11 Januari 2016 - Yeahhh, checkup lagi. Kalau diikutkan, tarikh ini terlalu jauh. Terus terang saya katakan, agak penat setiap kali bawa Alif checkup. Bukan penat apa, penat menunggu. Rammmaaaaii sangat umat di KK Masai sampai kerusi penuh. Hairan kan, terlalu ramai. 

Di Klinik Ibu dan Anak Masai, telah dipecahkan beberapa zon mengikut kawasan tempat tinggal. Kemudian, dipecahkan juga setiap temujanji mengikut jam. Setiap 1 jam ada 10 patient.

Sudah menjadi kebiasaan bagi saya, temujanji jam 2 petang setiap kali checkup. Sejak checkup mengandung lagi. Bukan apa, saya tukar waktu rehat saya. Keluar lambat dan terus ke KK. Masuk semula office setelah urusan di KK selesai.

Checkup kali ini, kebetulan ayah ada bersama. Lega sikit. Ayah yang belum pernah menemani untuk checkup Alif, agak blur bila masuk. Semua saya perlu arahkan.

Ambil nombor, letak nombor di buku laporan, letak buku laporan ke dalam bakul depan kaunter, kemudian duduk menunggu hingga nama dipanggil.



Kak Aisyah sibuk nak ikut, tu ajak ayah pergi klinik.


Berat : 5.7kg
Panjang : 62cm

Alif batuk-batuk sejak 3 minggu lalu. Batuk berkahak. Sudah 2 kali dibawa ke klinik swasta. Mula-mula buat tepukan di belakang tu ada juga lendir keluar. Tapi, sekarang payah dah nak keluar. Mungkin lendir dan kahak semakin pekat. Hissshhhh,,


Pengasuh ada beritahu, Alif sudah meniarap sejak 2 minggu lalu. Tapi jarang sangat-sangat. Sekali dua je. Bila bersama saya, sekali pun dia tidak pernah meniarap. Hinggalah ketika dia berusia 4 bulan 2 minggu, wahhh dia meniarap depan mata saya. Bukan sekali tetapi berkali-kali.

Sudah pandai berusaha untuk maju ke hadapan. Bontot terangkat-angkat macam mahu terus merangkak. Alahai,, comelnya dia..


Pertama kali meniarap depan mata saya




Nota Kaki : Harap takde yang bosan dengan cerita ceriti keluarga saya ye,,