Usia Aisyah hari ini
Ibu ada terfikir untuk melatih Aisyah ke tandas jika mahu membuang air kecil atau besar. Tetapi bukan dalam masa terdekat ini.
Tetapi Aisyah sudah pandai mahu ke tandas apabila mahu membuang air kecil. Cuma untuk membuang air besar belum tahu.
Apabila dia mahu buang air kecil, dia akan mengangkat bajunya dan menyebut.."ceng..ceng.." sambil seolah-olah mahu menanggalkan seluarnya. Kemudian buru-buru mengetuk pintu bilik air pula. Haihhh..
Bila lampin pakai buangnya dibuka, dia memang betul 'ceng..'.
Bab buang air besar pula dia belum pandai beritahu. Ibu tahu dia mahu membuang apabila dia menyorok di balik sofa dan berdiam diri. Tidak mahu diusik langsung.
Potty trainning memang ada, beli 1 set dengan tub mandi dia dulu. Belum pernah guna lagi. Gambar sama seperti gambar di bawah cuma berwarna putih. Ibu sering berpesan kepadanya supaya duduk di situ jika mahu buang air besar tetapi pemahamannya belum sampai jika tidak diarah.
Kredit to Google
Cantikkan potty trainnig nih..
Kredit to Google
=============================================
Bercerai lampin adalah perkataan yang selalu kita guna bagi merujuk usaha ibu bapa untuk menghentikan kebergantungan anak terhadap lampin. Apa yang pasti, ini bukanlah satu tugas yang mudah. Memerlukan kesabaran dan masa agar usaha berhasil.
Waktu yang sesuai untuk melatih si kecil tidak memakai lampin ialah ketika si kecil anda sudah mula memahami serta mampu berkomunikasi dengan persekitarannya. Keadaan ini akan menyelamatkan anda daripada perlu bersusah payah untuk melatih si kecil pergi ke tandas. Si kecil perlukan persediaan untuk melalui fasa ini.
Sebagai ibu bapa, perlu faham bahawa ini adalah satu proses peralihan yang memakan masa. Seharusnya ibu bapa tidak boleh memiliki perasaan kecewa malah harus terus mencuba untuk melatih si kecil. Jika usaha gagal, cari punca kegagalan.
Perhatikan sekeliling andai kita ada menyimpan stok lampin di rumah kerana merasakan perlu menyimpannya sebagai 'kecemasan'. Pemikiran ini nyata tidak membantu anda untuk tidak memisahkan si kecil daripada terus menggunakan lampin. Sebaliknya, ia akan lebih memanjakan si kecil dan secara langsung ibu bapa terus bergantung terhadap penggunaan lampin pakai buang. Jadikan rumah sebagai bebas lampin.
Info lanjut di SINI.
6 Ulasan
Assalamualaikum kak mar. semoga Aisyah Humaira dapat berdikari tanpa lampin. usaha tangga kejayaan. chaiyok2 :)
BalasPadamseronok baca tentang penjagaan anak2 ni. nice sharing :)
BalasPadamcntik nama aishah humaira...
BalasPadamsmoga cepat2 pndai berdikari k tndas ye sayang...:)
Aqil dulu pun memang lambat aida potty train dia..dekat 3 tahun..hehe..tapi memula memang terasa kepayahannya..tapi after 2 weeks,dah ok dah..lega sikit..hehee
BalasPadambudak2 kalau nak "membuang" suka menyorok kat langsir kan...hehehe
BalasPadamselamat berusaha :D
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.