Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Mata Semakin Rabun


Kaca mata ini ibu buat beberapa bulan yang lalu dan merupakan kaca mata ke-5. Ibu akui power semakin bertambah. Bermula memakai kaca mata sewaktu belajar di Uitm pada tahun 2002. Kala itu memakai cermin mata sewaktu di dalam dewan kuliah atau kelas sahaja. Waktu ini mata masih dalam kategori ok lagi.

Dalam tempoh belajar, ibu sudah membuat 2 cermin mata.

Power semakin bertambah apabila bekerja di tempat kerja sekarang ini (hampir 5 tahun di sini). Selepas berkahwin (2 tahun lalu), ibu membuat cermin mata tetapi tidak dapat bertahan lama. Bonia. Semakin hari semakin kabur. Sesekali ibu memakai contact lens untuk kelihatan lebih cantik. Alamak..dah dosa nih..
Bingkai cermin mata bonia tu terkopek-kopek setelah lebih setahun memakainya. Jenama je lebih, kualiti sama je kot...

Selepas bersalinkan Cik Aisyah, ibu buat cermin mata murah kerana bingkai cermin mata lama pun sudah tidak cantik. Sopek sana sini. Power bertambah dan agak sukar untuk melihat dengan baik lebih-lebih lagi dalam tempoh berpantang.

Umur cermin mata tu tidak panjang sebab Cik Aisyah gemar menarik cermin mata ibu dan di'kepak'nya. Wah...pitam ibu, bila Aisyah buat macam tu sambil sengih-sengih.

Dan akhirnya, beberapa bulan yang lepas, ayah sudi membelikan cermin mata ibu yang baru. Kacanya lebih bagus dari yang lama. Harganya tidak terlalu mahal, sederhana sahaja. Power mata kanan adalah 600, manakala mata kiri 525.


Ayah : Apa kata ayang tukar mata tu..

Ibu : Nak tukar dengan mata sapa? Mata abang?

Ayah : Mata lembu..

Ibu : pfffffffffffff


Cermin mata ibu


Petua Mengurangkan Rabun Mata

Amalkan memakan sepotong betik masak setiap hari. Selain betik, amalan memakan lobak juga dikatakan mujarab untuk merawat atau mengurangkan tahan kerabunan. Bagi mereka yang tidak suka lobak, boleh cuba minum jus lobak dan boleh dicampurkan dengan susu.


Selain itu, boleh juga amalkan minum air rebusan sawi. Caranya dengan mengambil satu cekak sawi dan bersihkan. Kemudian, rebus dengan 2 gelas air hingga mendidih. Setelah sejuk, boleh minum air rebusan tersebut. Cuba amalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
~Sumber





Nota Kaki : In Sha Allah akan diamalkan..

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. lah kalau la kalau lembu tu pndai brckp..mesi dia kata nak nak :)

    BalasPadam
  2. saya pun rabun.. malas nak pakai cermin mata.. huhu.

    BalasPadam
  3. el baru je wat spek mata yg ke bape xtaulah ke 12,13 mayb ke 15 kut..ni gara2 anak2 pya kerja lah suka sgt main cermin mata mama huhuhu..bila cek mata ritu tgk2 power dah turun..pelik gak sbb sllu 300> skun dah 250
















    BalasPadam
  4. nory pon makin teruk rabun...lagi2 kalau tgh drive....huhuhu...tapi tk penah buat spek lagi...nanti nak kena buat jugak ni..hurmm

    BalasPadam
  5. Hehehe, saya pon mcm rabun tapi x g check lagi mata ni...

    BalasPadam
  6. semoga dapat diatasi masalah rabun itu.. setakat ini alhamdulillah masih ok..

    BalasPadam
  7. sis, saya punya mata pun makin kabur...cermin mata ada..tp malas pakai haha adoi

    BalasPadam
  8. Nasib baik aida punya rabun dah berada di tahap normal..Alhamdulillah..Sebab tak suka pakai spec kan..rimas..

    BalasPadam
  9. saya pon rabun
    tapi jrg jrg pakai spek.rimas
    ada yg kata dgn pakai berterusan power makin kurang.tp apa yg sy tgk makin lama pakai makin bertambah power ada la.

    selalu pakai time driving je. tp malam mmg silau.

    BalasPadam
  10. alhamdulillah , saya belum rabun . baru tahu betik leh kurangkan rabun .

    BalasPadam
  11. same la..nampak gaya mmg nk kne tukar gak cermin mata ni..lame sgt da berbakti

    BalasPadam
  12. Suka petua yang dikongsikan.. saya pun rabun, pernah amal minum jus carrot hari-hari, tapi tak bertahan lama sebab malas sudah mari, hahaha! Last-last saya makan suplemen mata jela, sebab senang dan takyah susah2 blender carrot bagai. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah perlu amalkan supplemen untuk mata la ni agaknya.

      Padam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code