Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Tentang Seseorang


Di satu malam yang biasa-biasa, entah kenapa ibu teringatkan seorang rakan sekuliah ketika di Uitm Shah Alam dulu.

Sama course. Sama hostel. Tapi. Lain bilik. Lain aras.

Dia seorang yang biasa-biasa sahaja. Tetapi, dia seorang yang agak alim. Bertudung labuh. Sentiasa berbaju kurung bila menghadiri kuliah. Kecuali kalau ada sesi di makmal. Eh macam dah lupa je kenangan kat Uitm tu. Lama bebenor dah kot..

Semester pertama dia hampir kecundang dan dikategori dalam perhatian kerana pointer yang cukup-cukup makan. Tetapi, dia terus berusaha. Setiap semester, akan cuba buat yang terbaik dan akhirnya berjaya juga menghabiskan pengajiaan selama 3 tahun.

Ibu mulai rapat dengannya ketika di semester akhir. Kami sekelas. Sama pecahan couse. Engineering Electrical Electronic Communication. Ahh bantai lah labu. Suka hati kau nak tulis tonggang terbalik. Kata dah lama benor tinggal kan. Kami belajar bersama-sama sepanjang study week dan bilik ibu adalah port paling sesuai untuk mereka datang belajar. Ibu pula sering jadi bahan rujukan mereka. Makanya, kawan-kawan lama sangat terkejut bila ibu menolak tawaran untuk ke peringkat ijazah. Ah..perkara lama..


Ayat yang membuatkan ibu sering ingat padanya..
Esok hari khamis. Nak puasa sunat lah. Banyak sangat dah makan macam-macam. Kesian perut. Bagi dia rehat.
Terkebil-kebil mendengar ayat yang keluar dari mulutnya. Makoihh..baik betul dia ni. Zaman muda ibu yang entah apa-apa. Jenis huha huha tetapi ada kawan yang bertudung labuh sebegitu. Sila jangan pelik. Kita berhak berkawan dengan sesiapa sahaja.

Ibu pernah menemani dia mengikuti perjumpaan kumpulan yang mereka tubuhkan bagi membenteras maksiat. Lupalah..apa entah.. Tapi, perancangan mereka dibatalkan di saat-saat akhir. Di antara mereka semua bertudung labuh, berjubah. Ibu pula berbaju kurung dan bertudung bawal lilit-lilit. Siap berbedak, berlipstik bagai. Ahh...sangat tidak sesuai.

Pernah mengikuti dia ke kelas agama yang dibuat di sebuah Masjid di KL. Pun tak ingat nama masjid tu. Sebenarnya, ibu mengofferkan diri untuk menemaninya sebab kesian dia ke mana-mana seorang diri. Apa guna ada kawan kan? Tak salah sekadar meneman. Perkara baik. Bukan ke disko.

Setelah tamat pengajian, kami tidak berjumpa lagi. Malah, kawan-kawan lain juga tidak tahu ke mana dia. Berita terakhir yang ibu terima dari seorang bekas teman kuliah, dia sudah berkahwin dengan seorang ustaz dan menetap di Klang. Wallahuaklam..

Ibu hanya mampu mendoakan kebahagiaannya dari jauh. Semoga baik-baik saja. Mungkin satu hari nanti kita akan bertemu juga.



Nota Kaki : Takde gambar bagi menghormati 'kawan' yang sudah berniqab sejak berkahwin..

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. sy pon ada sorang kwn lebih kurang mcm tu tapi dah tak tau dia skrg kt mana...lost contact

    BalasPadam
  2. baca cerita awk ni, terasa rindu dgn zaman belajar dulu... ;(

    BalasPadam
  3. bila berkawan dengan orang bertudung labuh.. sopan santun..kita jadi segan sendiri..rasa tak cukup baik nak jalan dengan diorang T_T

    BalasPadam
  4. bc story mar ni pun teringat kwn2 kat kolej dulu..ntah mn diorg huhu

    BalasPadam
  5. kawan yang baik akan sentiasa mempengaruhi kita walau secara tak langsung =)

    BalasPadam
  6. Mesti kita akan teringat ssorg yg mmp ubah kita dari baik kepda lbih baik...

    BalasPadam
  7. Bila bace entry mar nih rndu plak zaman belajar dulu...

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code