Viva hijau cair menyusuri jalan yang bengkang bengkok. Berselisih dengan kereta demi kereta. Di penghujung jalan kampung itu adalah jalan mati. Kedai makan yang ingin di tuju sudah tutup. Hanya buka dari pagi hingga 1.30 petang sahaja. Kecewa. Niat hendak makan di situ terbatal dan beralih pula ke kedai makan bersebelahan.
Juga tidak buka. Ada majlis perkahwinan di situ. Perkahwinan anak tuan kedai rupanya. Cantik berbaju biru cair + merah jambu. Ohh...langkah kiri. Akhirnya, ke kedai bersebelahan lagi dan makan di situ.
Kedai makan itu popular dengan menu mee udang dan mee ketam. Oleh kerana tidak rasa mahu makan mee, kami makan nasi berlauk.
Ramai orang juga ketika itu kerana kedai makan lain tidak buka. Makanya, kedai itu satu-satunya menjadi tumpuan. Kebanyakan mereka makan ketam. Musim kan..
Anak dara dapat makan ais...grrr..
Anak dara celop tangan dalam gelas!! Meja dah banjir pun..harap tuan kedai maaf kan kami..
T__T
Dah lapar..jom makan..Bismillah jangan lupa..
Kailan ikan masinnya memang sedap. Ibu suka, hingga menjilat jari. Ikan siakap 3 rasa pula, biasa-biasa saja. Tomyam campur, memang pekat. Sedap. Udang nestum, emm..boleh la.. (cam tak pandai masak je). Secara keseluruhan, boleh ler buat rasa-rasa. Sebab kedai makan ni lebih kepada mee udang, mee ketam.
Susunan meja dan kerusinya agak mengecewakan kerana terlalu sempit. Bila ada pelanggan di meja sebelah, kerusi meja sebelah tidak dapat ditarik sampai habis. Senang cakap, nak duduk tak boleh nak masuk. Huhuhu.. Kena pula pelanggan yang tak mesra dengan pelanggan lain. Memang tahap menyampah bila jumpa orang macam tu. Kita senyum pun dia boleh buat muka seposen. Takde perasaan. Macam bagus jerkkk.
Total makan, RM70. Ok la kot..
Maaf tiada nama kedai, alamat kedai. Dah lapar sangat, sampai terlupa. Lain kali, bila kami ke tanjung langsat lagi, ibu akan letak maklumat lengkap. Mengenai masakan yang dah lama ibu mahu rasa apabila banyak kali ayah menyebutnya. In sha Allah..
=======================================
sumber ~ facebook
Nota Kaki : Orang sekarang ni memang sombong2 ke? Erkkk..garu kepala..
11 Ulasan
ada dekat2 situ jugak makanan dia sedap mar...selalu jugak makan ketam kat situ..
BalasPadamok la harga gitu kalu kat kl ntah brapa dia cas agk nyer ;-)
BalasPadamAnak dara tu boleh geng ngan anak akak Afif..suka ngan ais..
BalasPadamsedapnya makan..kaksura pon suka kailan ikan masin tp sejak ada drhtinggi ni akak jarang makan dah..
*betul Mar sekarang ni ramai yg sombong..kadang2 rasa penat jer senyum..tp diarang buat derkk jer..
Bukan setakat tak pernah sampai Tanjung Langsat ni, yang pasti tak tahu pun Tanjung Langsat kat mana :)
BalasPadamJap nak gi google jap ...
Orang sekarang memang high class semuanya, sombong belaka. Tapi kita senyum jelah, tak mahu balas, sudah!
ikan tu nampak sedap aje...
BalasPadamSedap2 tu menunya... Sukanya udang nestum... RM70 kira ok juga...
BalasPadamAnak dara bila dapat ais, abih ibu dah gerammm tu... ;D
teringin nak makan kat tempat nih. bila lah nak sampai.
BalasPadamsaya pun perasan orang skrg byk yg sombong2 kan. tak mesra alam langsung.
mmm, no komen la bab tu.saya habis kuat kalau x kenal org tu.kasik senyum je la.blas ke x blkg kira..
BalasPadamtak pernah sampai ke tanjung langsat sepanjang 4 thn di jb.. alahai ruginya...
Tak pernah dengar lagi udang nestum.
BalasPadamKompom x gi dah lain kan?
manusia akhir zaman kan
BalasPadambagi salam pada yang dia kenal aje
teruskan aje seyum, dapat pahala =)
tu bukan baju yang kena conteng aritu ke?
Sedapnya lahaiiii
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.