Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Lihat dan Rasa Itu Sesuatu Yang Berbeza


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul

Pepatah ini sekali kita faham mungkin kita akan fikir ianya negatif. Kita melihat kesusahan seseorang dan cuba merasakan kesusahan yang orang itu tanggung meskipun tidak mampu mendalaminya betul-betul kerana bukan kita sendiri yang menanggungnya.


Setengah orang tidak rasa susah pun walaupun orang lain memandangnya susah. Ini kategori manusia yang sangat bersyukur.


Setengah orang rasa dialah orang yang paling susah bila dia merasa kesusahan. Orang ini ternyata kategori manusia yang tidak bersyukur.


Setengah orang tidak merasa susah kerana dia memang bukan golongan orang yang susah. Bersyukurlah jika anda tergolong dalam golongan ini..


Melawat rumah PB dan cuma mendalami apa yang disampaikan olehnya. Sangat setuju. Mungkin kita nampak best tapi orang yang menanggungnya rasa sebaliknya.


Kakak ibu dan suaminya adalah guru. Kakak mengajar di rawang, duduk di Taman Sentosa. Rumah sendiri yang penuh dengan perabut dan hiasan yang sederhana. Sekolah tempat dia mengajar dekat sahaja, 5 minit menaiki kereta. Suaminya, jauh di seberang laut china selatan. Di Miri, Sarawak. Dalam proses mendapatkan zuriat. In sha Allah ada rezeki buat mereka satu hari nanti. Doakan untuk mereka. Kita yang melihat mungkin akan kata kesian. Suami jauh. Anak pula belum ada lagi. Tetapi, kakak bahagia meskipun berjauhan dan walapun hujung minggu baru dapat jumpa.

Bukan mudah menjadi seorang guru. Waktu kerjanya mungkin singkat tapi mereka perlu bawa pulang kerja. Mana mahu tanda buku murid. Mana mahu buat kertas ujian, peperiksaan penggal. Menganjurkan program itu ini untuk anak murid,untuk sekolah. Eh..banyaklah. Kerana itu guru ibarat lilin.


Pandangan masyarakat yang agak menjengkelkan ibu, apabila melihat orang yang menjawat jawatan di sektor awam ini sangat beruntung walaupun hanya seorang kerani berbanding yang bekerja di sektor swasta yang berjawatan jurutera. Contoh sahaja ya jangan ambil hati ye kawan-kawan (meskipun hakikatnya benar). Perlukah perbandingan seperti itu? Menjawat jawatan di sektor awam sangat bagus, dapat pelbagai imbuhan. Hendak buat pinjaman rumah, kereta, sangat mudah. Jadi tidak hairan jika mereka mampu berkereta besar dan berumah besar. Waktu bekerja juga singkat. Bagus. Banyak masa bersama keluarga.

Kerja di sektor swasta pula masa banyak dihabiskan di tempat kerja. Gaji kecil. Takde imbuhan sangat melainkan kompeni tu memang gah dan kaw-kaw punya. Mungkin ini persepsi orang yang agak sempit pemikirannya. Cubalah masuk OnG kompeni, ok perrrr. Sangat menguntungkan. Atau syarikat pembinaan. OMG!!!~ ok malas ulas panjang-panjang.

Yang melihat, jangan mudah mengata. Jangan cepat buat spekulasi sendiri. Bermuhasabahlah. Tetapi tidak bermakna kita melihat dan terus melihat tanpa berbuat apa. Hingga adakalanya kita sendiri ditindas dan diperbodohkan. Hak kita juga untuk melakukan sesuatu selagi ianya baik dan tidak mendatangkan mudarat kepada sesiapa.


Itu apa yang mereka  fikir. Disebaliknya...


Di sektor awam perlu menghadiri kursus, seminar kadang kala seminggu. Adakalanya 2 minggu. Dan terpaksa meninggalkan anak-anak di bawah jagaan nenek dan atuk ataupun saudara mara terdekat kerana suami juga bekerja. Bila sudah menjawat jawatan awam, mungkin mereka akan menghantar kita jauh dari suami. Itu yang ramai berPJJ. Suami di Perlis, isteri di Johor.

Jururawat pula misalnya, pun begitu. Kerja tidak tentu masanya. Sudah balik rumah, tiba-tiba dapat panggilan kena masuk kerja semula pula. Bila hendak naik pangkat, perlu sambung belajar, perlu menghadiri kursus itu ini dan mereka terpaksa berjauhan dengan suami dan anak-anak mereka. Ini juga pengalaman ramai rakan-rakan ibu.

Bersyukurlah dengan kehidupan kita. Jika ditimpa kesusahan, usah melatah. Ucapkan syukur kerana setiap kejadian ada hikmahnya. Perancangan yang telah diaturkan olehNya adalah sebaik-baik perancangan. Usah dipertikaikan. Mahu merintih, merintihlah dihadapanNya.

Jika tiada sektor swasta, tiadalah sektor awam. Jika tiada pekerja bawahan, tiadalah pekerja atasan. Jika tiada yang berpangkat rendah, tiadalah yang berjawatan tinggi. Jika tiada orang miskin, tiadalah orang kaya. Jika semua berkereta besar, tidak perlu kereta kecil dihasilkan. Jika semua berumah besar, tidak perlu wujudkan rumah kecil (rumah mahal wooo sekarang ni walaupun kecikk).

Dalam kehidupan sebenar, sebagai manusia kita perlu saling lengkap melengkapi. Saling memerlukan sesama kita. Erti kata lain 'bermasyarakat'. Mengapa wujudnya A? kerana adanya B hingga Z. Contoh sahaja.





Nota Kaki : Siapa yang setuju sila komen..









Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Setuju.. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..so jangan putus berdoa kepadanya..=D

    BalasPadam
  2. betul! klu ada rezeki melawat negara yg miskin rsa sedihhh sgt..rupanya ada org lain lgi susah dari kita..jadi kna sentiasa bersyukur!

    BalasPadam
  3. Betul tuh lihat dan rasa tuh du aperkara yg berbeza dan tak sama..Kita mgkin lihat dr sudut yg berbeza tp org yg rasa tuh rasa lain..

    BalasPadam
  4. Sentiasa terus berdoa & meminta kpdNya.. hidup ini pun sesuatu yg kita sentiasa perlu syukuri.. subhanallah...

    BalasPadam
  5. Setuju sungguh . Kita tak berada di situasi tu jgn mudah nak menilaikan.. Bersyukur dan bersangka baiklah dgn Allah...pasti tng hati

    BalasPadam
  6. hidup ni mesti ada pengorbanan, moga Allah mudahkan segala urusan kan, insha Allah

    BalasPadam
  7. betul.. jika nak menilai kena lihat luar dan dalam.

    BalasPadam
  8. Betul tu, Mar. Kita cuma nampak luaran sahaja. Nampak orang pangkat besar, rumah besar, kereta besar kita kata mereka senang. Padahal hatinya tak sentiasa senang. Nampak orang susah, tak terurus kehidupan kita kata susahnya hidupnya tapi mungkin hatinya lebih bahagia daripada kita yang memiliki segala apa yang kita mahu. Bersyukur apa yang ada. Membandingkan diri dengan orang yang lebih berkemampuan daripada kita hanya akan menambahkan rasa tidak bersyukur pada rezeki-Nya.

    BalasPadam
  9. Setuju...
    Bersyukur dengan apa yang kita ada hari ni... :)

    BalasPadam
  10. Betul..aida pon setuju..kita kena letakkan diri kita dalam kasut orang yang mengalami..baru kita akan memahami..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code