11 Januari 2016 - Yeahhh, checkup lagi. Kalau diikutkan, tarikh ini terlalu jauh. Terus terang saya katakan, agak penat setiap kali bawa Alif checkup. Bukan penat apa, penat menunggu. Rammmaaaaii sangat umat di KK Masai sampai kerusi penuh. Hairan kan, terlalu ramai.
Di Klinik Ibu dan Anak Masai, telah dipecahkan beberapa zon mengikut kawasan tempat tinggal. Kemudian, dipecahkan juga setiap temujanji mengikut jam. Setiap 1 jam ada 10 patient.
Sudah menjadi kebiasaan bagi saya, temujanji jam 2 petang setiap kali checkup. Sejak checkup mengandung lagi. Bukan apa, saya tukar waktu rehat saya. Keluar lambat dan terus ke KK. Masuk semula office setelah urusan di KK selesai.
Checkup kali ini, kebetulan ayah ada bersama. Lega sikit. Ayah yang belum pernah menemani untuk checkup Alif, agak blur bila masuk. Semua saya perlu arahkan.
Ambil nombor, letak nombor di buku laporan, letak buku laporan ke dalam bakul depan kaunter, kemudian duduk menunggu hingga nama dipanggil.
Kak Aisyah sibuk nak ikut, tu ajak ayah pergi klinik.
Berat : 5.7kg
Panjang : 62cm
Alif batuk-batuk sejak 3 minggu lalu. Batuk berkahak. Sudah 2 kali dibawa ke klinik swasta. Mula-mula buat tepukan di belakang tu ada juga lendir keluar. Tapi, sekarang payah dah nak keluar. Mungkin lendir dan kahak semakin pekat. Hissshhhh,,
Pengasuh ada beritahu, Alif sudah meniarap sejak 2 minggu lalu. Tapi jarang sangat-sangat. Sekali dua je. Bila bersama saya, sekali pun dia tidak pernah meniarap. Hinggalah ketika dia berusia 4 bulan 2 minggu, wahhh dia meniarap depan mata saya. Bukan sekali tetapi berkali-kali.
Sudah pandai berusaha untuk maju ke hadapan. Bontot terangkat-angkat macam mahu terus merangkak. Alahai,, comelnya dia..
Pertama kali meniarap depan mata saya
Nota Kaki : Harap takde yang bosan dengan cerita ceriti keluarga saya ye,,
12 Ulasan
alhamdullilah
BalasPadamhari ni pun halfday..nak check up naura...alhamdulillah..tak demam dia kali ni..
BalasPadamcepat sembuh yer alif :)
BalasPadamDalam pada batuk-batuk tapi masih ligat nak meniarap tu Mar
BalasPadamTengok bontot dia tu geram pulak:)
pejam celik dah empat bulan alif, betul tu Mar di KK memang lama menunggu, :)
BalasPadamSekejap aje dah 4 bulan ya, Mar. Dah pandai nak meniarap rupanya dia ... Bila baca tentang baby ni, teringat pula tentang zaman bayi anak-anak saya. Sukalah baca kisah orang lain pula, boleh juga mengimbau kenangan sendiri ^_^
BalasPadamwahhh dah menerap dah dia ye...
BalasPadamalahhh sweet je ...tetiba nak bb boy hehehe
dah pandai menerap dah ye, good job alif :)
BalasPadamWahhh..x lama lg merangkak la tu..Ammar ade jgk angkat2 bontot..tp x ke depan lg..kiki
BalasPadamlama x jenguk blog ni...hehe..
BalasPadammeniarap dh dia..lepas ni merangkak plak lagi penat maknya..hihi..
lama x jenguk blog ni...hehe..
BalasPadammeniarap dh dia..lepas ni merangkak plak lagi penat maknya..hihi..
kalau p klinik kerajaan memang gitulah kan
BalasPadamnak buat camne...orang ramai. hadap ajelah =)
dah besar dah dak aliff ni ye
cepat betul ye. kira awal juga meniarap tu
anak saya afif dulu, enam bulan baru meniarap
tapi adik dia cepat, 3 bulan dah meniarap...tapi jalan pula lambat =)
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.