Januari 18, 2016

Cantiknya Pekerti Seorang Isteri


Kadang kala drama yang dipaparkan membawa impak pada diri kita secara tidak sengaja. Terus terang saya katakan saya tidak berpeluang menonton drama kegemaran saya di rumah. Faham-fahamlah kalau ada anak ni kan.

Justeru itu saya mencari alternatif lain. Selain merakam melalui PVR Astro, saya ambil kesempatan juga menonton drama-drama melayu di myflm4u.pw

Sekurang-kurangnya saya tidak terus kebosanan. Inilah perempuan, yang diciptakan cukup unik. Ketagih rasanya bila menonton drama bersiri yang kena dengan jiwa.

Tidak semua drama saya layan. Saya lebih suka menonton drama yang jalan ceritanya tidak hambar, tidak kebudak-budakkan walaupun pelakonnya glamor kebabom. Yang penting jalan cerita menarik dan matang.

Salah satu drama yang memberi kesan positif pada diri saya adalah drama AlifImani. Allahurabbi, andai saya sebaik Imani. Seorang isteri, anak dan adik yang penyabar. Sanggup memutuskan tali persahabatan demi suami yang dikasihi.

Tutur katanya lembut. Berusaha dan bijak mengambil hati suami. Sentiasa menjaga aib suami. Memendam rasa dan hanya meluahkan segala kesedihan dan kewalangan hati kepada Sang Pencipta.

Saya ingin menjadi seperti dia.

Alif Imani yang ditayangkan di TV9





5 ulasan:

  1. Kalau Mar dah mengikuti mesti bestlah ceritanya tu
    Kakak memang jarang menonton - tapi bila anak tonton adalah ikut itupun kadang sambil menonton mata dah terlelap.

    Nak jadi wanita/isteri yg sempurna tak semudah seperti dalam drama Mar.

    BalasPadam
  2. Cite nie mmg best mar..dari awal mmg falsya layan..tp bile part amar bahrin masuk terus xtgk dh..sobsss..

    BalasPadam
  3. saya dah lama tak melayan cite bersiri camni
    susah bila anak dah beso, merebut manjang..haha

    BalasPadam
  4. Lama dah saya tak mengikut drama bersiri ni. Takda masa kalau nak mengikuti terutamanya kalau awal malam. Saya pun tak sukalah drama-drama yang ada sekarang, balik-balik sama aje jalan cerita. Rindu pada drama dulu-dulu dengan pelakon yang berbakat. Kita punya faham cerita macam kita yang berlakon sama!

    BalasPadam
  5. Semua kan indah pada waktunya. Tetap berusaha dan senatiasa untuk bersabar.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.