yang diberi. Hatta, sabtu dan ahad kadang kala diminta masuk bekerja. Walaupun berat hati, ibu terpaksa merelakan dan sering berpesan kepada ayah agar ikhlaskan hati. Projek itu, projek ini.

Hampir saban hari ayah sampai rumah jam 8.40 malam. Ibu pula sampai rumah jam 6.30 petang (andai tidak ada tuntutan kerja yang memerlukan stany back). Terus masuk ke dapur, memasak, sesekali menjenguk Cik Aisyah yang sedang ralit menonton kartun dan kadang kala bermain sendirian. Sambil memasak, basuh pinggan,mangkuk, periuk bagai. Sempat juga menyapu sampah dan mengemas rumah seadanya. Sempat juga mencuci pakaian (mesin kan ada). Jadi tiada alasan kata tidak sempat.

Usai masak, mandi dan solat magrib. Ada lebihan waktu, membaca Al-Quran pula barang sehelai. Dikacau pula oleh Aisyah. Kemudian makan bersama Cik Aisyah.

Kemas meja selepas disepahkan oleh Cik Aisyah. Tunggu ayah sampai rumah. Dengar sahaja bunyi motor ayah, Cik Aisyah sudah meluru ke pintu rumah dan memanggil-manggil ayahnya.


Nota Kaki : Rutin harian kami kecuali basuh baju