Mungkin ada yang telah mendengar kisah pendek di radio swasta pagi tadi. Kisah yang diceritakan oleh seorang lelaki yang bergelar suami dan merupakan pendengar radio tersebut.
==========================================
Dia telah menyertai satu pertandingan memancing dan isterinya telah menghadiahkan rod pancing kepadanya. Sebelum pergi ke tempat pertandingan, sempat juga isteri berpesan manja kepadanya, jangan lupa belanja dia andai suaminya itu menang.
Pulang dari pertandingan, suami menjawab bahawa dia tidak memenangi apa-apa apabila ditanya oleh isterinya. Isteri hanya diam kerana tidak mengesyaki apa-apa malah beranggapan ia hanya pertandingan dan sudah menjadi adat pertandingan ada kalah dan menang. Tiada rezeki buat mereka.
Keesokan harinya, gambar suami terpampang di muka akhbar tempatan dan dia memenangi wang tunai RM8000. Bulat mata isterinya dan suami terpaksa mengaku perkara sebenar. Dan kerana perbuatannya itu, dia hanya mendapat beberapa ratus sahaja dari wang hadiah tersebut kerana isterinya telah selamat menghabiskan duit tersebut di kedai emas.
Niat hati suami mahu 'enjoy' dengan duit tersebut tidak kesampaian sama sekali.
==========================================
Apa-apa pun ibu tidak ambil peduli mengenai permasalahan rumah tangga mereka. Yang ibu mahu tekankan adalah apa rasionalnya si suami sanggup menipu si isteri? Setelah memenangi sejumlah wang yang agak besar nilainya, suami sanggup mahu menghabiskan duit tersebut sendirian. Tidakkah dia ingat janjinya pada isteri? Isteri mana yang tidak marah dengan pembohongan suami dan mendapat kebenaran di surat khabar pula.
Suami pula tanpa segan silu menceritakan tentang peristiwa tersebut dan ayatnya, "saya ingatkan nak enjoy dengan duit tu..".
Juruhebah pula sakan menyakat dan sempat menberi ayat-ayat berdolak dalih. Meskipun sekadar hiburan dan ibu juga gelak sama di dalam radio tetapi, dari sudut lain, ia mencerminkan keperibadian seorang suami yang bernafsu 9 bukan berakal 9.
Wallahuaklam..
Nota Kaki : Fuhhhh...suami jangan marah ye..
12 Ulasan
kebanyakan nye betul pun ,, lelaki suka sembunyikan hal sebenar. nak ckp tipu kang kejam sgt. hehe =)
BalasPadamApa lah punya suami, isteri punya baik siap belikan rod pancing tu... sebab keikhlasan isterinya lah dia menang, setiap pembohongan akan terbukti jua kan Mar... buat malu jer suami tu ....
BalasPadamAssalamualaikum kak. takutnya baca entri ni. semoga Allah melindungi kita semua daripada bercakap bohong :(
BalasPadamdapat duit banyak terus gelap mata dan lupa isteri. mintak2 kita semua dilindungi Allah dari sifat sebegitu. huhu..
BalasPadamsemoga kita dilindungi..sheila salim..cam dah lama tak nampk awak la..
BalasPadamhmmmmm x baik tau menipu, kan dah kena powwww.
BalasPadamsedangkan ditipu kawan pun rasa bengang. inikan pulak suami sendiri.. kan dh pdn muka..
BalasPadampandai si isteri habiskan duit kemenangan. hahahahha.. sakit hati menusuk nusuk kalau suami sendiri boleh tipu bolat bolat.
BalasPadamada pulak macam tu...
BalasPadamtidak seharusnya menipu isteri sendiri semata-mata demi kepentingan diri..
BalasPadamBuat apalah menipu, dunia kini terlalu kecil utk satu penipuan besar. Kalau zaman cerita "Madu Tiga" P.Ramlee bolehlah, ini zaman internet apa kita buat semua orang tahu...
BalasPadamMmg x baiklah mcm tu.. kan tugas suami utk memimpin & memberi contoh terbaik kpd isteri & keluarga.. lawak mmg lawak, tp mmg x patutlah smpi snggup buat mcm tu...
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.