Tidak semua perkara dikongsikan di sini. Sekadar luahan yang ternyata segalanya terlindung. Mungkin. Harapnya begitu lah. Tiada sebab mengapa perlu membuka pekung di dada sendiri.







=====================================

Lidah kelu tidak mampu bermain kata. Diam itu lebih baik. Kadang kala, fikirkan A tetapi apa dilakukan adalah B. Kelalaian berpunca dari ketidakseimbangan akal. 

Sentiasa yakin Allah ada bersama. Tidak ada apa yang perlu disungutkan. Malah tidak ada apa dikhuatirkan. Tidak minta dikasihani kerana sentiasa yakin mampu mengatasinya.

Allah sentiasa ada. Yang penting usaha. Allah sentiasa beri jalan kepada hambaNya. Berdoalah dan berusahalah.





Kuatkanlah hati hambaMu ini. Ujian yang Kau berikan ini terlalu kecil berbanding ujian yang Kau berikan pada orang lain.



Nota Kaki : Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..