Cuti sekolah cukup sinonim dengan musim perkahwinan. Betul tak? Sana sini jemputan. Sejak ayah bekerja 6 hari seminggu, agak payah kami mahu ke mana-mana pada hari sabtu. Kebetulan 7 Jun adalah cuti umum, makanya peluang itu kami gunakan untuk menghadiri jemputan.


Majlis pertama kami tuju adalah ke Menara Tabung Haji Johor Bahru. Memenuhi undangan seorang rakan sekerja.

Tingkat 7

Dah sampai

Dah habis makan

Aisyah muka tak puas hati..nak minum air je kejenya

=========================================


Majlis ke dua terus kami tuju, ke kampung Sg. Setanggi. Ini adalah majlis perkahwinan anak kepada abang sepupu ayah. 

Nak duduk sorang

===========================================


Majlis terakhir kami tuju paling dekat dengan rumah kami. Hanya di taman rinting. Adik kepada adik ipar ibu. Ketika ini, Aisyah sudah mengantuk. Muka pun monyok, minta susu. Bagi air oren pun tak jalan dah. Masuk kereta, bagi Aisyah susu. Sebotol licin. Main cak-cak. Tutup muka dengan tuala tapi tipu-tipu tidur. Mungkin rimas, ramai sangat orang. Bila dia dah ok, bawa keluar dan masuk majlis semula. Muka tetap monyok.


Muka letih

Bila lihat Aisyah monyok begitu, tidak lama kami di situ. Tapi, bila sampai rumah, hilang monyoknya. Tidak mahu tidur pula tu. Grrrr..





Nota Kaki : Selamat Pengantin baru buat mereka..